Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 6 June 2015

ALLAH TAALA REDHO DENGAN AKAL YANG TERBIT DARI PEMIKIRAN YANG WARAS

Jangan nak bercerai tapi masih nak tidur serumah!


Kalau dah cerai pergilah bawa diri masing-masing. Tapi sebelum bercerai berbincanglah sama-ada mahu bercerai atau mahu mengekakalkan perkahwinan. Budakpun tahu.

Kenapa nak bercerai dengan DAP, tapi masih mahu kekal dalam Pakatan Rakyat? Takut hilang jawatan dalam Exco, PBT, Jabatan Kerajaan Negeri dan GLC?

Benar. Kamu pemimpin. Tapi parti ini bukan untuk individu tertentu. Keputusan parti tidak boleh ditentukan oleh beberapa individu. Apa lagi setengah individu yang mahu menguasai parti itu baru saja masuk ke dalam parti!

Akal datang dari otak. Ia terletak di kepala. Bukan di lutut dan siku.


Pemimpin PAS mendendami DAP kerana menamparnya; tapi lupa bahawa mereka juga menampar sahabat baik yang mereka enggan bercerai!

BACA SETERUSNYA DI YSK

Jika kamu mencari keredhaan Allah, kamu carilah dengan akal dari pemikiran yang waras. Barulah kamu dapat mengambil tindakan yang efisyen, mantap dan teguh (bukan lemah).

Diriwayatkan, Nabi Muhammad (SAW) pernah menegur Abu Dzar apabila dia berkata: “Wahai Rasulullah tidakkah engkau menjadikanku sebagai pemimpin?” 

Sabda Rasulullah (SAW)

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيْفٌ , وَ إِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَ إِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَ نَدَامَةٌ, إلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا , وَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا 

“Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau lemah, sementara ia (kepimpinan) adalah amanah. Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Riwayat Muslim).

Yong telah sebut isu perebutan jawatan ini dahulu (Baca di YSK).

Ingat! Apa yang kamu lakukan kepada orang akan kembali kepada kamu. 


9 comments:

  1. Umno akan bersorak kegembiraan kerna cita-cita mereka untuk menjahanamkan PR sudah membuahkan hasil. Kita tengok bagaimana pula pembentangan RUU persendirian mengenai hudud di parlimen selepas ini berjaya atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan n3 Dr Yong. Dan teman juga bersetuju dengan pendapat sahabat kita Faiz Fadzil Noor dan perwakilan Selangor untuk adakan muktamar khas bincang tentang masa depan Pas dengan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya muktamar kali ini jelas, penuh merepek dan meraban oleh puak nak gunakan lutut dan siku. Punah ranah geng tarbiayah dan para walauan ini yang memusnahkan harapan rakyat yang mengundi Pas dalam PRU 12 dan Pru 13.

    Nama saja ustaz, ahklak rendah tahap maksima. Selalu laungkan perlunya tarbiyah haraki tapi perbuatan tidak sama.

    Teringat tulisan pemikir Aljeria, Malik Ben Nabi dalam bukunya yang menceritakan, semasa dia melawat mesir di zamannya , hasil keluaran Al Azhar (bukan semua) hanya pandai bersyarah berdegar-degar, tetapi hancur bila melibatkan amalan atau kerjabuat.

    Dan rupanya apa yang dikatakan oleh Malik Ben Nabi masih relevant . Yang hairannya puak walaun yang bukan al azahariyun pun mudah terpengaruh dengan perangai geng ustaz muda yang tidak mengikuti perekmbangan ijtihad politik islam yang lebih contemporary .

    Akhirnya, kalau ikut theory learning curve bagi organisasi, Kepimpinan Ulama sudah ke tahap saturated . Itu sebab Pas semakin bercelaru. Lalu kena diubah kepimpinan Ulama kepada kepimpinan yang lebih inclusive sesuai dengan perkembangan politik semasa.

    Sebenarnya banyak yang ingin teman tulis, tetapi ruangan ini terbatas,

    Hidup geng ustaz dan para wala'un yang masih bermimpi di siang hari.

    Nota: maaf kalau teman terkasar bahasa.



    ReplyDelete
  3. Assalamualaukum WBT

    Sesungguhnya Manusia Menjemput Kemurkaan Allah Apabila Melakukan Kemubgkaran

    Bermusuhan dgn bukan islam apatah lagi sesama islam demi mengejar impian politik...

    Musuh yg nyata di jadikan kawan semata imbuhan wang ringgit dan jawatan tinggi

    Pernah terfikir jika kesemua impian ini hancur dan tak jadi kenyataan?

    Maka kepada allah kamu kembali mohon petunjuk baru sedangkan Allah sudah berpaling... Kini kamu terima azan dan balasanya

    Terhapus semua ularmak di muka bumi Malaysia...

    ReplyDelete
  4. Salam yong
    Demerr ni mne ade pikior org lain yong,pasei nyerr org lain tuu x pndai ngaji kitab2..hadis2 lg lerr org ramei ni x tau..demer ug2 tu pandei serba serbi..tp demer lupe pd YG MAHA BIJAKSANA..

    ReplyDelete
  5. Keputusan muktamar PAS kali ini macam biskut chipsmore. Apalagi keluarlah dari kerajaan PR. Biar senang rakyat Selangor membuat keputusan samada hendak menghumbankan PAS ataupon sebaliknya. Munkin yang sedang memegang jawatan seperti EXCO sedang gundah gulana.

    ReplyDelete
  6. dari kampong PAS datang............jangan lah korang halang PAS kembali ke tempat asalnya...ingat cerita masa sekolah dulu...town mouse country mouse....
    kih kih kih....

    ReplyDelete
  7. Si malaun yang mengusulkan agar PAS "TIDAK BERKAWAN" lagi dengan DAP ternyata bahawa tahap pemikiran nya masih lagi setanding dengan pelajar di "PASti". DUPP pun sama sahaja kerana menerima usul "BINAWI" itu sebulat suara tanpa bahas. Bila ada yang mempertikan kan nya baru lah terhegeh hegeh manyatakan bahawa usul itu belum di putuskan oleh MSU. Mengapa jawapan itu tidak di nyatakan di dalam muktamar. Kini setelah merasakan implikasi nya baru lah ada yang bersuaru bahawa "USUL TANPA BAHAS" itu mempunyai beberapa krateria. Kini DAP P. Pinang telah pun bersuara agar para warga PAS yang memegang jawatan di dalam kerjaan Negeri hendak lah melepaskan jawatan mereka. Di Selangor pula PAS menyatakan bahawa mereka akan berkerja saperti biasa. Kenyataan itu di keluarkan mungkin "DIN AYAM" sudah merasai bahang nya. Sepatut nya mereka semua ikut "LANGKAH BIJAK" saudara Mat Sabu dengan alasan takut "MENDERHAKAI" DUPP.

    PRU ke 14 is just around the corner. Kita tunggu dan lihat berapa kerusi dan Negeri yang mampu di raih oleh PAS!!!

    ReplyDelete
  8. masa prk p.pauh: bila org tanya, nk undi sape..??..antara jwpnnye, "awak bkn pengundi sana," dan "hari ngundi lmbt lagi..."
    masa muktamar: "kita putus dgn dap tapi kita kekal dlm pakatan.."
    yg aku kompiusnye...dlm pakatan rkyt..cuma ade 3 parti je...apa yg pas buat skrg ni...yg aku nmpk nye..putus dgn dap n tak sokong pkr...so...pas ni dok dlm pakatan yg mana satu...aduiiii kamon la ajiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda kiut..udah laa wat lawak pasal pas.aku dah x larat nak gelak.wakakakakakakaa..diaorg bkn lucu pon.tp entahlah akhir2 ni sebut jer pas trus jd lucu.terutama MSu.mcm produk lawak jer.apa laaa korang pas wat kat status ulamak sampai jd bola kat kaki messi.suka hati diyer jer nak tendang pijak curling tojoh haper2 laaaa..
      wakakakakakak

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.