Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 30 November 2014

DR MAHATHIR JUGA BLOGGER UMNO YANG BANGANG? (SAKSIKAN VIDEO UCAPAN NAJIB SEBUT "BANGANG" SEBELUM HILANG!)

Mula-mula saksikan dulu ucapan Presiden UMNO ini:

   

Kalau malas nak tengok semua, lompat ke minit 40 sehingga 43. Adakah maksud Najib semua Blogger UMNO atau semua Blogger yang menyerangnya dalam Blogs? 

Ah-haaa! 

Adakah maknanya Najib kata Dr Mahathir juga bangang? Sebab Dr Mahathir juga menulis dalam blognya Chedet.cc. Tulisan Dr Mahathir banyak menyerang Najib.

Kata Dr Mahanthir dia menegur (Baca di sini).

Yang malas nak melayari blog Dr Mahathir di sini Yong petik sebahagiannya:

INIKAH YANG DISIFATKAN SEBAGAI BANGANG?


Saturday, 29 November 2014

PENCARIAN MH370: PAKAR PENCARI BERTELAGAH SESAMA SENDIRI PULAK DAH

Kali ini kalau kita maki Australia dan geng pencari MH370, Kerajaan Malaysia tak patut marah kita.

Agaknya dah habis idea untuk dijadikan alasan munasabah kenapa tak jumpa walau secebispun serpihan dari MH370, sekarang grup pencari bertelagah sesama sendiri.

Bertelagah juga dijadikan alasan kenapa pencarian MH370 menjadi sukar.

Apa yang menjadi pertelagahan?

Menurut berita yang disiarkan ASWJ, 5 kumpulan pencari tidak bersetuju tentang lokasi MH370. Kumpulan tersebut terdiri daripada:
  1. Boeng, 
  2. Inmarsat, 
  3. France's Thales Group, 
  4. The U.S.'s National Transportation Safety Board dan 
  5. The Australian Defence Science and Technology Organisation. 
Kelima-lima kumpulan terlibat menganalisa data yang diperolehi oleh Australian Transport Safety Bureau (ATSB). Diberitakan kelima-lima pencari membuat kesimpulan yang berbeza. Tetapi masing-masing pun tak mahu cakap apa-apa atau siapa kata apa. 

Pendik kata masing-masing tak mahu bagi maklumat apa-apa.

SIAPA YANG HARUS DIPERCAYA

Dana pencarian semakin mengecut. Tetapi, semakin lama pencarian semakin banyak perbelanjaannya. Inilah masalahnya apabila kita tidak diberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pencarian hanyalah berdasarkan apa yang orang putih panggil "Educated Guesswork" atau "Tekaan Berpendidikan" (Terjemahan Pakcik Google).

ANYBODY'S GUESS?

Tetapi kalau asyik salah sahaja, "Educated Guesswork" itu sudah jadi "Anybody's Guesswork" atau "Tekanan Sesiapa Sahaja."

Ada siapa yang mahu meneka kenapa team China tidak ada dalam kumpulan pencari sedangkan warga China paling ramai menjadi mangsa?

BERHENTILAH MEMPERMAINKAN PERASAAN WARIS!

Thursday, 27 November 2014

SAARI SUNGIP TAK MAHU KERAJAAN SELANGOR JADI KERAJAAN AZMIN: TAKKAN SELANGOR SAJA KOT?

Sejak Azmin jadi YB ni, Yong belum dengar lagi kenyataan mantap dari Exco PAS. Entah bila demer nak bersuara Yong masih menunggu. Maksud Yong bersuara secara analitik dan kritis. 

Tup-tup Saari Sungip yang bukan exco pula berbunyi.

Katanya, "Kita tak mahu Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam tempoh 2 bulan sahaja sudah jadi jadi Kerajaan Azmin Ali."


Tak ramai yang kisah apa Saari Sungip cakap. Mungkin ada yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Tetapi cuba kita lihat dari skop yang lebih luas.

Watch what is beyond the trees.

Nampak apa? 
Seladang, harimau, gajah, bukit, sungai, laut, padang pasir? Atau...pokok cempedak?

Macam pantun lama:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Mana yang salah tolong tunjukkan.

Siapa budak itu? Kerajaan PR ibarat budak...Walaupun usia pemimpin sudah err...lama, tetapi mengurus sebuah negeri masih baru. Jadi, pemimpin masih wajar diberi teguran. 

Jangan ingat kita pernah jadi CEO, maka kita hebat. Jangan ingat sebab kita ustaz, maka kita hebat. Jangan ingat sebab kita pernah masuk jel, maka kita hebat.

Apa yang disebut oleh Saari Sungip sebenarnya applicable kepada Pulau Pinang dan Kelantan.  Kedah sudah jadi sejarah. 

Maknanya simple saja:

Kerajaan Pulau Pinang bukan Kerajaan individu bernama Lim Guan Eng. Kerajaan Kelantan bukan Kerajaan Ahmad Yaakob. Keduanya Kerajaan yang didukung oleh Pakatan Rakyat.

Jangan dok perasan mengkomer hebat. 

Ingat! Yang memenangkan mengkomer bukan ahli parti mengkomer saja.

Maka kerana sokongan berbilang kaum inilah wujud Kerajaan Pakatan Rakyat.

Jangan ada lagi kerajaan individu bebas dengan sokongan ADUN2 UMNO/BN jika kita mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.

Jangan ada lagi yang masih menangisi tamatnya kerajaan individu bebas dengan sokongan 4 ADUN PAS dan ADUN2 UMNO/BN jika kita mahu bersama dalam Pakatan Rakyat.

UMNO nak jadi Red Indian atau nazak nak mati bukan urusan kita.

Wednesday, 26 November 2014

JADI RED INDIAN DULU SEBELUM MATI? (UPDATE: PENGHINAAN TERHADAP PERJUANGAN RED INDIAN)

Jelas! Persidangan UMNO penuh retorik dan ugutan.

Ugutan buat siapa?

Buat ahli UMNO yang tak cerdik.

PERANGKAP UMNO

Jelas! Orang UMNO tidak faham sejarah Amerika Syarikat. Tidak faham sebab tengok RTM dan TV3 sahaja.

"Elak Melayu jadi Red Indian" adalah penghinaan buat pejuang-pejuang bangsa Red Indian yang mati di hujung senapang penjajah, di tali gantung dan akibat penyakit yang dibawa oleh penjajah.

Pemimpin dan pejuang Red Indians menitiskan darah dan air mata demi mempertahankan tanah air mereka.

PEMIMPIN MEMBERONTAK KERANA PENJAJAH MENGKHIANATI PERJANJIAN

Mana pemimpin UMNO yang berjuang sehingga ketitisan darah yang akhir? Siapa yang diburu penjajah, dipenjara dan disiksa?

ADAKAH PEMIMPIN UMNO MENGALAMINYA?

Sumber: di sini dan di sini 

Red Indian yang tidak mati kerana dihambat ke tempat yang mereka tiada sumber makanan pula dijangkiti penyakit yang dibawa oleh penjajah yang memakai jenama peneroka. Pernahkah ini berlaku kepada pemimpin UMNO?

Sumber: di sini

MATI KERANA ANGKARA SENDIRI

Pemimpin UMNO adalah anak bangsawan yang tidak pernah tahu apa itu kesengsaraan hidup!

PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU INI BERJUANG BUKAN ATAS PREMIS UMNO

Beginilah tahap perjuangan pemimpin UMNO yang takut jadi Red Indian:





Bacalah sejarah perjuangan Red Indian di Amerika Syarikat dan Canada sebelum membuat perbandingan.

Alangkah jauhnya perbezaan antara pemimpin-pemimpin UMNO dengan pemimpin/pejuang-pejuang Red Indian.

Tuesday, 25 November 2014

BOLEHKAH SERPIHAN PESAWAT MH370 MENUNGKAH ARUS DAN TERDAMPAR DI PANTAI SUMATERA?

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita ada serpihan yang kemungkinannya MH370 terdampar di pantai Sumatra.

Pantai Sumatera sebelah mana? Barat atau Timur?

Sudah tentu ramai fikir Pantai Barat, sebab kalau Timur maknanya serpihan itu hanyut di Selat Melaka. Sangat obvious kalau jatuh di Selat Melaka.

Pada bulan March, kononnya MH370 "hilang" di Selatan Lautan Hindi, dekat Australia:

PETA LOKASI SERPIHAN - BULAN MAC 2014

PETA LOKASI KAWASAN CARIAN

Setelah dicari tak jumpa dan ramai sangat orang yang menyibuk, Australia pun cakap pesawat tiada di Lautan Hindi Selatan (Baca di sini).

Tetapi tidak lama lepas itu Australia U-turn dan carian dibawa lagi jauh dari lokasi asal. Maknanya dekat Antartika.

Kali ini untuk mengelakkan orang dari menyibuk, peta lokasi carian tidak dijelaskan:

CARIAN SEMAKIN JAUH

Kalau ada yang tidak percaya, masukkan Yong dalam kumpulan orang yang tidak percaya.

Dulu Yong pernah bertanya, jika pesawat MH370 itu jatuh di selatan Lautan Hindi Selatan, adakah ia masih ada di situ? (Baca di sini).

Cuba perhatikan arus lautan di Lautan Hindi dan Lautan berdekatannya:

ARUS OMBAK DAN KAWASAN MH370 DIDAKWA HILANG

Kalau kita rujuk carta arus lautan itu, benda yang ada di selatan Lautan Hindi Selatan tidak mungkin muncul di pantai Sumatera.

LOKASI GIR LAUTAN

Kalau serpihan itu terperangkap dalam Indian Ocean Gyre (Gir Lautan Hindi), kemungkinan ia hanyut ke pantai timur Afrika atau terus ke selatan Afrika.

Tidak hairan kalau CEO Arab Emirates mempersoalkan ketelusan pencarian MH370 ini:

ADA MAKLUMAT DISEMBUNYIKAN, KATA CEO INI

Yong juga tidak hairan kalau ada nanti yang membuat penafian - bahawa benda-benda ganjil ditemui di pantai Sumatera itu sebenarnya bukan dari MH370.

MOHON BERHENTILAH  mempermainkan perasaan waris.

Rujukan:










N3 terdahulu:







Monday, 24 November 2014

NAJIB SUKA JUMPA DALAM GELAP, ADA SIAPA YANG NAK JOIN?

Setelah diserang dengan teruk kerana isu IMDB yang rugi dan berhutang berbillion ringgit, diikuti dengan kecaman penarikan subsidi minyak RON95 dan diesel, Najib mengeluarkan kenyataan ini:

PERANGKAP UMNO (TMI)

Dengan bahasa yang lembut gigi dari lidah, Najib mendakwa kononnya terdapat pihak yang tidak suka Islam sedang melaga-lagakan umat Islam dan Melayu di Malaysia, seperti yang dipetik The Malaysian Insider:

"Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.

Kerana itulah, pemimpin Islam harus bertanggungjawab melaksanakan penyatuan ummah di negara ini - bukan bentuk pakatan, kononnya, tetapi sekadar "kerjasama dalam perkara berkaitan kepentingan masyarakat Islam."

Berita dari BNBBC News pula mempaparkan gambar Najib dan Haji Hadi dalam keadaan mesra (tarikh gambar tak pasti):

PERANGKAP UMNO

Gambar itu untuk menjentik minda supaya menyangka Haji Hadi sudah setuju untuk kerjasama. Nampak tak perangkap UMNO?

Kerjasama, bukan pakatan.

Ada siapa percaya?

Ada siapa percaya kerjasama ini demi Islam dan bukan usaha untuk meruntuhkan pakatan PAS-PKR-DAP?

Ada siapa percaya ancaman terhadap umat Islam di Malaysia itu bukan berpunca dari dasar yang ditunjangi UMNO?

Retorik Kerjasama UMNO-PAS ini sering diulang-ulang setiap kali menjelang Perhinpunan Agung UMNO. 

Ini semua sandiwara.

Pemimpin PAS tidak layak menjadi ketua jemaah kalau percaya dengan sandiwara UMNO ini.

Sunday, 23 November 2014

N3 HUJUNG MINGGU: KISAH BENAR PADAH IBU BERJANJI DENGAN SYAITAN

Kisah ini diceritakan oleh ibu. Ia berlaku di daerahnya. Walaupun cerita ini telah lama berlaku, tetapi ia tetap terpahat di minda Yong sebagai sempadan.

Nenek Yong seorang guru mengaji Quran yang agak terkenal. Atok meninggal dunia semasa adik ibu masih kecil. Nenek meneruskan usaha Atok mengajar budak-budak mengaji Quran, solat, puasa dan lain-lain. Ada di antara murid-murid datang dari kampung lain. Oleh kerana waktu itu tiada kenderaan, ada di antara anak murid bermalam di rumahnya. Hanya hujung minggu akan pulang ke rumah masing-masing. Yang jauh sebulan sekali.

Salah seorang muridnya anak gadis pemilik kedai makan. Kedai itu juga amat laris. Nama gadis itu Murni. Dia hantar oleh ibu-bapanya ketika usianya 9 tahun.

Gadis itu tidak berapa “terang hatinya” kata ibu Yong. Maksud ibu, gadis itu agak sukar untuk mengenali huruf dan membaca Quran. Setelah 3 tahun, gadis itu masih lagi belum khatam Quran. Walau bagaimanapun mulutnya tidak pernah lepas dari membaca "Bismillahirahmanirrahim" setiap kali memulakan pekerjaan, walaupun hanya dari duduk dia hendak berdiri dan sebaliknya.

Suatu hari rumah nenek gempar. Murni yang baru mencecah usia 12 tahun tiba-tiba jatuh pengsan. Pak Imam pun dipanggil. Kata Pak Imam, Murni sudah tiada bernafas. Ibu bapa Murni pun dipanggil. Oleh kerana ibu bapa Murni kurang arif, jenazah Murni disempurnakan di rumah nenek Yong saja. Jenazah Murni hanya boleh dikuburkan pada pagi esok kerana menunggu saudara mara datang menatap wajah Murni bagi kali terakhir. 

Lepas subuh, ketika jenazah Murni sedang dimandikan, suasana menjadi gempar kerana hujung ibu jari kaki Murni bergerak-gerak.

Rupanya Murni belum mati.

Ketika itu ada yang menangis dan ada yang ketawa. Ibu bapa Murni terpinga-pinga. 

Selepas “dipulihkan” oleh Pak Imam, Murni berkata dia hendak “bercerita” kepada semua orang di hadapan ibu-bapanya.

Murni menceritakan dia telah dibawa oleh pesuruh “Raja Syaitan” untuk dijadikan "isteri."

Ketika di istana raja itu, Murni melihat pagar istana itu adalah manusia yang telanjang dari berbagai rupa. Sangat dhaif kelihatannya manusia-manusia itu.

Entah kenapa Murni sedikit pun tidak berasa takut.

Ketika masuk ke istana, Murni membaca Bismillah sebagaimana yang lazim dilakukannya. Pintu pagar istana syaitan itu runtuh.

Raja Syaitan bersila di atas tahtanya, juga dari tubuh-tubuh manusia yang menjunjungnya. Alat kelamin raja syaitan kelihatan amat panjang seperti ular sehingga membelit manusia-manusia yang menjadi pagarnya.

Raja Syaitan mengarahkan Murni supaya ke dapur memasak nasi dan sup sebagai percubaan untuk mengetahui kebolehannya sebelum dijadikan "isteri."

Seorang perempuan yang mengaku “ibu” kepada Syaitan itu membawa Murni ke dapur. Murni melihat dapur Raja Syaitan itu diperbuat daripada tulang-tulang manusia. Dari senduk nasi sampai kepada periok. 

Setiap kali Murni membaca Bismillah untuk mengambil “benda-benda” itu, setiap kali benda-benda yang hendak diambilnya hancur. Periok yang berisi nasi yang hendak dikukusnya juga pecah berkecai.

Itulah yang berlaku….sehingga tiada apa yang boleh disentuhnya. Semua hancur.

“Ibu” Syaitan tidak dapat berbuat apa-apa.

Lalu “Ibu” Syaitan memberitahu Raja Syaitan Murni tidak layak menjadi "menantunya," dan harus dihantar pulang.

Ketika Itulah Murni tersedar.

Rupanya “Bismillahirrahmanirrahim” itu telah menyelamatkan Murni.

Setelah mendengar cerita Murni, ibu bapa Murni pun menangis. Mereka mengaku telah berjanji kepada Syaitan akan memberi anaknya sebagai "isteri" jika Syaitan itu membantu melariskan kedai makannya.

MasyaAllah…sanggup ibu bapa itu melakukan khurafat sehingga rela menyerahkan anak gadisnya kepada Syaitan demi mencapai keinginan untuk menjadi kaya-raya.

Pak Imam segera meminta ibu-bapa Murni bertaubat dan memutuskan perjanjian dengan Syaitan itu.

********************

Kenapa Yong nak paparkan kisah lama yang dahsyat ini?

Kerana sehingga kini amalan khurafat ini masih berlaku di kalangan umat Melayu Islam. Dari orang biasa, pemimpin dan di kalangan yang mengaku ahli agama.

KHURAFAT PEMIMPIN

KHURAFAT KAPITALIS AGAMA

Mengapa pihak yang berkuasa tidak boleh menghentikan khurafat? Sedangkan sudah ada larangan khurafat di dalam Quran:



Allah SWT amat menyayangi kita. Fikir-fikirlah.

Friday, 21 November 2014

AMAUN SEBENAR PAMPASAN PEGAWAI BEKAS MB SELANGOR: DR HALIMAH MEREPEK APA?

Berikut amaun sebenar pampasan yang diberi oleh Khalid Ibrahim kepada pegawai-pegawainya:

SUMBER ZULHAZMI

Ingat lagi tak? Sebelum ini bekas Exco Dr Halimah pernah membuat kenyataan Khalid Ibrahim nak keluar seringgit untuk program negeri pun susah:

SUMBER MALAYSIAKINI

Dr Halimah ni bior betul... Siapa kata Khalid kedekut? 

Dulu masa Khalid Ibrahim ambil alih Kerajaan Selangor sebagai MB dari Khir Toyo, berapa juta pula pampasan yang diberi kepada pegawai-pegawai Khir Toyo?

I wonder...

This practice of giving so called "VSS" to political appointees stinks to high heaven!







Wednesday, 19 November 2014

KRITIK ULAMA SEBAB SAYANG: USTAZ RIDZWAN ABU BAKAR


ULAMA : DARI KERANA KASIH. 

Kebelakangan ini terdapat semacam segolongan kelompok yang dikatakan mempertikai ulama, bahkan ada yang lebih ekstrem menyatakan bahawa golongan ini menghina ulama, ia berlaku di kalangan masyarakat dan juga dalam jemaah Islam. 

Sementara tidak menafikan bahawa gejala mempertikai ulama dan menghina para ulama sememangnya berlaku dalam sepanjang perjalanan sejarah ummat ini. Tetapi, dalam membicarakan apa yang sedang berlaku dihadapan kita pada waktu ini, kita juga perlu mengambil perhatian kepada unsur "dari kerana sayang", kritikan dan mempertikai ulama itu berlaku kerana ummat amat sayang kepada institusi ulama itu sendiri. 

Dari kerana sayang lah yang menyebabkan ummat kritik ulama, apabila : 

1. Ada kelompok yang mudah menyamar sebagai ulama, hanya berbekalkan beberapa potong ayat dan hadith yang dihafal, mereka pun menyamar sebagai ulama. Dari kerana sayang lah, ummat bangun mempertikai "ulama yang menyamar" supaya institusi ulama sentiasa dihormati. 

2. Terkadang berpunca dari ulama tidak menjaga "kehormatan" yg ada pada title ulama itu sendiri, ada yang sanggup "menyerondoi" pintu istana dan banglo mewah para teknokrat untuk mendapat gelar bangsawan dan juga mencari habuan dunia, maka dari kerana sayang lah umat bangun mengkritik perbuatan tersebut. 

3. "Lisanul hal afsah min lisanil maqal- lisan perbuatan lebih fasih dari lisan percakapan" adalah athar yang diajar oleh para ulama, apabila ada sekelompok ulama yang nampak macam tidak menepati "muwasafat" ulama dan bertindak mengelirukan ummat dengan tindakan mereka, maka dari kerana sayang lah umat bangun mengkritik supaya ulama dan institusi nya sentiasa dihormati. 

Dari kerana sayang lah ummat bangun untuk mempertahankan institusi ulama dari diceroboh supaya ulama akan sentiasa dipandang mulia dan dijadikan qudwah sepanjang masa. 

7.00 mlm / 19 Nov 2014
Pantai Leman, Kuala Kedah.

N3 terdahulu yang berkaitan:

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama

Yup...kalau ummat dah tak kisah dan taknak ambil tahu, maknanya dah benci.

Tuesday, 18 November 2014

GENG SPEK HITAM...

Sebenarnya Yong amat tidak menyokong perbuatan mengedit wajah manusia serupa orang lain atau haiwan atas tujuan menghina.

Selain  itu pendirian Yong tidak sama dengan geng spek hitam ini:

ADA YANG SPEK MERAH?

Geng spek hitam membuat laporan polis...

Gasak demerlah nak buat laporan...Demer kan sedang menjaga martabat Malaysia.

Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, nama NGO itu...

Tetapi masa wajah TGNA dan Anwar Ibrahim diedit dengan berbagai-bagai bentuk, tidak pula demer buat laporan polis. Macamle TGNA dan Anwar Ibrahim tu bukan orang Melayu, rakyat Malaysia yang beragama Islam. Tak perlu buat jalinan muhibbah agaknya.

********************

Yang ini taknak buat laporan polis?

MANA DUIT MALAYSIA?

Syarikat Malaysia rugi berpuluh billion tidak jejaskan martabat Malaysiakah?

Jauh bezanya pendirian Yong dengan geng spek hitam...

Monday, 17 November 2014

PATUT KHALID TERKEJUT, RUPANYA PAMPASAN TU VSS!

Mula-mula baca dulu berita dari The Malaysian Insider. Berita ini menjawab persoalan amaun sebenar yang diberi kepada individu-individu terbabit:

Pembantu Khalid Ibrahim diberi pampasan RM2.6 juta sebelum berhenti

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 November 2014


Lapan pembantu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan bayaran pampasan sebelum Khalid meletakkan jawatan, dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau “golden handshake” kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.

Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.

Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.

Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.

Akhbar harian berbahasa Inggeris The Star melaporkan Khalid sebagai berkata, bayaran tersebut dibuat mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan kepada pembantu apabila beliau meletakkan jawatan.

Dalam menjawab persoalan mengenai rasional pembayaran tersebut, Khalid berkata, bayaran VSS tersebut hanya kurang 2% daripada rizab MBI yang berjumlah RM112 juta.

Beliau berkata, bayaran tersebut diluluskan ahli lembaga pengarah MBI, termasuk setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kewangan negeri, serta exco kerajaan negeri.

Pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali mengakui semalam terdapat elemen salah laku dalam isu itu dan mengatakan MBI akan membincangkan perkara tersebut minggu ini untuk langkah seterusnya yang akan diambil.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, penyiasatan awal Jabatan Audit Kerajaan Negeri Selangor mendapati prosedur yang betul tidak diikuti dan bayaran tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.

Jabatan tersebut masih lagi melihat aspek lain seperti terma pampasan dan sekiranya ahli lembaga pengarah MBI sedar bayaran yang begitu besar dilakukan.

"Mereka bukannya dipecat, mereka meletakkan jawatan, jadi siapa yang meluluskan jumlah yang begitu besar? Atas dasar apa mereka diberikan pampasan begitu besar dan apakah ianya mengikut prosedur? “Ini antara perkara yang kami sedang lihat dan laporan penuh tentang ini akan dikeluarkan segera," kata sumber tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar menulis di Twitter tentang perkara ini dan menyatakan kebimbangan beliau atas "jumlah yang besar" tersebut dan sama ada prosedur betul diikuti.

"Ini bukan soal betul atau salah, ini soal moral. Ini melibatkan wang rakyat dan persoalan timbul di minda rakyat pada masa itu," katanya dan menambah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri sepatutnya menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, tiada sebab bagi pembantu Khalid untuk meletakkan jawatan, kerana mereka boleh saja meneruskan tanggungjawab sehingga menteri besar yang baharu membuat keputusan.

PKR memecat Khalid pada Ogos apabila gagal menghadirkan diri ke pendengaran jawatankuasa disiplin tentang perjanjian penstrukturan semula air di Selangor, penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Semua ini berlaku semasa kemelut jawatan menteri besar Selangor bermula awal tahun ini, apabila kepimpinan PKR mahukan beliau meletakkan jawatan untuk memberlaluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kemelut itu berakhir apabila timbalan presiden PKR, Azmin dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada September lalu. – 17 November, 2014. (TMI)

********************

Ooooh! Rupanya VSS!

Apa VSS tu?

VSS ialah VOLUNTARY SEPARATION SCHEME. Apabila sesebuah syarikat hendak dikecilkan, atau disusun semula (restructuring), maka staff boleh diberi option VSS. Nak tahu lebih lanjut, bacalah di sini

MBI ini juga termasuk sebagai sebuah syarikat yang MB menjadi Pengerusi Lembaga Pengarahnya (sumber MBI).


Berbeza dengan syarikat swasta sepenuhnya, contohnya Sony, Nestle, Hock Seng Lee dan lain-lain, yang melantik pegawainya berdasarkan kelayakan atau merit (ilmu, kemahiran, profesionalism dan pengalaman), MBI melantik pegawai executive dari kalangan ahli parti politik yang dipilih oleh MB. Perlantikan bukan atas merit tetapi sebagai political appointees (lantikan politik). Dasar perlantikan political appointees oleh Malaysia (Sama ada kerajaan PR atau BN) bukanlah sesuatu yang aneh kerana US dan negara-negara EU juga melaksanakan dasar yang sama.

Political appointees memegang jawatan itu selagi pihak yang melantik itu kerajaan yang masih berkuasa. Logiknya political appointees akan ditukar jika kerajaan bertukar.

Dalam kes MBI kerajaan tidak bertukar. Hanya MB bertukar. Pegawai-pegawai itu berhenti ikut suka sendiri, bukan dipecat (Menurut sumber TMI).

Setakat ini apa yang nampak menjadi persoalan ialah 4 perkara: 
  1. Mengapa amaun pampasan keterlaluan banyaknya? 
  2. Adakah political appointees juga layak mendapat pampasan di bawah skim VSS?
  3. Jika ada peruntukan bahawa political appointees layak mendapat VSS, adakah kalau berhenti kerana MB (kemungkinan besar CEO) bertukar melayakkan penjawat-penjawat ini mendapat VSS?
  4. Adakah pemberian pampasan di bawah skim VSS ini mengikut prosedur yang betul?
Di harap ada yang akan memberi pencerahan.

N3 sebelum ini :

khalid-ibrahim-flip-flop-isu-pampasan

Sunday, 16 November 2014

KHALID IBRAHIM FLIP-FLOP ISU PAMPASAN 2.5 JUTA...

Khalid diwar-warkan sebagai seorang yang berintegriti.

Tetapi hari ini kita dikejutkan dengan isu pemberian pampasan bernilai RM2.5 juta kepadanya dan bekas pegawai-pegawainya.

Baca berita ini:

Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 16 November 2014 

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.
(TMI

Pada hari yang sama berita ini juga tersiar:

Khalid Terkejut Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawainya


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:48 AM

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.

Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

“Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah),” kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu – menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan,” katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

“Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit,” kataya. (MSTAR)

Mula-mula Yong tengok amaun itu macam tak sama. Mengikut MSTAR, setiap bekas pegawainya mendapat RM700,000.00 seorang. Semuanya ada lapan orang, termasuk dirinya. Maknnya:

RM700,000.00 x 8 = RM5.6juta.

Tetapi yang menjadi persoalan RM2.5juta. Ada short RM3.1juta. 

Sama ada laporan MSTAR salah atau hanya RM2.5juta yang diagih-agihkan.

Kalau MSTAR salah, patutlah Khalid Ibrahim terkejut. RM2.5 juta dibahagi 8 = RM312,500.00, bukan RM700,000.00.

Yong tidak mahu buat spekulasi mungkin ada yang dapat RM700,000.00 dan mungkin ada yang kurang.

Entahlah. mengkomer yang terlibat sahaja yang tahu.

Walau bagaimanapun, amaun itu masih terlalu besar buat sekumpulan pembantu MB yang bekerja satu penggal lebih sedikit. Seorang pegawai awam mungkin perlu bekerja selama 25 tahun baru dapat pampasan begitu banyak.

Janganlah buat-buat terkejut. Kami juga terkejut kerana kami dengar Khalid Ibrahim seorang yang berintegriti dan tidak akan melakukan sesuatu yang di luar batas undang-undang.

Mula-mula terkejut, kemudian kata guna sikitjer...tak sampai 2% dari lebih RM112 juta dana MBI.

Huh??

Flip-flop juga bekas MB ni...

Diharap siasatan dijalankan dengan teliti. Jika tidak, perbuatan memberi ganjaran tinggi (yang tidak munasabah) kepada pembantu dengan menggunakan dana awam ini akan jadi precedent pula.

Kononnya Khalid Ibrahim ini seorang yang kedekut. Tapi nampaknya tidak juga begitu ya?


VIDEO PELABURAN 1MDB - MASIH ADAKAH LAGI DUIT KITA?

Dengar dulu isi video ini.

 

Saturday, 15 November 2014

PROGRAM "PASMA: PERKUKUH @PEROSAK PAS" BATAL

PERTEMBUNGAN 

Program yang dijangka panas itu belum apa-apa tiba-tiba dibatalkan.


Siapa sebenarnya yang kecut perut?

Bagi yang mengikuti isu label-melabel ini tentu sudah lama maklum, memang kegiatan hentam-menghentam berlaku di media sosial. Dalam program PasMa sendiri tidak berlaku perkara yang tidak dikehendaki. Mungkin pelabel tidak hadir.

Tetapi kali ini, pelabel sendiri akan hadir sepentas dengan pihak yang dilabel.

Siapa pelabel?

PELABEL SEBAGAI MODERATOR

Nampaknya penganjur Prime Care menghidap sindrom "Approach-Avoidance Conflict." Perasaan yang berani memilih "Approach" (bertembung) dan yang lemah memilih "Avoid" (elak). Akhirnya yang lemah menang.

Sudah tentu timbul persoalan Prime Care telah menerima tekanan supaya membatalkan program itu. Hanya penganjur itu yang tahu. Tetapi secara peribadi Yong tak percaya walaupun Prime Care menafikannya.

Teknik "avoidance" hanya akan menangguhkan konfrontasi dan memanjangkan konflik.

Pucuk pimpinan PAS sepatutnya yang mengambil inisiatif supaya berbincang dengan Presiden PasMa. Tapi nampaknya setakat ini pucuk pimpinan PAS juga mengambil sikap "avoidance."

BINCANG ADALAH PILIHAN "APPROACH"

Janganlah sebab Suhaizan setuju bincang, maka dia pun sama-sama-kena label "jebon." Pemimpin PAS wajar menyeru agar perbuatan melabel ini wajar diberhentikan segera.


Mulut jangan ringan memburukkan kawan. Ingat pesanan ulama. Tapi jangan cakap tak serupa bikin:

WALK THE TALK USTAZ!

Thursday, 13 November 2014

MENGAPA NAJIB TIADA DALAM GAMBAR BERAMAI-RAMAI SEMASA MESYUARAT MENTERI-MENTERI KEWANGAN APEC?

Oleh kerana Malaysia mewar-warkan Belanda pun kagum dengan pembangunan kita yang ada PM yang hebat, Yong pun turut kagum. Kagum untuk melihat sejauhmana kehebatan PM 1Malaysia ni. Mesyuarat APEC baru berlalu di Beijing. Ada mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dalam pakej Mesyuarat Pemimpin APEC itu. Cuba lihat gambar menteri-menteri kewangan yang bermesyuarat di APEC Beijing:

YANG MANA SATU PM 1MALAYSIA?

Yong besarkan gambar untuk melihat yang mana satu PM 1Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia yang dikagumi Belanda itu? Nampak?

Ini pula gambar tahun 2013:



Tahun 2012:

 
Tahun 2011:


Iyalah. Dia Perdana Menteri. Takkan ikut mesyuarat pegawai tertinggi (menteri-menteri kewangan negara APEC) kan?

Obama dengan Putin pun takde.

Ahaha...Obama dan Putin bukan menteri kewangan negara diorang...Tak heranlah takde.

Tapi PM 1Malaysia menteri Kewangan negara Malaysia.

Masa resepsi semua ada. Termasuk FLOM. Apa? Tak nampak?



Tuuuu...berdiri di belakang. Jokowi dan isteri di hadapan. Kesian..

Sampai hati China suruh PM 1Malaysia dan FLOM berdiri di belakang semasa sesi bergambar beramai-ramai. PM 1Malaysia Belanda pun kagum tau.

Tapi sebenor-benornya, yang paling mengkagumi Najib ialah sepupu dia sendiri.


Kalau bukan sedara-mara yang kagum, nak harap siapa, kan?

Patutle keadaan ekonomi Malaysia bergerak sungguh laju...!
.
.
.
.
.
.
.
.
Menuju ke gaung kebankrapan.