Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 30 June 2015

HIKAYAT SEKAWAN KAMBING (PT 2)

Alkisah kambing-kambing yang menggelarkan diri mereka G18 itu berkumpullah dan mengumpulkan para sahabat yang sama-sama istiqomah dalam peperangan yang berat sebelah ini.

Yang ternyata berat sebelah.

Maklumlah kumpulan yang masih kekal di dalam kandang telah mendapat liputan media milik musuh tradisi yang menyokong kepimpinan yang dipilih secara CHAI.

 UTUSAN

Ooopps! Salah keratan akhbar ke ni? 

Oh tidak.

Cer baca bahagian dalam kotak merah. Baca dan fikir guna otak, bukan siku dan lutut.

"Budaya politik yang memalukan" itu berlaku pada parti PAS sebenarnya - seperti yang dijelaskan dalam video ini:



Kalau ikut teori classical psychoanalysis, kondisi ini dinamakan "Freudian Slip."

********************

Agaknya kemana dah perginya kambing-kambing itu?

Jom kita jejaki mereka.







Alhamdulillah. Tak jumpa serigalapun.

Top-top semalam ulama kata "cop!":

MALAYSIAKINI

Lalu hari ini Yong tunggu kot-kot ada yang kembali masuk ke kandang. Tapi tiada apa-apa terjadi. Yang kedengaran hanyalah suara mereka bermadah peribahasa Arab yang diselang seli dengan nyanyian nasyid. 

Entah siapa...?? 

Nantikan saja albumnya keluar...Mungkin M. Nasir pun boleh tercengang! Kitapun terhibur dan lupa masalah mangsa banjir yang duduk dalam khemah sambil nyanyi lagu "Dendang Perantau."

Sementara itu G18 pula sudah membesarkan kumpulannya:

 TMI

Kabarnya mereka naik bahtera baru:


Rasanya dah terlambat nak panggil balik.

ADIOS!



Monday, 29 June 2015

KENYATAAN RASMI IKRAM BERKAITAN FITNAH YANG DILEMPARKAN KEPADANYA

  • Pagi ini seorang sahabat mohon supaya dikongsikan kenyataan berikut:

    6.32am

    Assalamualaikum 

    Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia dingatkan untuk terus menjaga akhlak dan tutur kata mereka ketika banyak fitnah, tuduhan kata cerca dilemparkan kepada mereka dan pertubuhan mereka.

    Teruskan menabur kebaikan kepada negara dan ummah serta seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja anda berada.

    Kata-kata Hasan al-Banna yang dipetik dari khazanah seni bicara orang-orang arab, pasti segar dalam ingatan anda semua. 

    “كونوا كالشجر يرميهم الناس بالحجر فيرمونهم بأحسن الثـمر”

    "Jadilah kamu seperti pokok, para manusia membalingnya dengan batu, pokok mengugurkan kepada mereka buah-buah yang ranum"

    Memadai kita mengadu kepada Allah SWT, ketika kita berpuasa di siang hari dan kita menghidupkan malam kita.

    Ulanglah ayat ini beberapa kali. Supaya anda semua memahami, itu semua adalah ujian Allah SWT kepada anda.

    وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

    Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata (al-Ahzab 58)

    Berdoalah kepada Allah SWT agar Dia mengampunkan mereka yang menuduh kita.

    Semoga kesabaran kita diganjari dengan sesuatu yang besar dari sisiNya.

    Ahli-ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia juga diminta; bayangkanlah Allah SWT akan membersihkan nama kita dan Pertubuhan kita dari tuduhan-tuduhan liar itu sebagaimana Allah SWT pernah membersihkan Nabi Musa a.s dari tuduhan orang-orang Yahudi satu ketika dahulu.

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَىٰ فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا ۚ وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا

    Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa, LALU ALLAH MEMBERSIHKANNYA DARI SEGALA CACIAN YANG MEREKA KATAKAN; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah (al-Ahzab 69)

    Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus 

    Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

    ********************

    Apabila membaca kenyataan di atas, Yong berasa amat sedih. Ketika pendakwah dari negara kafir sibuk mengislamkan orang kafir memeluk Islam, di negara kita yang dikatakan negara Islam ini, segelintir "ulama" sibuk mencaci pendakwah yang ingin memperjuangkan Islam. Tidak kurang yang memunafikkan rakan sejamaah atau menggunakan nama-nama haiwan seperti jebon, anjing dan sebagainya. 

    HUFFINGTON POST

    Bagaimana mereka melakukannya?

    Sudah tentu bukan melalui tuduhan, fitnah, jenama (labelling), stigma (stigmatization) dan kambing hitam (scapegoating) yang menjijikkan dan menakutkan bukan Islam daripada mendekati Islam.

    Tak percaya? Baca di sini dan di sini

    Yong tahu siapa kepala pemfitnah tersebut. Tapi biarlah Allah (SWT) yang menghukumnya.

    Yang kurik itu kendi,
    Yang merah itu saga:
    Yang cantik itu budi,
    Yang indah itu bahasa.

    *Maaf. Nama sahabat tersebut tidak dapat dinyatakan di sini.

Friday, 26 June 2015

HIKAYAT SEKAWAN KAMBING

Sekawan kambing telah diasingkan pada 4-6 Jun 2015

Tujuan diasingkan ialah ialah untuk mensucikan kandang dari pencemaran unsur-unsur sekular. 

UTUSAN

Kambing-kambing yang diasingkan menggelar diri mereka G18 nekad mahu keluar dari kandang

MASUK WATAK PENYELAMAT

Tidak semena-mena, hari ini sesusuk tokoh yang berada di luar kandang menyapa.

Begini bunyinya sapaan itu:



Tokoh yang mendapat kemasyhuran dari sejarah "Guthrie Dawn Raid" di London pada tahun 1981 itu mendakwa punca kemelut di Selangor adalah kerana:

"Greed, insensitivity and lack of magnanimity all are ingredients for deep distrust, non-cooperation and finally a fallout. Sadly in the end, the rakyat are the biggest losers,” (bernama.com).

Terjemahannya:

"Sikap tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran adalah semuanya bahan untuk menimbulkan rasa tidak percaya yang mendalam, tiada kerjasama dan akhirnya membawa kejatuhan. Malangnya pada akhirnya, rakyat yang rugi besar."

Macam pernah dengar ayat-ayat itu.

Ya. Itulah ayat-ayat yang biasa kita baca dalam buku teks pengurusan perniagaan yang ditulis oleh konsultant yang ironisnya rata-rata berfahaman sekular.

Tiada masalah dengan ayat-ayat itu. Khususnya jika Selangor sebuah syarikat.

Cuma...cuma...

Selangor bukan sebuah syarikat. CEO dan Board of Directorsnya bukan dilantik oleh syarikat tetapi dipilih oleh rakyat. Pada PRU13 rakyat memilih Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP.

Khalid Ibrahim bukan Menteri Besar pilihan DAP; bagaimana dia hendak mengaplikasi teknik "Guthrie Dawn Raid" untuk mengambil alih Kerajaan Selangor dari Azmin Ali? Khalid Ibrahim juga bukan Menteri Besar pilihan PKR dan dua orang ADUN PAS yang telah dimunafikkan oleh Norazli Musa (sila baca di sini).

MASUK WATAK WALI

Sebab itulah Haron Din membuat kenyataan "nasihat" bagi membantu Khalid Ibrahim mencapai tujuan yang sukar ini. (my.malaysiakini.com).


Haron Din menasihati kumpulan G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan melalui analogi sekawan kambing:

"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala." 

Memandangkan DAP sudah pasti tidak akan berbaik semula dengan PAS, maka pastinya tidak menerima Khalid Ibrahim kembali. Begitu juga 2 orang ADUN yang telah dibaruakan dan dimunafikkan. Jadi, formula pengambilalihan apa yang akan digunakan? 

Formula ini kah?


Khalid Ibrahim "lupa" sebut, bahawa yang tamak, tidak sensitif dan kurang keluhuran itu ialah UMNO/BN.

AKIBAT TERLEBIH YAKIN

Mursyidul Am PAS lupa usia golongan G18 dalam dunia politik jauh lebih lama dari Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Zaharuddin Muhammad, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Ali Akbar atau Mursyidul Am sendiri.  Perbezaan hayat perjuangan semakin ketara jika dibandingkan dengan budak-budak "tidak sekular," berjanggut memakai serban/ketayap yang menggantikan "Allahuakbar" menjadi "Boooooo!" dalam dua Muktamar PAS yang lepas.

Kalaulah kita pinjam analogi sekawan kambing Haron Din, merekalah kambing-kambing terpilih yang akan ditinggalkan, dan merekalah yang kurang pengalaman hidup untuk menguruskan sendiri kandang mereka tanpa kepakaran yang dimiliki golongan professional. Merekalah yang akan terkepung dalam kurungan yang mereka bina sendiri bersama-sama serigala yang memakai bulu kambing.

Siapakah agaknya yang akan dibaham oleh serigala?

********************

Bagaimana kalau analogi begini?:


ANGGAPLAH DI BELAKANGMU ITU SEBUAH PENGALAMAN.




DR ASRI - MENGAPA ALLAH SAMAKAN ULAMA DENGAN ANJING DAN KELDAI (VIDEO)

Ulama perlu memperkatakan yang benar. 



Tetapi yang benar itu hanya boleh disebut setelah dibuat penyelidikan tentang perkara yang dipertikaikan itu. Tidak guna ada banyak kitab-kitab kalau tiada amalannya. 

Menuduh tanpa bukti bukan akhlak ulama.

Ya ulama! Amalan itu bukan hanya berceramah di masjid. Lepas ceramah upload di facebook untuk menunjukkan telah buat kerja ulama.

Ramai ustaz buat perangai begini. Lepas itu mengaku diri ulama.

Lebih-lebih lagi ustaz yang berpolitik.

Wednesday, 24 June 2015

SIAPA PULAK DUA ADUN YANG MUNAFIK TU? (VIDEO)

Dengar sajalah. Siapa malas tengok semua, pergi ke minit 4.20 ke atas. 

Yong no comment.


 

Munafik haraki?

Tuesday, 23 June 2015

DR ASRI - SALAHGUNA HADIS UNTUK HUKUM ORANG DI LUAR PARTINYA (VIDEO)


Bagi yang masih blur tentang isu kafir-mengkafi ini, sila dengar apa kata Ustaz Dr Asri dengan tenang:




Kalau ada yang mengeluarkan kenyataan seperti yang disebut oleh Dr Asri itu (mengkafirkan golongan yang keluar dari jemaah PAS), maka bukan saja yang keluar dari PAS itu jatuh kafir, malahan seluruh umat Islam yang kini berada di luar PAS itu juga turut dikafirkan.

نعوذ بالله من ذلك 

Kalau masih percaya kepada individu (ustaz/penceramah, etc) sedemikian (yang ringan mulutnya mengkafirkan dan memunafikkan orang), tak dapat Yong nak kata apa lagi. Ikut suka mengkomer ler.

Tak guna Yong serang UMNO kalau perangai mengkomer lebih teruk lagi dari UMNO. 

Ada orang UMNO bising kerana tidak puas hati dengan Najib. Tapi demer tidak melabel pesaing dalam UMNO dengan label yang buruk-buruk. Jauh sekali demer nak panggil rakan se jamaah "anjing," jebon atau nama-nama haiwan yang lain.

Bukan kita tidak pernah diberi ingatan.

Hadis Rasulullah (SAW):

سيخرج في آخر الزمان قوم أحدث الأسنان سفهاء الأحلام

“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari din (agama Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

يخرج قوم من أمتي يقرئون القرآن يحسبون لهم وهو عليهم لاتجاوز صلاتهم تراقيهم

“Suatu kaum dari umatku akan keluar membaca Al Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya. Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.” (HR. Muslim).

يحسنون القيل ويسيئون الفعل يدعون إلى كتاب الله وليسوا منه في شيء

“Mereka baik dalam berkata tapi jelek dalam berbuat, mengajak untuk mengamalkan kitab Allah padahal mereka tidak menjalankannya sedikitpun.” (HR. Al-Hakim)





Monday, 22 June 2015

BOLEH KU PERCAYA LAGIKAH PARTI YANG KU SAYANGI INI?

Hari itu Kakak Ipar Yong menangis. Dia bukan meraung, tapi memalingkan mukanya bila Yong tanya:

“Lepas ini kak nak buat macam mana?”

Kakak Ipar Yong telah menjadi aktivis parti sejak Yong kenal dia. Pernah jadi Ketua Muslimat di satu kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO. Pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pemerkasaan Parti di kawasannya. Jawatan yang tidak popular kerana terpaksa meng “audit” aktiviti cawangan. Sekarang memegang jawatan Timbalan Ketua Muslimat, demi mengimbangkan tanggungjawab kepada keluarganya yang selama ini sedikit terabai kerana dia sering bergerak ke sana sini. Mujur abang Yong understanding, walaupun bukan aktivis.

Beberapa kali Yong balik kampung, didapati hanya ada lauk beli dari kedai buat abang.

Kalau boleh Kakak Ipar mahu segalanya kembali seperti dahulu. Sebelum orang berebut jawatan. Sebelum orang guna facebook untuk memfitnah. Pemilihan berlaku dengan tenang dan adil.

“Tapi, kenapa jadi begini?” Yong tanya.

“Sebab sekarang sudah ada peluang besar untuk menang. Jadi, masing-masing nak jadi calon pilihanraya. Dulu masing-masing menolak nak jadi calon.”

Itulah dia! 

Puncanya nak jadi YB. 

“Tapi Bolehkah jadi YB kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Bolehkah bentuk Kerajaan kalau tiada sokongan dari bukan Islam? Sedangkan UMNO pun mencari undi bukan Islam melalui BN untuk berkuasa?” Tanya Yong.

"Hancur." Sepatah sahaja jawapannya.

Kakak Ipar tahu jawapannya. Di tempatnya sendiri, kaum Cina yang 20% itu memegang kunci kemenangan kerana Melayu menyokong UMNO. 

Bolehkah PAS kembali seperti sebelum Muktamar ke 61?

KENAPA MENCARI MAT SABU?

Setelah difitnah, dicerca, dilabel dengan berbagai-bagai gelaran, kini diundang untuk memperkukuhkan parti.

Tak payah cari Mat Sabu. Guna saja Facebook hantu yang banyak berkeliaran itu untuk kukuhkan parti. 

Boleh?

LANTIK TANPA PERSETUJUAN

Salahuddin dan Mahfuz dilihat paling kurang vokal menyerang kepimpinan PAS. Paling "safe" sebab selalu "play safe."

"Play safe" pun kena terajang jugak.

Kata diri sangat hebat dan istiqomah. Diwar-warkan dengan bangganya team sekarang berkelayakan tinggi (dewanulamakpas). Kenapa cari Mat Sabu, Salahuddin dan Mahfuz? Adakah pemimpin PAS ingat melalui kemasukan Salahuddin dan Mahfuz ke dalam saf AJK PAS PUSAT, aktivis dan tukang pacak bendera, akan berbondong-bondong kembali menyokong PAS? 

Taktik melantik, "Umum dahulu baru beritahu" sama macam ketika Najib melantik ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO:

"Terus terang, saya sangat terkejut apabila nama saya diumumkan sedangkan saya belum isi borang lagi (menjadi ahli) (sinarharian).

Apa jaminannya pemilihan Kepimpinan PAS tahun 2017 nanti tidak berulang lagi episod label melabel, fitnah, caci-maki dan adu-domba ini?

Yang pasti bukan hanya Kakak Ipar saja yang menangis.



Sunday, 21 June 2015

ORKIM HARMONY MEMBAWA BERAPA BANYAK BOT PENYELAMAT? (BERGAMBAR)

Alhamdulillah!

Semua anak kapal selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Tahniah TLDM!

NAMA ASAL - PELABUHAN TIDAK DISEBUT (NEW STRAITS TIME) 

Kapal Orkim Harmony yang diubah nama menjadi Kim Harmon telah selamat berlabuh di Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

KAPAL DITUKAR NAMA (UTUSAN, 18 JUN 2015 4:17 PM)

Nampak tak benda warna oren tersangkut di buritan (stern) dan kiri (port side) kapal itu? Itulah dia bot penyelamat. Jelas nampak ada 2 buah. Satu besar dan bertutup, satu kecil. Warna oren untuk memudahkan detection oleh radar bagi tujuan SAR. Malam gelap gelita pun boleh detect juga.

Dalam gambar di bawah ini tak nampak ada lagi bot penyelamat selain yang tersangkut di buritan dan kiri kapal (terlindung).

KAPAL DALAM PELAYARAN (TWITTER LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ HJ JAAFAR, PANGLIMA TENTERA LAUT)

Gambar berikut diterbitkan oleh portal berita Indonesia pada 19 Jun 2015. Portal berita itu memuatkan episod kejayaan TLDM merampas kembali kapal Orkim Harmony dari tangan  lanun yang telah melarikan diri. Jelas 2 bot penyelamat masih tersangkut di tempat masing-masing (Mungkin gambar ini sebelum lanun melarikannya):

KAPAL YANG MASIH ADA 2 BOT PENYELAMAT (GLOBALINDO)

Portal Astro Awani pula menyiarkan gambar bot penyelamat yang telah dicat bahagian tanda Orkim Harmony demi mengelakkan dikesan penguasa Malaysia:

GAMBAR BOT PENYELAMAT YANG DICAT HITAM PADA NAMA ORKIM HARMONY (ASTRO AWANI)

Kelihatannya bot dalam gambar alibi itu seperti bot penyelamat yang sama yang tersangkut pada kapal Orkim Harmony sebelum ini:

INIKAH BOT PENYELAMAT YANG DILARIKAN LANUN? 

Bodohlah lanun-lanun itu lari dengan menggunakan bot penyelamat yang kelajuannya 5 knots (kata Blogger C++), yang boleh menjadikan mereka disyaki. Bukankah mereka datang dengan bot juga ketika merampas kapal itu? Kenapa tak guna bot mereka sendiri serta mudah menyamar sebagai nelayan? Kemana perginya bot sang lanun?

Ada sesuatu yang berbau ikan! (Terjemahan: something fishy about this).

Oleh kerana Zahid Hamidi sudah berbunyi, Yong sokong Kementerian Dalam Negeri siasat dengan teliti siapa dalang di sebalik episod hijack ini:


ZAHID JANGAN CAKAP SAJA (KOSMOS)

Adakah wujud pihak ketiga menolong lanun-lanun tersebut melarikan diri?

Yong tanya jer.

Takkan tanya pun tak boleh?

Kenapa Yong kata something fishy? Huh? 

Jangan lupa, sebelum ini pada awal bulan ini, 7,100 kapal tangki minyak DWT, Orkim Victory membawa diesel dimuatkan dari Petronas telah dirampas pada 4 Jun di kawasan yang sama dan di laluan yang sama.

The Orkim Victory kemudiannya dilepaskan oleh perampas setelah kira-kira 770 tan metrik (6,000 tong) kargo disalurkan keluar (channelnewsasia.com).

LANUN KANTOI BERKAKI AYAM JER? (MSTAR)

Kerana itulah Zahid Hamidi wajib menyiasat kejadian ini dengan mendalam dan berintegriti. Jangan ketepikan kemungkinan adanya penglibatan "orang dalam" sebagai dalang seperti yang disebutnya itu. 

Percayalah! Orang dalam yang menjadi dalang itu bukan tukang masak kapal Orkim Harmony tersebut. Hahaha.





Friday, 19 June 2015

AKHIRNYA 11 OKZ DIBEBASKAN (BERGAMBAR) - ALAHAI...

Alhamdulillah! Kumpulan 11 OKZ akan dapat bersama dengan keluarga di bulan Ramadhan yang mulia dan meraikan Syawal, InsyaAllah. 

Saksikanlah wajah-wajah mereka yang gembira bercampur tanda soal???





SUMBER: DATO' TARMIZI

Sayangnya MB yang mereka pertahankan telah di"jebonkan" dan terpelanting keluar dari senarai orang-orang yang "tidak tolol" dalam parti PAS. Pakatan Rakyat juga sudah jadi arwah.

Baguslah. Awal-awal lagi keluarga sudah menafikan penglibatan mana-mana ahli politik dalam pembebasan ini:

MACAM TAHU-TAHU SAJA

Tak payah pergi cari orang ini:

HARI INI AWAK KAT MANA?

Bagi Yong mereka tidak bersalah pun. Pengampuanan adalah istilah yang digunakan untuk kebebasan mereka.

Tahniah DYMM Sultan Nazrin kerana mengkotakan kata-katanya yang menerima kritikan rakyat dan kebebasan bersuara.

Rakyat yang tidak tertindas tahu melontarkan kritikan hanyalah demi membina dan menambah baik sistem tadbirurus negara. 

Tiada yang absolut dalam kebebasan bersuara.

Dan Allah (S.W.T.) juga berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).

Semoga mereka yang dibebaskan itu sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Waulahuaklam.

Wednesday, 17 June 2015

BAGI ZUHDI JAGA ANAK, SAHAM FGV AKAN NAIK MENCANAK

Berita yang menarik perhatikan pada hari ini ialah kritikan Dr Zuhdi terhadap ANAK.

Sebenarnya dia memperlekeh Mazlan Aliman.

MAZLAN YANG BERINTEGRITI (MALAYSIAKINI)

Dr Zuhdi lupa Mazlan Aliman mendapat 593 undi, lebih tinggi daripada undi yang diterima Norazli Musa (544) dalam pemilihan mengikut kaedah Chai baru-baru ini. Nama Mazlan Aliman tidak masuk dalam senarai Chai yang menjadi pilihan Dewan Ulama PAS.

Tetapi dia tetap menang. 

SENARAI CHAI

Perwakilan tahu Mazlan Aliman berjuang untuk ANAK. Kerana itu mereka menghargainya dan memilihnya, walaupun golongan yang mengaku pro-ulamak ada pilihan lain (sila lihat senarai di atas).

MAZLAN DIHARGAI PERWAKILAN

Maknanya apa?

Jika kita ambil undi Tuan Guru Ahmad Awang sebanyak 233 sebagai benchmark, maka kita dapati; 593 – 233 = 360 orang penyokong Haji Hadi (yang mendapat 938 undi) telah mengundi Mazlan Aliman. Satu angka yang besar, iaitu = 31% daripada keseluruhan undi Perwakilan (jumlah Undi = 1162).

Oleh kerana itu, daripada memperlekeh Mazlan Aliman, Yong nasihatkan Dr Zuhdi yang pengajian asasnya dalam bidang geografi, supaya mengambilalih ANAK. 

Mungkin lepas ambil-alih ANAK, Dr Zuhdi boleh menggunakan ilmunya untuk memperbaiki lanskap FELDA. Hasilnya nanti saham FGV akan melonjak naik.

UMNO dan peneroka FELDA tentu akan memuji-muji Dr Zuhdi. Begitu juga Utusan Malaysia dan Berita Harian. Hasilnya mereka akan menyokong PAS pada mana-mana PRK atau pada PRU14 nanti.

Tetapi jangan lupa Zuhdi, jangan sekali-kali kamu lupa! Ketika Muktamar ke 61 yang lalu, sebahagian yang mengundi kamu juga mengundi Mazlan Aliman.

Semoga kamu insaf.

Dan Allah (S.W.T.) berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat 18:

إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

Terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Al-Hujurat: 18).




FUYOOOH! HAJI HADI MEMANG HEBAT DI RUSILA!

Tidak payah papar banyak-banyak gambar. Sekeping gambar sudah cukup. Memang sambutan terhadap Kepimpinan Ulamak sangat hebat di Rusila, berbanding dengan Mat Sabu di Muar, Johor, diadakan pada waktu yang sama, 16 Jun, 2015.

RUSILA: SELESA DI BAWAH BUMBUNG (DPP)

Sokongan ini memang jauh lebih daripada sokongan HINDAR GST anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbuk, pada 11 April 2015.

Mana Mat Sabu boleh lawan?

MUAR: SELESA DI BAWAH LANGIT (UAAS)

PRU14, PAS dah boleh tawan Terengganu.

UMNO pun sudah menunjukkan keikhlasannya:

JADILAH WALAU 1 BUTIR

Syarat tawan Terengganu bukan susah sangat.

Ikut formula Dr Zuhdi Marzuki saja:

KERJASAMA DENGAN UMNO

Tak faham?

Tak payah susah-susah masuk politiklah.




Tuesday, 16 June 2015

KENAPA PERGI PERCAYA KEPADA UMNO, HA?, TANYA MAT SABU (VIDEO)

PAS Kena patuk ular kali kelapan.

 

CERAMAH MAT SABU DI KELANTAN SUNYI SEPI? (GAMBAR EDIT?)
*Bersambung...

Monday, 15 June 2015

MAT SABU: MEMPERTAHANKAN AKIDAH BELI PLAT KERETA (VIDEO)

Sempadan untuk kita muhasabah diri:



Tak tahu Mat Sabu sindir siapa. Gambar di bawah ini sekadar contoh:






Friday, 12 June 2015

MENGAPA TIADA YANG PERTIKAI ZETI AKHTAR AZIZ SEBAGAI GOVERNOR BANK NEGARA?

Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik jadi Governor Bank negara pada tahun 2000. Semua parti menyambut baik lantikanya. Tidak timbul soal dia datang periods atau tiada kebolehan. 

Berdasarkan biodatanya, kelayakan Zeti Akhtar memang hebat. Dia mahir dalam bidang aliran modal dan implikasinya terhadap dasar monetari. sebab itu Chedet lantik dia. Pada tahun 2013, Zeti Akhtar telah diberikan "Gred A" untuk kali ke-10 oleh majalah Global Finance. Anugerah itu dikongsi bersama gabenor bank pusat Filipina 'Amando Tetangco, Jr dan Bank Pusat Taiwan Gabenor Perng Fai-nan.  Penilaian ini dari kalangan gabenor bank pusat lebih daripada 50 buah negara utama. 

Tetapi kenapa prestasi negara Malaysia tumbang macam pokok nangka yang sedang sarat berputik dilanda ribut?

Dr Mahathir pilih Pak Lah. Lepas tu dia kata Pak Lah tak efisyen. Dia jatuhkan Pak Lah.

Dr Mahathir pilih Najib. Lepas tu di kata Najib tak efisyen. Dia sedang berusaha menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir pilih Dr Zeti Akhtar Aziz. Tapi Dr Mahathir sikitpun tak salahkan Dr. Zeti. 

Ini kerana Dr Mahathir tahu puncanya negara jadi begini ialah kerana kuasa membuat keputusan itu dipegang oleh ahli politik.

Dr Mahathir pegang pucuk pemerintahan negara ini selama lebih dari 2 dekad. Siapa yang lebih faham sepak terajang politik Malaysia selain dari dia?

Ooh? Ada seorang lagi yer? Tapi orang itu dalam penjara sekarang.

Jelas apa yang berlaku di Malaysia (masalah 1MDB, lembu dan kondo, TEKUN, Tabung Haji, KWSP, Felda, Tabung Pencen etc...) berlaku kerana masalah tadbirurus oleh ahli politik UMNO.

Sebab itu ditubuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin serta penyokong bersusah-payah nak jatuhkan UMNO. PR sokong Bersih. Rakyat disimbah air kimia. Dikejar FRU. Dipukul polis.

Ada yang ditangkap polis dan ada yang dipenjara.

Itu belum kira lagi yang digigit kerengga kerana memanjat pokok masa nak pasang bendera. Atau yang adik-beradik masam muka sebab tidak menyokong parti sinun.

Tetapi ada lebai PAS yang tak menghargai pengorbanan ini. Tak jelas. 

Sampai dikata cemburu PAS berbaik dengan UMNO.

AKU KAWAN UMNO, KAU ADA?

Kalau UMNO itu satu parti yang hebat, mungkin ada yang cemburu. Tapi kalau pemimpin UMNO itu dipertikaikan oleh ahli sendiri, siapa yang cemburu?

Mujur Dr Zeti Akhtar Aziz bukan Menteri UMNO.

Kalau dia menteri UMNO maka tahap dia macam menteri CGPA 3.85 sajalah jadinya.

Diharap Dr Zeti Akhtar Aziz bertindak tegas mengenai isu yang berkaitan dengan 1MDB.





Wednesday, 10 June 2015

BERITA BAIK! JAWATAN KOSONG DI PULAU PINANG DAN SELANGOR!

Bakal ada 1100 jawatan kosong di Pulau Pinang.
5000 Jawatan kosong di Selangor.
Jawatan dari peringkat JKKK sehingga ke Ahli Lembaga Pengarah GLC.
Semua jawatan ini adalah untuk orang Melayu!

SUDAH TERANG TAK PERLU BERSULUH TMI

JANGAN MARAH!

SENYUMLAH!

INI BERIA BAIK!

PAS sudah buat pembersihan etnik. Dalam Kepimpinan PAS sekarang sudah tiada yang "berbau" DAP atau PKR atau PasMa atau ... Pakatan Rakyat.

Biarlah golongan yang perasan "suci" ini hidup di kalangan mereka. Diorang bukan pelahap jawatanpun.

Lupakan mereka.

Sekarang giliran Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menjalankan pembersihan etnik untuk mengingkirkan golongan pelabel dan pemfitnah yang perasan "ulama" ni.

Pilihlah mereka yang lebih berkelayakan dan mereka yang tidak asyik memikirkan cara bagaimana hendak menjatuhkan kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ramai kawan-kawan Yong dalam Muslimat PAS nak duduk rumah saja, tanam sayur, belajar gubah bunga, buat kek, layan suami, anak dan mungkin juga main dengan cucu.

Tuesday, 9 June 2015

WALAUPUN DAP TERIMA RUJUK PAS, MASIH ADAKAH LAGI KEPERCAYAAN PENGUNDI?

Mula-mula baca dulu kenyataan dari Bekas Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu.

Bacalah dengan hati yang terbuka:

Published by Fadzil Baharum · Yesterday at 12:54pm · 

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan di dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK PAS Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka. Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara.

Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.

Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk "bersendirian".

Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan DAP sudah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan).

Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri, exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.

Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan.

Kedudukan dan jawatan paling dikejar?

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. – 8 Jun, 2015.

-Mohamad Sabu-

********************

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Orang tak hendak, kami tak ingin.

Begitulah lebih kurang kata DAP.

SEMUANYA BERAKHIR DI SINI (MALAYSIAKINI

Sebelum ini Yong telah petik tulisan peguam Zulhazmi mengenai usul putus dengan DAP. Tulisan boleh dibaca di sini.

Jelas, keputusan itu tidak boleh u-turn. Kenyatan hendak membawa keputusan Muktamar itu untuk mendapatkan kelulusan Majlis Syura Ulama hanyalah "delaying tactic" (taktik melengah-lengahkan masa) sahaja. Ini kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama setelah keputusan diterima oleh Muktamar.

"COP! COP! COP!" Kata PAS

"TUI!" Kata DAP

MANA NAK CARI CINA BUTA? (TMI)

Ini bukan hasutan.

Tiada orang yang berakal boleh menerima parti yang kalut, penuh dengan manusia yang suka maki-hamun, melabel, tidak mengenang budi dan sombong.

Ini bukan Yong yang cakap, tapi bekas Presiden PAS Mohamad Sabu yang 40 tahun berjuang dalam PAS (begitulah maksud tulisannya di atas).

PAS sudah ada Dr Zuhdi Marzuki. Katanya ada pakar profesional yang hebat. PAS tak perlu Pakatan Rakyat.

SEBUAH MIMPI INDAH (MALAYSIAKINI)

Tetapi betulkah kepimpinan PAS sekarang terdiri daripada profesional yang berkepakaran dan hebat-hebat belaka?

PAS KEHILANGAN PAKAR MUDA UNDANG-UNDANG INI (MALAYSIAKINI)

ARTIS INI MENOLAK JAWATAN DITAWARKAN SAMBIL MENYINDIR

YANG MENANGPUN TIDAK BANGGA DENGAN KEMENANGANNYA (ASTROAWANI)

Jika DAP menerima PAS sekalipun, pengundi tidak semestinya akan mempercayai PAS lagi.

Ada kain panjang empat, 
Ditarik ke atas ke bawah tak sampai;
Mangsa banjir hidup merempat
Ramadhan dan syawal mampukah digapai?

Ada kadok naik junjung,
Nakal menggunting dalam lipatan;
Ada pemimpin silap disanjung,
Sesal berdamping sepanjang zaman.