Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 28 February 2014

ADA SIAPA NAK BUAT KUTIPAN DERMA UNTUK PAPAGOMO?

Sebelum tu papagomo sudah kalah dan kena bayar saman RM500,000 kerana memfitnah:

TAK MENGAKU DIRI PAPAGOMO

Biasalah. Berak kat rata laman orang, mana nak mengaku. Tapi awal-awal lagi mahkamah dah tentukan siapa papagomo. Takkan mahkamah sama level nak contradict antara satu sama lain, sedangkan yang dibicarakan orang yang sama.

Hari ini keluar berita ini pulak:

MASIH TAK MENGAKU

Blogger kaki fitnah ni memang banyak kali buat fitnah dan amat bangga dengan hasil kerjanya. Macai pula memang amat bangga dengan kerja papagomo ni. Termasuk yang ini:

BANGGA MEMFITNAH

Macai taknak tolong kutip derma untuk papagomo? PERKASA?


Thursday, 27 February 2014

YANG LUCU DALAM KES SAMAN 2 JUTA

Apa pulak yang lucu bila ada general sebuah parti disaman oleh koporal dari parti sekutunya?

Tentu tak lucu, sebab masing-masing terkejut! Ada yang terus bersilat dan tuduh menuduh. Ramai yang masuk gelanggang. Tak kira lawyer atau bukan lawyer, termasuk menantu general yang disaman.

Dalam keadaan yang haru-biru itu, tiba-tiba muncul seorang yang menggelarkan dirinya "Lawyer Swasta"- tampil dengan hujah-hujah bertaburan, entah apa tujuan. "Lawyer Swasta" ini memakai nama Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi.

Tulisannya dalam bahasa Melayu Malaysia telah dijawab oleh peguam PAS Zulhazmi. Tak payah Yong perkenalkan siapa Zulhazmi ni. Yang tak kenal, google jer lah...

Malangnya nama Badiuzzaman tidak dikenali oleh pakcik google dan rakan-rakan. Yang ada nama Badiuzzaman Said Nursi, seorang aktivis-reformist Kurdish di Turki.

Yang faham tu faham le...kenapa dia memilih nama pejuang ini. 

Kebetulan???

Terus nama Badiuzzaman meniti dalam blog macai...fuyooh! Dari entah siapa, tetiba terkenal satu dunia. 

Bagi yang takde facebook, Yong terbitkan apa yang dia tulis bersama jawapan Zulhazmi. Tiada editing. Yong hanya boldkan tajuk dan buat justified (sebab itu my style). Tulisan Lawyer Swasta warna biru. Tulisan Zulhazmi warna hijau.

Zul Hazmi
Yesterday near Kuala Lumpur

Aku nak jawab & ulas tulisan "Lawyer Swasta Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi" pada setiap perenggan. Untuk rekod, aku bukan AJK LUHAM, bukan AJK JUHAM.... aku hanya Zulhazmi.

Haji Hadi dianiaya
Oleh : Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi

LUHAM adalah Lajnah Undang2 PAS tapi macam tak penah ambik kes saman. Setelah mereka mengaku ada menerima writ saman dari pihak plaintif maka selayaknya LUHAM sudah tahu tarikh sepatutnya mereka failkan dokumen memorundum kehadhiran di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. ( iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima serahan writ )

***

Betul LUHAM tak pernah ambik kes saman. Tak pernah ambik kes saman yang mcm ni. Tulisan Lawyer Swasta ni amat jauh fitnahnya. LUHAM tak pernah keluarkan kenyataan pada bila2 masa mengaku menerima writ saman. Ini jelas. LUHAM tak pernah terima. Bukan saja LUHAM malah Presiden sendiri tidak pernah terima. Sila tanya sendiri dengan Presiden. Kalau yang menulis sbg Lawyer Swasta ini rapat dgn Presiden, sila tanya Presiden, bila presiden terima writ saman. Aku percaya 100% Presiden akan kata dia tak pernah terima Writ saman kerana aku sendiri tanya Presiden & Presiden nafikan menerima writ saman sehingga semalam aku uruskan affidavit presiden, Presiden dengan jelas sebut bahawa beliau tak pernah terima Writ saman. Jadi bagaimana "Lawyer Swasta" ni cakap LUHAM mengaku terima writ saman?? nak fitnah pun agak2 la.....

***

Mahkamah tidak akan keluarkan "Penghakiman Inkar Kehadhiran" atau Judgement In Default jika tarikh 14 hari masih belum tamat. Makna mudahnya , kedudukan paling ringan ialah pihak LUHAM telah cuai menjalankan tugas apatah lagi melibatkan figure spt Presiden parti sehingga gagal bertindak dalam tempoh 14 hari yang disediakan atau lebih berat ia adalah percubaan untuk sabotaj Haji Hadi. Dua - dua tu menunjukkan LUHAM gagal bukan Haji Hadi yang gagal.

***

Penghakiman Ingkar dikeluarkan pihak Mahkamah setelah Plaintif memfailkan Afidavit Penyampaian membuktikan Writ Saman tlh sempurna diserahkan kpd defendan (Presiden). Seperti aku kata tadi, tuduhan bahawa LUHAM cuai malah cuba sabotaj Presiden adalah tuduhan fitnah yang maha berat. LUHAM tak pernah terima Writ Saman, Presiden tak pernah terima Writ Saman. Akibat tidak pernah menerima walaupun Writ telah dihantar, maka presiden tidak mengarahkan Hj Asmuni atau LUHAM memfailkan Memorandum Kehadiran. Mudah. Bila writ saman tak terima maknanya Presiden tak tahu dia disaman. Bila tak tahu disaman maka Presiden tak arahkan peguam untuk failkan memorandum Kehadiran. Akibatnya Penghakiman dimasukkan. Sebab tu sekarang Hj Asmuni menguruskan untuk failkan Permohonan Mengenepikan penghakiman Ingkar dan akan failkan selewat2nya esok.

Nak tuduh orang cuai, sila periksa diri dulu. Hang sendiri cuai dlm menuduh jadi jgn cerdik sgt nak tuduh.

***

Betullah mahkamah tak boleh arah defendan bayar RM2 juta sebaliknya kena taksir dulu selepas proses penghakiman. Tapi apa yg membimbangkan ialah UMNO boleh mainkan peranan utk pengaruhi hakim yang juga dikenal pasti hakim itu adalah orang kuat UMNO , dimana mrk akan menolak percubaan LUHAM untuk ketepikan JID. Mahkamah akhirnya boleh menetapkan nilai RM2500 kalaupun tidak proceed dgn nilai yg diletakkan sebelumnya iaitu RM2 juta. Satu nilai yang cukup untuk menggugurkan Tuan Guru dari kerus Parlimen Marang.

***

Nampak sangat bodohnya penulis Lawyer Swasta ni. Kalau mengaji sampai al-azhar pun tak mesti hang tau....

a) Penghakiman Ingkar bagi kes fitnah yg gantiruginya belum pasti hendaklah ditaksirkan, jadi Penghakiman Ingkar yg dikeluarkan oleh mahkamah tidak teratur & boleh diketepikan.

b) Nak babitkan Hakim tu dgn kerja buat Umno agak2 la..... kes bangang mcm ni tak akan sampai ke Hakim, permohonan ketepikan penghakiman ni biasanya bicara di depan Penolong Kanan Pendaftar sj. Klu depan hakim pun, jika hakim tolak, masih boleh merayu ke Mahkamah Rayuan & klu ditolak rayu lagi ke Mahkamah Persekutuan.

c) Kalau lah Mahkamah putuskan tak kena bayar RM2 juta tapi setakat RM2500 sekali pun, kelayakan Presiden sbg Ahli Parlimen tak akan tergugat krn ini kes sivil. Hilang kelayakan hanya jika dihukum denda lebih RM2 ribu dlm kes jenayah. Kalau bangang pun biaq hang sorg tapi jgn tunjuk kat org yg hang tu bangang.!!

****

Isu kat sini bukan nilai saman krn ahli PAS boleh bayar jumlah saman itu. Tapi masaalah besar kat sini ialah maruah Haji Hadi jatuh, hancur dan pecah berderai angkara kelembapan LUHAM yg dipengerusikan oleh Asmuni Awi. Asmuni Awi ni lah masa muktamar pusat kelmarin cuai sampai kena mengundi semula keesokan hari. Rekod cuai ni berulang lagi dan kali ini Haji Hadi jadi mangsa.

****

Kalau ahli Pas boleh bayar, sila kumpulkan la ni, aku nak tgk betoi ka hangpa boleh kumpul RM2 juta tu. Aku TOBAT tak akan bagi. Pasai semua yg berlaku bkn sebab Presiden tapi hangpa yg jahat. La ni pon hangpa masih jahat nak alihkan kejahatan tu kpd Hj Asmuni utk tutup kejahatan hangpa. Rujuk balik komen aku kat atas. Perkara ni berlaku bukan kecuaian sesiapa krn Presiden ataupun Hj Asmuni atau LUHAm tak pernah terima Writ Saman. Semudah itu.

Klu hangpa kalot pasai maruah Hj Hadi jatuh, hangpa jugak yg bagi info kat dia yg bukan2 sehingga dia sebut bab pil kuda, bab Karl Marx, bab komunis. Tak dak orang lain melainkan hangpa yg di keliling Hj Hadi. La ni hangpa nak lari dr masalah, maka hangpa alih salah kpd Hj Asmuni & LUHAM... banyak cengkadak hangpa...

****

Haji Hadi mmg sedia utk lalui proses perbicaraan di mahkamah kerana beliau mempunyai bukti kukuh atas dakwaan beliau mengenai isu pil Kuda dalam PRU 13 tempohari. Tapi hasrat Hj hadi membawa bukti nya ke mahkamah seperti cuba dihalang dgn mencetuskan isu teknikal. Saya lebih nampak ini sabotaj berbanding cuai. Tapi dua - dua keadaan ini mewajarkan Asmuni di singkirkan dari meneruskan tugasnya sebagai lawyer kpd Hj Hadi kalaupun beliau tidak niat sabotaj. Hj Hadi enggan menyatakan bukti kepada umum krn beliau tidak pernah menuduh sesiapa. Hj Hadi hanya sebut umum. Hj Hadi tak nak aibkan org. Tapi bila ada org saman, Hj Hadi ready utk utk naik mahkamah. Kalau Hj Hadi hilang kerusi parlimennya gara - gara tragedi ini maka Asmuni wajib menyalahkan dirinya. Lawyer konon.....

***

Aku amat setuju!! Aku harap hangpa jugak bersedia untuk bantu Presiden sediakan bukti untuk buktikan setiap kenyataan Presiden berkaitan isu pil kuda tu. Hangpa jangan lari bila nanti masa bicara aku & Hj Asmuni keluarkan sepina untuk panggil hangpa jadi saksi dlm kandang saksi Mahkamah. Hangpa tunggu!!! Aku akan pastikan hangpa masuk kandang saksi untuk sama2 bela Hj Hadi di Mahkamah. Aku sedia untuk teruskan kes ini utk bicara penuh. Aku tak akan soal balas Plaintif krn aku nak soal pemberi maklumat kpd Presiden dlm Mahkamah nnti untuk bela Presiden. Jangan hangpa lari2 ayam nanti sudah la.... Aku tunggu saat itu.... aku janji....

Kalau ditakdirkan Haji Hadi hilang kerusi, itu kerja hangpa bukan kerja Hj Asmuni bukan salah LUHAM.

***

AKHIRNYA AKU NAK BAGITAU setelah aku duduk dengan Presiden semalam, Aku amat percaya & aku hormati Presiden dlm kendalikan kes ini. Presiden tidak melibatkan PAS kerana kes ini yg disaman ialah Haji Hadi atas kapasiti peribadi bkn Hj Hadi sbg Presiden. Atas dasar itu Haji hadi melantik Hj Asmuni sbg peguam peribadi mengendalikan kes ini tanpa melibatkan LUHAM kerana LUHAM adalah hak Parti Islam SeMalaysia bukan kerja LUHAM mengendalikan kes peribadi Hj Hadi. Jadi Hj Hadi melantik Hj Asmuni mengendalikan kes ini secara langsung yg tiada kena mengena dgn LUHAM. Presiden amat profesional tapi yg membodek Presiden tu macam SETAN!!!

Sekian daripada ZULHAZMI SHARIFF (Nama sebenar tak main la nak menyamar2 belakang orang!!!)

Lucu? Memang lucu, sebab mamat yang memakai nama sama dengan gelaran hebat reformis Turki dan mengaku "Lawyer Swasta" ini tak tahu undang-undang Malaysia.

Rupanya perang belum habis. Lawyer Swasta pun balas! 

Tapi yang bener! Dia balas dalam bahasa Indon!

Waduh! Terkejut badak semua facebooker Melayu Malaysia!

Yong perturunkan balasan dia dengan jawapan Zulhazmi sekali:

Zul Hazmi
11 hours ago near Kuala Lumpur

JAWAPAN ZULHAZMI KPD MOHD BADIUZZAMAN MOHD NURSI "LAWYER SWASTA"

Haji Hadi dianiaya 2
Oleh : Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi
(nama sebenar juga ni )

Wow ! memukau jawapan zulhazmi. Saya mohon banyak banyak maaf atas beza pendapat dgnnya. Saya tak kenal zulhazmi krn mungkin kita dijarakkan mukabumi dan laut yg sangat luas. Tapi dunia maklumat dewasa ini menjadikan kita seperti sdg berbicara dari kamar sebelah .

Bila bila pun , lawyer pasti pintar berkata kata. Khilaf dgn lawyer dari pagi sampai ke sore kata org disini pasti tidak ketemukan noktahnya. Tapi nyatanya terlalu banyak perkara yg mula tersimpul mati dari kasus sebegini.

***** Zulhazmi****

Tak sangka jawapan ulasan aku begitu memukau... terima kasih krn terpukau.... Klu dia tak kenal aku walaupun aku guna nama sebenar... tak apa... tapi aku memang langsung tak kenal dia sbb tak tahu la dia guna nama sebenar atau tidak... dia kata dia "Lawyer Swasta".. aku buat carian di Majlis Peguam tak jumpa nama dia.... maksudnya dia bkn peguam tapi menyamar diri sebagai peguam... dr situ lagi nampak dah "niat jahat" dia....

Dari tulisan asal dia yg aku ulas kemarin, lenggok bahasa dia amat melayu.... tiba2 respon dia pada aku dah ada dialek Indon... dengan "koran" dgn "kasus"... makin jauh dia pi...... mungkin lps ni dia akan keluarkan bahasa bangla, nepal atau mana2 negeri yg dia merantau cari ilmu.....

********

Apa yg perlu ialah kejujuran dan Integriti. Asasnya Saya telah membaca lewat koran di sini juga langsung dari berita sahabat seperjuangan di seluruh negara bagaimana muktamar tempohari jd gawat apabila lawyer Asmuni menjadi pengendalinya. Lalu saya khawatir atas kecuaiannya berulang kembali. Saya setuju Asmuni bukan org jahat dan saya juga boleh bersetuju pd pengamatan saya kedua kalinya bhw Asmuni tidak sabotaj Hj Hadi. Tetapi kecuaiannya sukar disembunyikan.

***Zulhazmi***

Kejujuran & integriti apa yg dia bercakap klu dia seawal tulisan lagi berselindung atas penipuan & niat jahat. Awal2 lagi dia buruk sangka, niat jahat "mala fide" terhadap Hj Asmuni & LUHAM .... dia kaitkan pulak kecuaian di muktamar & sebagainya..... makin jauh dia nak lari.... Mula2 kata ada unsur sabotaj oleh Hj Asmuni & LUHAM untuk jatuhkan maruah Hj Hadi... sekarang dah lain pulak bunyinya??? integriti ya??

******

Sebelumnya saya menyebut LUHAM kerna kapasiti Asmuni sebelumnya disebut sebagai Pengerusi LUHAM. Jika benar Asmuni dilantik atas kapasiti peribadinya , maka sasaran perbincangan kini pada Asmuni dan firma guamannya dan saya memohon beribu ampun dari pihak LUHAM. Persepsi umum termasuk saya kpd LUHAM sebenarnya berasas krn melihat laporan media Harakah sendiri memetik Setiausaha Luham Abang Ahmad Kardee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut. Juga arahan pimpinan pas kepada pasukan peguam pas sbgmana arahan berikut Lalu bagaimana tidak org menganganggap bahawa kasus ini di bawah Luham. Tidak mudah zulhazmi mahu menafikannya sekalipun mungkin Hj Hadi bermaksud melantik peguam secara peribadi.

***Zulhazmi***

Seperti yang aku ulas kemarin..... kasus ini asalnya hanya melibatkan Hj Asmuni sbg peguam Hj Hadi. Tidak melibatkan LUHAM... tetapi apabila ada puak2 SETAN yg riuh rendah salahkan LUHAM... besarkan kasus ini mengatakan ada unsur sabotaj Presiden, menjatuhkan maruah Presiden, merancang menjatuhkan Presiden dan sebagainya... maka dgn itu kasus ini menjadi kasus PAS & LUHAM mengambil tahu. LUHAM masuk campur sbb telah melibatkan parti krn ada anasir jahat cuba merosakkan parti melalui kasus ini.

Sebelum kasus ini menjadi kasut untuk aku baling kpd puak2 SETAN ni.... adalah lebih baik cukup bagi aku komen setakat ini. Malah sudah ada berlegar2 di awangan membantai aku begitu begini kononnya aku berbahasa kesat, tidak thiqah, putar belit maka tak perlu ambik peduli hujah aku.... malah katanya boleh jatuh munafik aku ni.... maka katanya lagi tidak rugi mengambil pendapat dari orang alim yang tersalah pendapat dari mengambil hujah dari orang munafiq walaupun mcm betul. Kerana rahmat Allah turun pada org yg takut pada Allah.

Sebelum aku dimurtadkan oleh puak2 bertopengkan agama ni... depa buat salah dpt pahala...... kita buat betoi lagu mana pon masuk neraka.... maka lebih elok aku berhenti takat nie saja... aku pun takut nanti aku jadi bangla....

Sekian.... mohon ampun maaf kpd semua yg terlibat samada secara langsung atau tidak langsung....

Kredit pada Zulhazmi. Sila cari sendiri facebooknya kalau nak kenal dia di sini

Maaf Zulhazmi. Yong tak minta izin untuk terbitkan semula karya miker. Tapi demi penyebaran maklumat yang benar kepada yang takde facebook, Yong terpanggil untuk share adegan lucu Mat Indon-Malaysia (Malaysia-Indon?) ini. 

Heran pulak. Apesal Mat Indon berminat pada kasus Malaysia yang takde kena-mengena dengan dia? (Kalau betullah dia Mat Indon, sebab warga Indon bukan boleh jadi ahli PAS atau mengundi di Malaysia).

KASUS PENYAMARAN YANG KANTOI! WAKAKA!

ENDLESS POSSIBILITIES




RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU APRIL FOOL! SEBAB TU TAK PUAS HATI (VIDEO)

MENGAPA MASA BUDAK PANDAI, MASUK UMNO JADI BODOH?

Tolak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), susah. Terima lagi susah. Cikgu-cikgu yang dulu syok undi BN, baik fikior balik. Berbaloi ke?


ORANG MINTA MANSUH, BUKAN TANGGUH!

Prestasi kerja memang perlu penilaian. Ia juga harus adil. Bukan hanya judgement selepas penilaian perlu adil. Tetapi proses penilaian itu sendiri perlu adil. Metrik yang digunakan perlu sesuai.

Buat sistem penilaian untuk mudahkan kerja. Bukan menyusahkan.




Di IPT ada satu sistem penilaian yang namanya Outcome-Based Education (OBE). Ia satu sistem yang nyata gagal di seluruh dunia. Kenapa gagal? Kerana ia sistem penilaian yang mudah tapi dilaksanakan secara tak cerdik. Kerana itu ia menjadi rumit dan menyusahkan. Tapi KPT buat juga cara yang susah ini.

Sekarang timbul PBS yang menyusahkan guru-guru.

Sebab tu mutu pendidikan di Malaysia hancur, baik di peringkat rendah, menengah mahupun universiti.

Tidakkah penasihat-penasihat KPT itu IQ masing-masing tinggi? Tapi kenapa hasil pemikiran hampeh? Adakah terlalu banyak makan kangkung?

Pendidik bukan tidak mahu dinilai hasil kerjanya. Tetapi carilah kaedah yang diterima oleh pendidik itu sendiri.

ENDLESS POSSIBILITIES.

Wednesday, 26 February 2014

MAAF! MAAF! MAAF!







Bagi yang dah klik tapi cuma dapat mesej "blog has been removed," Yong minta maaf banyak-banyak.

Blog yang terganggu telah dipulihkan.

Terima kasih kepada kekawan yang sentiasa memberi sokongan. 
 

Sunday, 23 February 2014

PKR JANGAN TERLALU YAKIN DI KAJANG: UMNO ADA 6 ASAS PEMBANGUNAN UMMAH!

MAHAGURU UMNO

Siapa kata calon BN awal-awal lagi tumpo?

Demer kan ada calon hebat seorang nyonya yang moralnya tinggi mengawan?
  1. Di  bawah demer diampu oleh tokeh projek penswastaan yang hartawan.
  2. Di sebelah kanan demer ada pengawal keselamatan negara yang mengundi pos kerana sibuk sebagai pahlawan.
  3. Di sebelah kiri ada NGO yang pura-pura memperjuangkan Melayu-Islam-Raja yang budayawan.
  4. Di hadapan ada ulama dan sarjana duit yang tinggi ilmuan.
  5. Di belakang ada media propaganda, tukang spin dan segala jenis karyawan.
  6. Di atas ada tangan-tangan ghaib pengawal pilihanraya yang tidak karuan.
Dengan asas pembangunan Ummah UMNO yang sedemikian rupa, apa perlu pengundi hantu? Kikiki...

BOLEH PERCAYA KE?





Saturday, 22 February 2014

JAWI TAK JUMPA SIAPA PENGANJUR SEMINAR PEMIKIRAN DR KASSIM AHMAD? INI DIA ORANGNYA!

Kesian betul Yong pada Pengarah JAWI sebab dia jalan sana-sini tak jumpa siapa penganjur seminar "Pemikiran Dr Kassim Ahmad." 

Memang kesian sungguh...Janganlah kata dia belum masuk jawi lagi...Tapi memang alam keliling gelap gelita, sampai tak nampak apa-apapun..

JAWI MINTA MAKLUMAT

Oleh kerana itulah kita jangan kutuk saja JAWI...Dia minta maklumat dari kita. Jadi, kita mesti tolong suluh jalan. Biar JAWI nampak siapa sebenarnya penganjur seminar itu. Tak sebab-sebab nak seret Dr Mahathir. Apekehe? Bukan dia penganjur:

Kalau bukan Dr Mahathir, siapa penganjur??

JENG JENG JENG!

Nah...ini dia penganjurnya!

Orang kesayangan Najib!:

NAMPAK TAK?

Orang ini duduk kat Yayasan 1Malaysia. Dia guna jer premise Yayasan Kepimpinan Perdana tu...

Masih tak nampak lagi?

KIRI-KANAN MAKAN

Dia sendiri yang dengan bangganya mengaku jadi penganjor.

JAWI janganle meraba-raba lagi....

Dah jelas. Siasat jer mamak ni. 

Hahaha....Ini sebenarnya mainan siapa?

Najib nak pekena Dr Mahathir?

Faham-faham jer ler...

Friday, 21 February 2014

AIR MATA BUAYA DI KAJANG

AIR MATA BUAYA

Mengikut peribahasa omputih, air mata orang yang menangis kerana menagih simpati itu "crocodile tears." Jadi tak salah kalau kita terjemahkan menjadi air mata buaya kan? 

Nampaknya air mata buaya Chew Mei Fun amat laku. Sampai pejuang Melayu ulung, raja katak pun tersentuh hati.

Kat bawah ni flashback drama air mata buaya tu...


Tak tahulah sejauh mana pelakon air mata buaya ini boleh mempertahankan kalimah Allah.

Perkasa dah komen. Pekida, Isma, Jati, PPIM...bila nak sambut?

Yang ini pulak flashback drama pendik aksi raja katak:

PENILAIAN RAJA KATAK YANG TINGGI MORALNYA


Thursday, 20 February 2014

ALAHAI...KAT SINI PUN PACAK BENDERA KA?

Hari ni letih...tak larat nak komen.

SUMBER YOB TUALANG SEKAH

Agak-agak sampai tak demer ke Nirvana tu?

Monday, 17 February 2014

UPDATE SENARAI CALON YANG INGIN BERTANDING DI KAJANG DAN YANG DISARANKAN BERTANDING DI KAJANG (BERGAMBAR)

Tiba-tiba Kajang buka gi terkenal kerana sateynya. Dia umpama madu, semakin lama semakin ramai yang terlior...Alahai...

1. ANWAR IBRAHIM - MULA-MULA TAK MENGAKU, KEMUDIAN KONFIRM

2. NURUL HIDAYAH 



Anak Zahid Hamidi ini antara yang terawal cakap nak bertanding di Kajang. Tapi bapa dia kata, "Jangan nak mengada-ngadalah."

Tak jadilah agaknya nak dapat lebih glamor...












3. HERMAN TINO




4. ARUTCHELVAN 
Mamat ni mulanya Yong tertinggal. Mujur ada pengunjung yang bagi ingat. Sorry erk.

So, Selamat bertanding di Kajang.

Kali ini nak guna simbol apa pulak?












Presiden PSM ini kata PSM nak bertanding sebab nak mengajar PKR. Tak tahu apa yang dia nak ajar.

Khalid Samad kata tak payahlah...




5. NALLAKARUPAN









Ini apa cerita pulak?

Belum apa-apa sudah buat laporan polis konon diugut. Ada sesiapa percaya?

Heran, macam mana orang serupa ini boleh jadi Senator di Malaysia?







6. YUKTES VIJAY



Yang ini tak tahu apa isu dia...

Tapi dia nak bertanding dan tak kisah hilang wang pertaruhan.

Bertanding jer ler...Nak tunjuk kat kami nko banyak duit ke?

7. ZAID IBRAHIM










Antara katak yang kaya. Kejap jadi kawan, kejap jadi lawan.

KITA entah kemana

Ceramah-ceramah tak main...








8. RAMLAN ABU BAKAR






Yang ini Presiden NGO, Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia.

Diapun nak bertanding di Kajang juga. Apa yang dia nak buktikan, tak tahu.

Yong pun pengikut reformis 98 jugak, tapi entah macam mana boleh tak perasan ada NGO. Hehehe...





Selain yang dah menawarkan diri untuk bertanding, ada juga yang bising, mengaku terbaik, buat cadangan terbaik etc...etc...

Yong cadang orang terbaik ni elok bertanding di Kajang...

9. IBRAHIM ALI




Raja katak ini yang mengaku 1000 kali lebih baik dari Anwar Ibrahim untuk jadi PM patut bertanding menentang Anwar Ibrahim di Kajang.

Biar dia sambung tidurnya di DUN pulak (kalau menang le...Hahaha


10. HASSAN ALI


Yang ini pun patut bertanding demi Jati jalur tiga...

Dia pernah kata dia dipecat kerana Anwar Ibrahim. Jadi, inilah masa untuk balas dendam. 

Ada berani?

Aa? tak dengor?






11. RADHUAN TEE



Kenapa ada mamat ni pulak?

Mamat ini pernah bagi cadangan letak Cina Islam. MCA takde Cina Islam. Kalau adapun, adakah MCA akan letak Cina Islam bertanding di Kajang?

Radhuan Tee, tawarkan diri ajer. Tak payah berkias-kias.







Ini pulak senarai calon pejuang bangsa. Sesuai dengan perjuangan hebat itu, kita pun nak tahu siapa. Nantikanlah saja penjelmaan calon-calon ini:

12. CALON MCA 



MCA masih mencari calon...

Nama masih rahsia lagi tak tahu siapa yang akan dipilih untuk "kuburkan" Anwar Ibrahim.

Yang pasti, orang itu mesti kaya.

Tak kisahlah, kalau kaya hutangpun.






13.CALON UG +UMNO  



SURPRISE!

Ada calon misteri?

Siapa?

Entahlah. Mungkin akan muncul pada hari penamaan calon. 

Jangan suruh dia ukur baju di badan sendiri. Sebab pakai baju sendiri pun dia belum tahu lagi.










The more the merrier. Ada individu yang tertinggal?


Sunday, 16 February 2014

SYUKUR! MASIH MAMPU BELI MAKANAN...


Pagi tadi...err...lewat pagi, dalam jam 11.00 am, Yong pergi Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam. Tujuan cuma nak cari sayur dan lauk jer.

Sebab dah nak tengahari orang pun tak ramai. Dapat le parking dekat pasar.

Mula-mula nampak ikan rebus

4 ekor = RM5.00

Jalan lagi...

Cabai, tomato dan labu. Semua RM5.00

Jalan lagi... nampak ayam. Ada ayam daging, ayam kampung dan ayam pencen. Teringat ayam ni kata Jakim, tak tahu siapa yang sembelih. Tak jadi beli.

Jalan lagi...nampak puyuh. Hmm..boleh ganti ayam.

4 ekor = RM12.00

Toleh kiri, ada penjual daging. Tinggal daging cincang dan tulang. Boleh buat sup untuk buat hidangan bila orang kampung datang nanti. Demer jarang dapat merasa sup tulang.

Tulang rusuk = RM32.00

Teringat kena beli santan. Patah balik.

Kelapa parut 1 paket = RM1.30. Tetiba penjual masukkan 2 paket. Yong terkejut. "Sedekah." Katanya. "Terima kasih," Jawab Yong.

Semasa nak balik, kona tempat jual buah-buahan. Nanas nampak terlebih masak.

Takde pilihan, 3 biji = RM5.00. Yong ambik 3. Penjual tambah lagi 1.

Wah, hari ini banyak rezeki. Alhamdullillah.

Jumlah semuanya: 5.00 + 5.00 + 12.00 + 32.00 + 1.30 + 5.00 = RM60.30. Jumlah tak masuk duit minyak

Syukur. Masih mampu beli makanan.

Oppp! Mana gula, garam, asam, limau, halia etc...etc...?

Garam bubuh sikit jer...Banyak makan garam kena darah tinggi.

Gula?...Kalau boleh tak payah...Nanti kena diabetes.

Asam? Jangan selalu masak asam, nanti kena gastrik.

Limau, halia, daun kari....ah...semua tanam sendiri. Jimat!

Mujur ada sekangkang kera tanah - dah penuh dengan pokok, setengah kena tanam dalam pasu jer...Tapi kot yang duduk di flat tu...maaf le...

Ini semua Yong kena ucap terima kasih atas jasa sesetengah pemimpin PR yang bercakaran antara satu sama lain kerana kepentingan entah apapa...sehingga bagi peluang pada BN untuk menang dalam PRU13 yang lepas. Contohnya:

INI PANDANGAN PERIBADI PENULIS DAN TIDAK SEMESTINYA MEWAKILI PANDANGAN YONG (TMI

Dekat PRK Kajang ni...nampaknya masih tak serik bercakaran...

PAS NAK IKUT NYANYI LAGU INI? (KHAS UNTUK YANG MASIH BERMIMPI)

Pemimpin kena faham apa sebenarnya kehendak kami,
Ingin hidup makmur dan wujud daya saing yang tinggi,
Tiada ISA, tiada undang-undang zalim dan tiada polarisasi,
Negara Berkebajikan menjadi matlamat kebahagiaan yang lestari.

Al-kisah politik umno semuanya untuk periok nasi,
Kini tercapai impian bapa anak jadi sudah menteri,
Pakai kopiah dan jubah biar macam ikut nabi
Selain banyak duit  anak juga pandai menari,

SATU KELEBIHAN UMNO

Heboh di luar sana pula kisah bakal menantu dan besan yang amat misteri,
Sudah habis belajar di Sandhurst Military Academy?
Rakyat Malaysia malu tapi pemimpin macam tak peduli,
Terus balun harta rakyat untuk melancong dengan anak bini. 

18 hingga 25 Mei 2012, Washington, Milan dan Dubai demer bercuti,
Kos RM273,799.57 boleh buat 20 buah rumah PPRT,
Banyak duit sebab pandai menabung sejak kecil lagi,
Sampai boleh buat filem porno PAS jangan iri hati.

SUMBER ASD

MB ke Antartica kononnya buat kajian tentang masalah bumi
Semuanya bukan keluar dari poket sendiri,
Sumbernya duit pembayar cukai yang kerja sampai mati,
Tapi di tempat sendiri bangunan runtuh silih berganti.

Bersama Kedah, PRU13 berlalu dan pergi,
Namun kebangkitan rakyat tidak dapat ditandingi,
PAS terus dihasut "marilah ikut kami,"
Supaya BN dapat hidup 50 tahun lagi.

WARGA EMAS MENUNGGU RUMAH PPRT (SUMBER UM)

Petronas untung tapi hak rakyat Kelantan terus dinafi,
Harta peneroka pula dipajak pemimpin ikut suka hati,
Rakyat yang enggan, "Haramjadah!" mereka dimaki,
Bolehkah kita menaruh harapan kepada pemimpin begini?

Inilah erti wasatiyyah ala k-pop yang ditatangi,
Rakyat “bertuah” dapat BR1M RM650.00 untuk setahun sara diri,
Jangan peduli hasutan Pakatan Rakyat yang dengki,
Biar saja Dreyfus dan Lynas gelak ke Bank dengan duit berguni-guni.

SUMBER YSK

Tuntutan rayuan pilihanraya semua ditolak tepi,
Islam dihina, keadilan dinafi dan rakyat terus dizalimi.
Sampai bila rakyat harus menanggung kepiluan ini?
Terujakah PAS dengan janji BN yang tak pernah ditepati?

Aduh, pilu tangisan anak kecil yang sakit minta diubati,
Tapi simpanan ubat sudah kosong tiada isi,
Harga barangan pula terus naik tiada berhenti,
Rakyat sengsara di mana sara hidup hendak dicari?

KEMPEN MEMBAZIR (SELANGORKU)

Scorpene belum tenggelam, hantu Altantuya masih menanti,
Timbul bersama Thales dan Terasasi,
Menteri Pertahanan dan PM enggan jadi saksi,
Demi PRK Kajang, kembali rancak drama sodomi.

Media, TV, NGO, Perkasa, Isma dan Jati,
Semua diguna untuk menabur fitnah tanpa henti,
Nilai ringgit jatuh macam harga getah dan padi,
Pemimpin tolong jawab siapa pengkhianat dan siapa dikhianati?.

BARANG NAIK TAPI NILAI DUIT SEMAKIN KECIL

Pemimpin yang khayal hentikan semua mimpi,
Penyakit BN tidak akan dapat diubat lagi,
Jangan sebab berebut kerusi MB,
Sanggup berpaling dari rakan sendiri.

Walaupun kami cuma gantung bendera dan susun kerusi,
Walaupun kami hanya berkumpul demi keamanan dan kemakmuran lestari,
Peluh dan darah mengalir - tanpa wang ringgit - hanya keikhlasan di hati,
Setulusnya kami mohon - JANGAN KECEWAKAN KAMI! 


Saturday, 15 February 2014

EDISI KHAS MUSIM KEMARAU: MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?


Musim kemarau. Perasan tak sekarang ini ada banyak nyamuk? Entah datang dari mana tiba-tiba nyamuk menyerang. Tiada air bertakung kerana tiada hujan tapi nyamuk buat kita naik gila. Siang macam tiada nyamuk, tapi bila malam, adui!

Ada juga orang lebih digemari oleh nyamuk. Habis badannya bintat-bintat. sedangkan orang lain relex jer. Berikut beberapa sebab kenapa nyamuk suka menyerang seseorang berbanding orang lain. Adakah anda orang malang itu?

Karbon dioksida

Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.

Arak

Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.

Darah O

Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.

Haba Panas

Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.

Banyak steroids dan kolestrol.

Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.

Bau hapak

Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celaj jari. 

Warna gelap

Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.

Kulit lembut

Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.

Minyak wangi

Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada ingredien minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.

Jogging

Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh.

Setelah mengetahui apa yang digemari nyamuk, kita boleh mencuba untuk mengelak dari digigit nyamuk. Tapi bagi yang berdarah O, maaflah…tak boleh buat apa-apa kerana darah itu keturunan. Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk.

Selain daripada itu carilah apa-apa remedy semulajadi yang boleh digunakan untuk menghalang pembiakan nyamuk dan menghapuskannya.

Jika ada yang ingin menambah point, dipersilakan.

SUMBER:


Thursday, 13 February 2014

POLITIK TINGGI SUBKY LATIF MENGELAK BERBALAH DENGAN ANWAR

Biasanya Yong tak ambik tulisan blogger lain bulat-bulat untuk dimuatnaik ke blog Yong. Not my style. Tapi kali ini Yong teruja dengan tulisan Subky Latif. Tulisan ini lengkap kerana ada maklumat, ada perasaan, ada sindiran dan ada pengajaran.  

Dalam bahasa Inggerisnya: Information, feeling, sarcasm and lesson learned.

Yong ingin simpan ia buat pengajaran untuk diri sendiri.

(Komen seterusnya di bawah)


MENGAPA SAYA ELAK BERBALAH DENGAN ANWAR?

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu? 

Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri. Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.

KOMEN:

Subky Latif memuji politik tinggi Anwar Ibrahim. Yong memuji politik tinggi Subky Latif.

Kedua-duanya memiliki politik yang tinggi.

Sudah tentu pemikiran Subky Latif jauh lebih superior berbanding dengan budak-budak yang baru beberapa tahun main politik. Superior kerana perjalanan politiknya yang lebih panjang dan berliku-liku. Superior kerana pemikiran yang terbuka dan relevan.

Sudah tentu tidak adil untuk membandingkannya dengan pemikiran budak-budak.

Budak-budak yang ada usia muda tapi pemikiran jumud dan tertutup. Kalau sudah tua bagaimana agaknya?

Kita boleh maafkan budak-budak itu kerana mengamalkan politik rendah yang tidak matang. Itupun kalau budak-budak itu bertindak ikut pemikiran sendiri yang setimpal dengan usia yang muda. Tapi bagaimana kalau ada dalang di belakang yang mengarah budak-budak itu?

STRATEGI KAJANG MEMANG MENGGERUNKAN.