Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 27 June 2013

DEGREE CIBA(I) - APA LAGI YANG TAK TIPU? ALAHAI…(UPDATE)

Belum habis lagi cerita dakwat kekal - yang katanya silver nitrate, rupanya pewarna makanan; sekarang timbul pulak cerita menteri yang memiliki Ijazah sarjana dan PhD - Institiut dan University palsu.

Sebenarnya bab ahli politik yang disyaki memiliki ijazah palsu ini bukan cerita baru…Dulu Yong pernah dengor cerita yang sama (di sini). Juga cerita lama tentang dua orang bekas Timbalan Menteri dan beberapa calon BN yang memiliki ijazaah palsu (baca di sini).

Ingatkan lepas cerita itu meletop, takde le yang akan buat keroje bodoh ni lagi. Rupanya demer tak serih. Malah diangkat jadi menteri lagi. Salah seorangnya dari parti SUPP, antara parti tertua di Sarawak (di sini):


Cerita Richard dapat ijazah dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) (CIBA) itu tak tipu. Begitu juga Sarjana dari Preston University, US. Cuma masalahnya, CIBA itu kalau campur Ireland (I) jadi apa erk? Nama dan status institusinya sama jer:

SUMBER

The Star pernah menyiarkan tentang Preston University. Tiada berita baik mengenainya.:

Preston University

Preston University is a private for-profit unaccredited university with allegedly 30 affiliated campuses throughout the world. Preston was based in Wyoming but moved to Alabama in 2007 after the state’s crackdown on diploma mills. In 2009, the Alabama state administration ordered it to cease operations for failing to meet its educational standards. Preston University is now based in Los Angeles, California.

Yang seorang lagi dari Sabah, dapat sarjana dan PhD dari universiti yang tidak diiktiraf. Alahai...


PM patut arah dua orang ini meletakkan jawatan! Kalau nak lantik menteri, siasatle latar belakang makhluk tu…Kan JPM ada ramai pakar perisik?

ALAHAI...

2 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahaha.... nama universiti kat Ireland tue memang la lawak.... hahaha... samer macam kes yang ditonjolkan dalam filem Accepted (2006) .... Hahaha.... South Harmon Institute Of Technology (S.H.I.T) ..... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yang herannya ada peminat pulak tu...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.