Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 18 March 2016

BETULKE ORANG MELAYU MALAS? (BAHAGIAN 1)

Satu hari sedara Yong didatangi pasangan muda dan 3 orang anaknya.

Pasangan suami isteri itu mengadu stress sebab dah dibuang kerja apabila kilang downsize (kecilkan operasi). Diorang mengadu duit pampasan dah habis. Anak tak sekolah sebab takde duit belanja.

Dulu sedara lelaki kerja juruteknik rendah. Isterinya kerja kilang. Mereka dah berusia dalam 60an. Sekarang, sedara lelaki ketua kampung dan isterinya surirumah. Kadang-kadang mereka tangkap kontrak makan-makan kecil-kecilan. Saja-saja mengisi masa terluang, sebab demer pun pandai masak memasak.

Pasangan muda itu mohon bantuan kewangan kerajaan melalui sedara @ ketua kampung berkenaan. 

Selalunya sedara perempuan tak masuk campur urusan suaminya. Tapi kali ini dia jadi kepoh sikit.

Sedara (perempuan) pandang pasangan muda itu ateh bawah. Seorang anak asyik main game kat handphone.

“Adeke kamu cari keghojer?” Tanya sedara perempuan.

“Takde keghojer kosong.” Begitulah jawab pasangan muda itu.

“Aku tengok kamu berdoa ni sihat ajer.” Kata sedara perempuan.

“Tapi kami tak dapat cari kerja pun…” Balas pasangan itu. 

Bila sebut jer tak dapat cari kerja, maka naik anginlah sedara perempuan.

“Aku dulu, masa umur macam kamu ni, apa keghojer yang aku tak buat? Kecuali makan duit haram, aku pergi basuh baju kat rumah oghang. Aku jaga anak orang. Aku buat kueh, hantar ke kedai. Bila ada kilang, dapatlah aku kerja kilang. Bila kilang tutup, aku balik kerja di rumah orang, basuh kain dan jaga anak orang. Anak-anak aku semua habis sekolah.” 

“Dulu lain makcik. Sekarang semua barang mahal.” Jawab si suami.

“Memangle lain.” Balas sedara perempuan Yong, “Dulu aku tak bagi handphone kat anak aku untuk main. Demer reka sendiri apa benda nak buat mainan.”

Terdiam kedua pasangan itu. Terus diambilnya handphone dari tangan anaknya. Anaknya cuba mengambil handphonenya balik, tapi ditepis oleh si ibu.

“Takpele tok ketua. Kami minta diri dulu.” Kata si suami.

*Bersambung*

********************

Yelah, nak menyambung kehidupan kita perlu buat kerja. Tapi jangan pula buat "kerja" yang takde faedah:

INSAF MAHATHIR? (FMT)

1 comment:

  1. Jamal sekinchan dah tutup ikan bakar

    Bisnes sewa canopy pun tutup

    Bisness jual pk pun tutup sebab ahli umno tak mampu langgan uzbek Rusia

    Malas tu memang malas sebab budaya umno bagi duit bagi beras dan bagi rasuah in return for kongsi bini .. Pecah dara anak yg nk pg universiti dan yg dpt kerja... Yg laki jd macai ahli baju merah dgn nilai rm50...

    Dah lah budaya umno malas tak reti berniaga pulak terpaksa jumpa tekun punb bsn ... Pegi kursus tak pahan bahasa ingeris .. Apa itu marketing... Cahketibg ka?

    Ayoyoo yong... Selagi umno pas bawak budaya jumpa ketua bahagian jumpa pak imam... Selagi tu la melayu mundur... Mundur... Jahanam

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.