Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 28 June 2013

ANWAR IBRAHIM MASA JADI MENTERI BELI KERETA PUN SUSAH, SEKARANG BOLEH BELI PROTON DAN HUTANG SAMPAI KERETA BOLEH DIJUAL TIMBANG-KATI

Inilah berita yang menangkan UMNO! Sesapapun boleh memiliki kereta dengan cara hutang yang dibayar selama 20 tahun! Hebatkan?

Mula-mula Yong tak percaya benda ini betui-betui terjadi. Kelmarin Yong jumpa iklan ini kat Jalan Sungai Buloh:

IKLAN PINJAMAN BELI KERETA

Okay, Yong besarkan iklan.

BLACKLIST PUN BOLEH PINJAM
Kenapa Yong kata ini telah menangkan UMNO?

Di negeri selatan Tanah Melayu (Hehehe Semenanjung Malaysia), hebuh cerita payahnya nak beli kereta zaman Anwar Ibrahim jadi Menteri. Kena bayar down-payment 20% dan kadar faedah yang tinggi. Hutang pulak kena bayar tidak lebih dari 5 tahun!

Wow! Zaman Najib, bukan hanya tak payah bayar down payment, hutang kereta pun boleh bayar sampai kereta jadi tukun tiruan.

Bukan niat Yong nak menghina pemilik Proton. Sedara Yong beli Proton saga generasi pertama masih memiliki kereta itu. Dia guna untuk pergi masjid dekat rumahnya.

Ikut suka komer le nak beli kereta brand apa pun. Tapi sebelum nak hutang 20 tahun, fikir dahulu!

Jom kita kira berdasarkan contoh dari http://allcarnegotiator.weebly.com/index.html

Contoh:


Katalah komer bercadang membuat pinjaman Myvi sebanyak RM40,000 dalam tempoh masa 9 tahun. 

Fakta: 
1. Jumlah pinjaman komer RM40,000
 
2. Kadar faedah semasa bank 3.75%
 
3. Tempoh masa pembayaran balik 9 tahun

 

Pengiraan:

 
Jumlah pinjaman komer: RM40,000
 
Jumlah keseluruhan faedah 9 tahun adalah: RM40,000 x 3.75% x 9 tahun = RM13,500
 

Jumlah kos pemilikan komer: 
Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = RM13,500 + RM40,000 = RM53,500.

Maka; Bayaran bulanan = Jumlah kos pemilikan bahagi dengan Jumlah bulan bayaran semula:

RM53,500 bahagi (9 tahun x 12) = RM53,500 /108 bulan = RM495.37/ bulan. 

Maknanya jika nak hutang RM40,000 dan bayar balik selama 9 tahun, maka jumlah bayaran ansuran ditanggung setiap bulan ialah RM495.37.

Kalau gaji RM2000 sebulan, tentu tak mampu.

Bagaimana kalau hutang selama 20 tahun dengan bayaran ansuran bulanan RM290 sahaja?

Kita guna kaedah pengiraan yang sama dengan bayaran bulanan telah ditetapkan: 

1. Jumlah pinjaman RM40,000
 
2. Bayaran bulanan RM290
3. Tempoh masa pembayaran balik 20 tahun

 

Pengiraan: 
Andaikan Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = y + RM40,000, 
Jika bayaran ansuran bulanan pinjaman anda seperti dalam iklan = RM290, 
Jumlah keseluruhan faedah (y) + Jumlah pinjaman = Bayaran bulanan pinjaman komer (290) x Jumlah bulan bayaran semula (20 x 12) = RM69,600

Kos pemilikan komer ialah RM69,000 

Jumlah keseluruhan faedah (y): Kos pemilikan - Jumlah pinjaman = RM69,600 - RM40,000 = RM29,000 

Wow! Bunga saja sudah RM29,000 weh!

[Walau bagaimanapun bayaran bulanan RM290 ini telah memberi diskaun RM400 untuk 20 tahun. Ini kerana jika faedah tidak berubah, jumlah keseluruhan faedah 20 tahun adalah: RM40,000 x 3.75% x 20 tahun = RM30,000
! Ini bermakna jumlah kos pemilikan komer jika faedah kekal 3.75% ialah RM30,000 + 40,000 = RM70,000. Bayaran bulanan pula RM70,000/240 = RM291.67]

Tapi bila dah 20 tahun usianya, bolehkah kereta itu dipandu untuk perjalanan dari Pekan ke Kuala Lumpur?

Jom! Cepat berlari ke bank untuk buat pinjaman 20 tahun! Takkan Eswaran saja yang boleh dapat pinjaman sampai RM500,000,000? Kan? Kan? Kan?

Lebih seronok kerana yang blacklist pun boleh lagi berhutang!

SENGSARA!


6 comments:

  1. BERWASPADA LAH dengan PROKSI-PROKSI AMERIKA-ZIONIS-ISRAEL yang menaja dan menanggung mereka dan PARTI POLITIK mereka.\\

    http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/10/ned-dan-penglibatan-ciliknya-di-negara.html

    dan bacalah di
    GLOBALRESEARCH.CA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana ingatan. Tak kira apa pegangan politik komer, buktikan komer benar-benar menentang zionis-israel.

      Delete
  2. Yong,

    1) paham ke bebudak sekarang istilah timbang kati?

    2) Pekan Kati tu dekat benor dgn ghomah teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Ok. Untuk pencerahan bebudak, timbang kati bermaksud "kira harga barang dengan nilai yang teramat murah."

      Dalam kes ini, kereta dianggap besi buruk dan dapat harga besi busuk jer jika dijual balik.

      Delete
  3. Kerajaan atau sapa pun promoter/businesmen Islam -pangkat Ustaz, lebai ker sapa - macam takda idea/mekanisme ker nak tolong orang susah dapat pakai kereta, rumah dgn proses jual-beli, atau, sewa-beli yg Islamic, takda riba & all?


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Pada pandangan Yong jika nak tolong orang susah memiliki kereta ialah dengan menurunkan harga kereta. Tapi, ramai orang ynag susah ini dapat dibeli undinya dengan RM500 jer.

      Yong pula sebenarnya, kalau boleh taknak memandu kereta. Kalau boleh pergi kedai naik keretapi alangkah baiknya...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.