Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 28 February 2015

SUNGGUH KAWAT YANG DIBENTUK, IKAN DITEBAT YANG DIADANG

Terlebih dahulu baca tulisan Ustaz Ahmad Awang yang tersiar dalam Malaysiakini:

Bahagian 1 27 Feb 2015 http://www.malaysiakini.com/news/290429
Bahagian 2 28 Feb 2015 http://www.malaysiakini.com/news/290498

Multaqa PAS 'bagai simbah minyak ke api'

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur atas berlangsungnya program Multaqa Ulama II yang baru sahaja selesai diadakan.

Usaha untuk menghimpunkan keseluruhan ahli PAS yang berlatarbelakang pendidikan agama melalui suatu multaqa adalah satu usaha besar yang sudah pastinya penuh cabaran.

Mungkin tidak salah kalau dikatakan ianya merupakan usaha menghadirkan keseluruhan kekuatan dan kemampuan ulama’ PAS dari seluruh negara demi menzahirkan peranan dan pengaruh ulama’ di dalam PAS.

Oleh kerana ia digambarkan sebagai ‘program mega’ yang begitu sifatnya, maka tidak salah kalau dikatakan bahawa harapan rakyat, dan ahli PAS khususnya, pasti begitu tinggi.

Mungkin diharapkan bahawa ia akan menjelaskan lagi arah tuju PAS sebagai rakan Pakatan Rakyat, yang sambil bergerak dalam kerangka gabungan ini, dapat mencapai aspirasi perjuangannya.

Sudah pasti seluruh rakyat mengharapkan kemelut yang berterusan dalam Pakatan, entiti politik yang dilihat sebagai harapan rakyat untuk menggantikan BN, akan dapat ditamatkan atau paling kurang dilunturkan hasil multaqa ini.

Kemungkinan diharapkan bahawa golongan ulama’ akan memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berpaksikan carian mereka daripada khazanah keilmuan Islam yang begitu luas sehingga segala masalah dan perbalahan dapat diatasi berlandaskan al-Quraan dan sunnah.

Bagi ahli PAS pula, pastinya harapan yang tinggi bahawa perbalahan dalaman yang seolah-olah tidak terurus, sehingga mengusutkan lagi perasaan ukhuwwah dan silaturrahim dalam PAS itu sendiri, akan akhirnya dapat ditangani melalui kata-kata permata yang akan dihasilkan dari multaqa ini.

Kerana semestinya golongan ulama’ yang berkumpul melalui multaqa ini akan dapat melihat dan merasai keperluan menyelesaikan perbalahan yang semakin meruncing.

Di mana hasilnya?

Sewajarnya golongan ulama’ akan memberikan peringatan berhubung soal ukhuwwah dan persaudaraan dalam Islam. Sudah pasti kesan dari multaqa ini adalah penyatuan hati dan merapatkan saf, bukan sebaliknya.

Malangnya, apa yang diharapkan jelas tidak tercapai. Rakyat yang mengharapkan pembelaan kerana bakal ditimpa berbagai corak tekanan, sama ada ekonomi, sosial mahupun politik sudah pasti berasa hampa dan kecewa.

Bukan sekadar tidak memenuhi harapan bahawa Pakatan dapat dikukuhkan dan ditunjukkan jalan ke arah kerjasama yang lebih mantap dan bermakna, malah diungkitkan pula permasalahan-permasalahan yang dihadapi dan kemungkinan tergadainya prinsip Islam dengan penyertaan PAS dalam Pakatan.

Secara umum ia merupakan usul yang sama seperti usul multaqa ulama’ yang dianjurkan dua tahun lepas yang meminta tahalluf siyaasi (kerjasama politik) ‘dikaji semula’.

Tetapi setelah ditegur dan dikritik, maka diperjelaskan bahawa ‘kajian semula’ itu bermaksud “kaji semula ke arah memperbaiki dan mempekukuhkan lagi”!

Kalau benar itulah yang dimaksudkan pada ketika itu, maka di mana hasil kajiannya? Tidakkah hasil kajian itu patut dikemukakan dalam Multaqa II, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana perbalahan yang dihadapi dewasa ini?

Sudah pasti cadangan-cadangan dari Multaqa Ulama II ke arah pengurusan perbalahan dan penyelesaiannya amat sangat dialu-alukan. Malangnya, cadangan sedemikian rupa tidak sama sekali dikemukakan. Sebaliknya diulang kembali kekhuatiran dan ketakutan yang sama.

Begitu juga hampa dan kecewa pastinya ahli PAS yang sedang melihat perbalahan dalaman yang semakin meruncing.

Pecahkan atau kukuhkan Pakatan?

Multaqa ulama tidak menyediakan kata-kata hikmah serta kaedah bijaksana bagaimana ianya perlu diurus dan ditangani. Apa yang dilakukan sebaliknya adalah menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara, tidak mendatangkan penyelesaian tetapi sebaliknya merumitkan lagi.

Ia seolah-olah mengesahkan tuduhan-tuduhan liar bahawa ada pihak yang membawa fahaman sekular liberal dalam PAS, adanya usaha menjatuhkan presiden dan sebagainya.

Sedangkan itu semua pertuduhan yang bersifat rambang. Adakah perlu majlis sebesar dan sepenting Multaqa Ulama II membincangkannya tanpa pernah dibuat “tabayyun” dan membawa bukti lalu terus menjatuhkan hukuman?

‘Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan’

Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa’, neqad, ijtima’ dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.

Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan ‘politiking’ sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status ‘warasatul anbiyaa’. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama’ hilang fokus.

********************

FMT

Kelmarin Yong berpeluang berjumpa seorang aktivis dan pemimpin PAS akar-umbi yang telah berjuang lama di dalam PAS sejak tahun 80an. Kini dia hanya berada di tepi sahaja kerana kurang sihat. Boleh dikatakan aktivis ini tak baca berita internet. Tapi tidak bermakna dia tidak peka, kerana dia masih membaca Harakah dan Keadilan. 

Dia amat terkejut apabila diberitahu mengenai gerakan oleh sekumpulan "ulama" PAS yang menuntut supaya Mat Sabu, Dr Hatta dan beberapa pemimpin PAS dipecat.

"Orang-orang ini amat hebat" Katanya. "Kalau dipecat dia orang ini, PAS akan pincang."

"Inilah rancangan musuh yang penuh tipu muslihat. Semuanya untuk menyambung jangka hayat UMNO."

Pemimpin akar umbi ini dapat melihat agenda jahat golongan yang ingin memecah-belahkan PAS. Tetapi kenapa ada segolongan pemimpin PAS yang tidak nampak?

Adakah retorik kepimpinan ulama itu hanya tipu muslihat yang tersembunyi demi mencari keuntungan diri sendiri?

Atau ulama PAS sememangnya tersangat naif dalam politik dan tidak nampak jerat-jerat yang menyerupai jerami di dataran yang sedang diterokai?

Ustaz Ahmad Awang telah mempaparkan kerunsingannya tentang sikap ulama dan halatuju perjuangan PAS dengan bahasa yang berlapik-lapik. Bahasa orang berilmu. Bahasa orang faqih. Bukan budak-budak tepi jalan (meminjam istilah Ustaz Wan Zawawi).

Kalau mengaku faqih, tetapi masih tak faham, baik berhenti dari terlibat dalam politik.

Jangan sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang.

Friday, 27 February 2015

APA SEBENARNYA YANG MENANTU HAJI HADI INI MAHU?

Masih ada yang hatinya tak pernah puas rupanya.

ISU INTEGRITI?

Punca dia meracau ialah kerana Asmuni Awi dilantik semula sebagai Pengarah Pemilihan bagi Muktamar 2015

TIADA INTEGRITI?

Kalau Asmuni tiada integriti, buat apa lantik dia jadi peguam untuk membela Haji Hadi dalam kes saman RM2 juta dulu? Peguam ini takde integriti kan?

Terus terang sajalah.

Sebelun ini tiada siapa dalam PAS yang secara terbuka mengkritik Presiden Pas, Haji Hadi Awang. Tetapi kenapa kini ada suara-suara yang mahu kerusi Presiden PAS itu diganti? Menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas pula sering mengeluarkan komen-komen yang tidak cerdik. Antaranya ialah komen "very stupid" terhadap Nizar, AJK PAS Pusat. Dia juga bertelibgkah dengan Khalid Samad mengenai isu Kota Damansara yang sepatutnya diberi kepada PKR untuk bertanding.

Masih tak puas hati walaupun Timbalan Presiden dan Dr Hatta terpaksa menghadapi siasatan?

Tetapi, sudahkah tuduhan ini disiasat?

INI JUGA ISU INTEGRITI

Siapa agaknya yang membuka kotak Pandora dalam PAS?

Ingat! Kerusi Presiden PAS bukan hak golongan tertentu; dan bukan juga untuk seumur hidup. Tolong bagi tahu dekat mana dalam Perlembagaan PAS yang sebut ahli PAS tidak boleh bertanding menentang Presiden yang sedang mempertahankan kerusinya?

Bila orang suka mengungkit, takkan kita diam saja.

Siapa yang integritinya sering jadi sebutan sebenarnya?

I rest my case my lord.

N3 berkaitan terdahulu:

http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/02/agak-agak-ada-tak-perkhidmatan.html

RUJUKAN:

http://pas.org.my/v2/perlembagaan2011/bab7.html
http://www.malaysiakini.com/news/237524

Wednesday, 25 February 2015

AGAK-AGAK ADA TAK PERKHIDMATAN MENDANDAN JANGGUT DI RUMAH?

Hari ini media sosial heboh dengan berita yang amat menarik ini:

DARI UTUXXX

Dengan gembiranya akhbar itu bertarikh 23 Feb. 2015 menceritakan – Pas telah memulakan siasatan terhadap dakwaan dua pemimpin kanannya yang menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti, Dr. Mohd. Hatta Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, keterangan juga akan diambil daripada individu-individu yang membuat tuduhan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan Mohd. Hatta.

Pendedahan tentang komplot terancang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin Pas dengan matlamat untuk menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari lalu.

Yong mengalu-alukan siasatan ini dijalankan. Biar terungkai semua isu. Biar kita tahu siapa pejuang dan siapa oportunis.

Jangan lupa siasatan sebelum itu:

SIASAT JUGA YANG CIRIT BIRIT MULUT INI (TMI)

Yong mengharapkan siasatan yang telus, walaupun Yong tak berapa nak percaya tentang tahap ketelusan siasatan terdahulu.

Ingat lagi kes Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin?

Entah bila siasatannya. Entah siapa pendakwa. Entah siapa pembela. Tiba-tiba jatuh hukum. 

Di media sosial penyokong-penyokong Mat Sabu dan Dr Hatta riuh rendah nampak perpecahan yang akan berlaku jika kedua tokoh tersebut dipecat dari PAS.

Akhbar lidah rasmi UMNO pula begitu ghairah menantikan saat pemimpin yang UMNO benci dan geruni dinyahkan dari PAS.

Nun di sebelah sana terpancar kilauan kemewahan luar biasa:

PAKAI HIJAB LAGI MURAH DAN MUDAH (TMI)

Lalu sudah ada suara yang terang-terang mahu membentuk kerajaan dengan pelanggan pendandan rambut kelas tinggi ini.

YANG INI NAK SIASAT KE TIDAK? (TMI)

Aduhai...
Jangan berlurah di balik pendakian.
Jangan tak nampak jerat serupa jerami di persinggahan.

Tuesday, 24 February 2015

NAMA HAJI HADI AWANG TERCICIR DARI SENARAI 50 YANG MAHU DISINGKIRKAN!

Ingat lagi buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM?"

Buku tulisan Khalid Jafri itu mengandungi 50 senarai. Dia meninggal dunia. Entah sempat meminta maaf kepada orang yang difitnahnya entah tidak kita tidak tahu kerana dia koma sebelum meninggal dunia.

Kini timbul lagi senarai 50. Tapi kali ini senarai mengandungi 50 nama kononnya milik Pasma, yang diterbitkan oleh Tranungkite. Senarai ini keluar seiring dengan Multaqa Ulama SeMalaysia yang sarat dengan maki-hamun "syaitan," "gila" dan "babi" itu.

Berikut senarai tersebut:

SENARAI 50

Kenapa dalam senarai itu tiada nama Ustaz Saiful Bahari, Terengganu dan Iskandar Abdul Samad, Selangor? Umum mengetahui keduanya memang tak senang duduk dengan PasMa. Keduanya sering dikecam dalam media sosial kerana kenyataan yang mengelirukan. 

Turut tidak tersenarai nama Mohamad Fauzi Hussin, wakil Dewan Ulama Kedah yang menggelar sebahagian ahli jemaah sebagai syaitan dan wakil Dewan Ulama Perak, Ustaz Sidek Noor yang menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi (Baca TMI).

Aneh bukan?

Aneh bagi kita. Tetapi tidak aneh bagi UMNO. Kerana yang suka senarai 50 itu cuma UMNO sahaja. Kalau ada nama-nama tambahan tersebut maka senarai sudah tidak jadi 50.

Agaknya angka 50 ini angka keramat. Kaki nombor ekor bolehlah tambah dengan nombor apa-apapun...

Nanti ada pulak yang kata ini cuma senarai awal. Ada lagi...mungin 100, 1000, 10,000 nama...

PasMa dalam kenyataan rasminya menafikan kewujudan senarai tersebut:

SUMBER FACEBOOK

Sekarang kita menunggu penafian Ustaz Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi mengenai cadangannya:

KENAPA NAMA ROSLAN TIADA DALAM SENARAI 50?

Katanya, di petik TMI:

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini." 

Paling pelik, nama Haji Hadi, yang kononnya hendak dijatuhkan itu tiada dalam senarai 50 PasMa! Macam mana boleh tertinggal nama penting ni?

Wakaka!

Sunday, 22 February 2015

MULTAQA ULAMA 2015 IBARAT SAMBUNGAN MUKTAMAR PAS KE 60

Ini luahan isi hati Yong:

Muktamar PAS ke 60 telah ditangguhkan. Ramai yang pulang membawa kenangan pahit - Segerombolan budak-budak keluar dewan semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap, kesahihan kedudukan Ketua Pemuda PAS dicabar, doa laknat dan ahli jemaah dituduh barua dan broker.

Tetapi Muktamar itu seperti belum selesai. Masih ada yang belum habis melepaskan geram dan menghentam. 

Nasib ada Multaqa Ulama Se Malaysia. Lalu jadilah ia platform yang digunakan untuk menyambung maki hamun yang belum selesai semasa Muktamar ke 60 dahulu.


Macam mana rupa syaitan itu?

Lihatlah gambar lama ini. Siapakah mereka yang di dalam gambar lama ini?

Di manakah "ulama" yang pakai Vellfire, Honda Oddysey, BMW... pegang jawatan dalam GLC  etc... ketika insan-insan dalam gambar ini bertarung dengan pemerintah yang zalim demi melestarikan PAS dan mempertahankan perjuangan Islam?

Sekarang kamu gelar mereka dengan gelaran yang jelek - Jebon, Pengkhianat, Syaitan dan Babi. 

SUMBER

Tidakkah kamu malu?

Begitu besarkah jawatan yang kamu kejar/pegang itu sampai sanggup menghina rakan sejemaah dan  membuat tuduhan-tuduhan yang kamu sendiri tidak jelas.

Dan segala tohmahan ini akan kamu jadikan bekalan semasa Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS dalam Muktamar ke 61 nanti?

Mohon kamu fikir!

Sekian.


Saturday, 21 February 2015

KALAULAH JADI DEBAT INI...

SAHUT, JANGAN TAK SAHUT 

Rasa loya tekak bila baca petikan bahasa yang keluar dari mulut Shafee. Budak-budak sekolah rendah tanya, "pasai apa cubit nenen?" 

Bagi budak-budak kecik, puting = nenen.

Tahniah UMNO/BN. Satu pendidikan sex untuk budak-budak yang berkesan!

UMNO YANG KALUT SUMBER

Dalan senario Shafee dan KJ syok bercerita kisah lucah itu, Hanipa Maidin tampil:

HANIPA MAIDIN SEDIA DEBAT DENGAN PEGUAM SHAFIE ABDULLAH.
KENYATAAN AKHBAR

SAYA SEDIA BERDEBAT DENGAN DATO SHAFIE ATAU KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DALAM ISU KES DATO SRI ANWAR IBRAHIM

Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Dato Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atas beliau.

Saya dapati ada suatu yang tidak kena di dalam kes ini kerana meskipun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman ke atas DSAI , peguam Dato Shafie Abdullah masih terus mengeluarkan kenyataan termasuk menyerang DSAI di dalam akhbar dan juga yang terkini dalam forum yang dianjurkan oleh Umno.

Berdasarkan laporan media dikatakan Dato Shafie bersedia berdebat dengan mana mana peguam berkaitan isu DSAI ini. Ketua Pemuda Umno Malaysia juga dikhabarkan turut mencabar mana mana pihak untuk berdebat dengan Dato Shafie dalam isu yang sama di samping Umno dikhabarkan juga akan mengadakan program road show bagi menerangkan isu ini.

Saya merasa terpanggil dan insyaAllah bersedia menyahut cabaran Dato Shafie atau Ketua Pemuda Umno tersebut dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Dato Shafie sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.

Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sessi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut.

Bagaimanapun perdebatan tersebut hendaklah diadakan di mana mana Universiti Awam di negara ini dan hendaklah juga dalam masa yang sama disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli ahli panel.

Jika Dato Shafie tidak selesa untuk berdebat dengan saya, saya bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu yang sama.

Sekian, terima kasih.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG

Tapi Nancy Syukri cepat-cepat "cover line" dengan kenyataannya:

AGAK KAMU BERANI KE DEBAT DENGAN MAJLIS PEGUAM NI? (TMI)

Kenyataan Nancy Syukri "melarang" Shafee dan KJ dari membuat roadshow itu boleh ditafsirkan juga sebagai "melarang" debat dengan Hanipa Maidin.

Maka Shafee dan KJ boleh gunakan larangan ini untuk tidak menerima cabaran debat Hanipa Maidin. Jadi, nampaklah demer tu bukan penakut, tapi menghormati arahan pemimpin. 

Nampak tak?

Tapi Yong heran....Kenapa Hanipa Maidin yang bersuara? Kemana pergi pejuang Undang-Undang Hudud? 

Kenapa senyap sepi sampai peniti jatuh ke lantai pun boleh kedengaran bunyinya?


Kalaulah jadi debat ini...

Boleh masuk rekod Dunia. Negara lain debat tentang isu ekonomi. Kita debat tentang liwat!

Semakin semarak demokrasi versi 1Malaysia!

Mana perginya "pejuang-pejuang" Islam lain dalam PAS?

Oh...mungkin sedang sibuk membuat persediaan debat malam ini.

Debat apa tu?

Tunggu malam ini.





Thursday, 19 February 2015

N3 MUSIM CUTI: GAMBAR POLIS SANGGUP BUAT APA SAJA...UPDATE

HADOOOI!



SUMBER FACEBOOK

Siapa kata kerja polis tak mencabar?

Memandulah dengan berhemah - Demi keselamatan pengguna jalanraya, bukan sebab takut polis.

Tambahan:



SUMBER FACEBOOK

Dahsyat!

Wednesday, 18 February 2015

INGAT CERDIK, RUPANYA...

Orang biasa pun tak boleh komen merapu setelah defendan dijatuhi hukuman dan dipenjara, inikan pula pendakwaraya.

Ketua hakim yang menjatuhkan hukuman dalam undang-undang kafir ini telah memberi amaran. Antara lain amaran itu supaya jangan memperlekeh hakim dan mahkamah.

AMARAN INI PATUT TERPAKAI UNTUK SEMUA (MY STAR)

Tetapi siapakah yang paling awal mengkritik keputusan hakim tersebut?:

SHAFEE MENGKRITIK HUKUMAN (BERNAMA
Dan:

KRITIK DI LUAR MAHKAMAH (MALAYSIAKINI)

Bercakap besar:

MENYERANG DEFENDAN YANG SUDAH DIPENJARA (MALAYSIAKINI)

Menyumpah diri sendiri:

 BERANI MASUK NERAKA? (UTUSAN)

Juga membodohkan diri:

BERPERANGAI STANDARD MACAI (SINAR)

Seterusnya bincang dalam forum:

MEMFITNAH (MALAY MAIL)

Betulkah Shafee sanggup bersumpah dan melaknat diri sendiri dan keluarganya untuk membuktikan Anwar bersalah?

Oi Shafee! Islam suruh kamu cari 4 orang saksi yang tidak fasiq, bukan bersumpah di Mekah atau di masjid!

Sejak bila UMNO menerima hukum hudud?

Firman Allah SWT dalam surah A-Qalam ayat 8-16:


  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

فَلا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ (٨) وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ (٩) وَلا تُطِعْ كُلَّ حَلافٍ مَهِينٍ (١٠) هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (١١) مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (١٢) عُتُلٍّ بَعْدَ ذَلِكَ زَنِيمٍ (١٣) أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ (١٤)إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ (١٥) سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ (١٦)


Maka janganlah engkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)[8]. Mereka menginginkan agar engkau bersikap lunak[9] lalu mereka bersikap lunak (pula)[10]. Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah[11] dan suka menghina[12], suka mencela[13], yang kian ke mari menghambur fitnah[14], Yang merintangi segala yang baik[15], yang melampaui batas[16] 

Khabarnya Khairy Jamaluddin akan berganding ke sana- kemari untuk sambung drama Liwat 2 ini.

Yang Arif, siapakah yang memulakan drama mengkritik institusi kehakiman ini?

Monday, 16 February 2015

PROJEK YANG BIKIN LIM GUAN ENG HANGIN SATU BADAN AKHIRNYA BATAL

Setelah berhari-hari dirundung kesedihan kerana pemergian Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati, hari ini keluar berita yang buat Yong senyum.


BERITA GEMBIRA (THE STAR)

Akhirnya projek yang buat DAP marah sangat kepada Khalid Ibrahim dibatalkan.

Ingat lagi tak? Ustaz Nasarudin Hassan pernah membandingkan projek ini dengan projek laluan bawah laut Lim Guan Eng di Pulau Pinang dalam usahanya membela Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kata Ustaz Nasaruddin, projek KIDEX itu bukan di bawah kuasa Khalid Ibrahim. Baca kenyataan (b) dan kenyataan (4) dalam petikan di bawah:

APA BEZA DENGAN PENANG TUNNEL? (SINAR HARIAN)

Lim Guan Eng kemudiannya naik angin dengan tulisan Ustaz Nasaruddin Hassan.

Semua itu dah jadi sejarah.

Tapi sekarang Azmin Ali batalkan projek itu.

Err...adakah ini maknanya projek itu sebenarnya di bawah kuasa Azmin Ali walaupun yang jadi Menteri Besar ketika itu ialah Khalid Ibrahim? 

Kahkahkah...!

KIDEX ni sebenarnya projek siapa? Baca di sini kalau masih belum tahu.

Hari ini juga, gerombolan yang terlibat memberi projek kata Selangor tiada hak batalkan projek. Alasannya bidang kuasa Kerajaan Selangor hanyalah meluluskan tanah untuk projek pembangunan. 

TIADA HAK? (THE STAR)

Tuan tanah tiada hak batalkan projek? Tuan tanah tiada hak buat keputusan itu walaupuan pihak yang diberi projek gagal dalam melaksanakan syarat-syarat yang ditetapkan? Ini undang-undang rimba mana?

Wey, kalau tuan tanah tak bagi tanah, projek KIDEX nak lalu ikut mana?

I rest my case, my lord.

Sunday, 15 February 2015

DR HATTA TERUS MENDAPAT SOKONGAN YANG TIDAK DIDUGA


DEMO MENUNTUT PECAT 5 ORANG PEMIMPIN PAS

Ketua Pemuda PAS Kuantan, Norzalilafadli menjemput media untuk hadir bagi menyerahkan memorandum terbuka mendesak Dr Hatta, Mat Sabu, Husam Musa, Phahlorazi dan Aiman Athirah  meletakkan jawatan. Alasannya pemimpin PAS berkenaan berkonspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Dengan pantas Dr Zuhdi Marzuki, COO Pusat Penyelidikan PAS Pusat menyokong memorandum gerombolan itu walaupun Mustafa Ali sudah menafikan adanya konspirasi menjatuhkan Presiden PAS. Sebaliknya Setiausaha Agong PAS itu berkata PAS akan menyiasat demo tersebut. Baca di sini dan di sini.

SIAPA DALANG DEMO INI?

Namun Dr Hatta Ramli tidak bersendirian. Dia masih mendapat sokongan akar umbi. Terkini, YDP PAS Kuala Krai dan juga Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman tidak sanggup terus berdiam diri dan tampil memberi sokongan:

Pengundi Kuala Krai tetap bersama Dr Hatta – Abdul Latiff Abdul Rahman
Published: 15 February 2015 10:10 AM 

Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham. 

Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Hatta yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu. 

Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013. 

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili PAS walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau.

Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya PAS Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden. 

Jika dikira perwakilan, Kuala Krai antara yang paling ramai berbanding kawasan-kawasan lain dari Kelantan, sepatutnya Kuala Krai dulu beliau pengaruhi. 

Saya juga tidak tahu apa cerita sebenar berkaitan "group Whatsapp Hawaii Five O" yang disebut-sebut sehingga berlaku tindakan yang kurang enak di Pejabat Agung PAS minggu lepas dari sebahagian anggota jemaah Islam terbesar di Malaysia ini. 

Saya tidak menganggap diri saya sebagai ulama tetapi yang pasti saya adalah pencinta ulama yang juga berlatarbelakangkan agama sejak dari kecil. Terasa cukup malu dengan insiden tersebut yang dipimpin golongan yang mungkin sama latarbelakang mereka dengan saya. 

Acap kali sewaktu berucap khususnya dalam program tarbiah saya menekankan, tarbiah bukan hanya menghabiskan teks usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi, tetapi yang lebih penting pelaksanaan kepada manhaj tarbawi tersebut dalam diri kita sebagai abna'ul harakah khususnya yang melibatkan akhlak apatah lagi sesama kita. 

Janganlah kita menjadi pemusnah kepada parti kita dengan sebab akhlak yang kita tunjukkan. 

Memetik pujangga Arab yang bermaksud: 

"Sesuatu ummah itu akan kekal selama mereka berakhlak, apabila tiada lagi akhlak di saat itu mereka akan hancur". 

Parti kita ada Jawatankuasa Disiplin yang boleh diajukan sebarang aduan salah laku ahli termasuk juga pimpinan untuk disiasat dan diambil tindakan apabila terbukti bersalah. Adakah ada mana-mana ahli atau PAS Kawasan yang mengemukan aduan mereka kepada Jawatankuasa Disiplin Parti? Gunalah saluran sedia ada dengan bukti-bukti yang cukup untuk sama-sama kita bersihkan jemaah kita daripada unsur yang boleh merosakkan. 

Di saat kami di Kuala Krai berkalut memulihkan keadaan mangsa yang terlibat banjir supaya dapat dipulihkan sesegera mungkin. 

Alangkah manisnya jika sahabat semua turut serta bertungkus lumus membantu mengurangkan bebanan yang kami terima ini. 

Saudara Hatta sendiri, walaupun gelombang pertama beliau berada di Makkah menunaikan umrah tetapi semenjak gelombang kedua berlaku pada 24 Disember 2014 sehinggalah ke saat ini, beliau antara tonggak yang sangat bekerja keras menyalurkan bantuan termasuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada sebahagian besar mangsa yang rumah mereka rosak yang berjumlah lebih 1,600 buah rumah. 

Di saat yang sepatutnya semua ahli PAS bersama beliau bahu-membahu meringankan bebanan yang berat ini, tiba-tiba beliau dibalas dengan ujian yang seberat itu. 

Bagi insiden cubaan membakar kereta beliau pula saya tidak pasti apa motif sebenar? Adakah untuk menakut-nakutkan Hatta? Atau ada yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh? 

Saya penuh yakin Hatta tidak akan berganjak walaupun diugut sehebat mana sekalipun. 

Apa pun motifnya bagi saya tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak bertamadun yang boleh merosakkan iklim politik negara kita. 

Saya selaku YDP PAS Kuala Krai mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap insiden yang berlaku itu. 

Buat Hatta, saya yakin beliau tidak mudah mengalah dengan insiden ini, dan saya berharap beliau akan teruskan perjuangan beliau dengan lebih cekal lagi. 

Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang benar dan sabar. 

Sekian. – 15 Februari, 2015 (SUMBER)

Ingat Dr Hatta akan hilang sokongan setelah difitnah ingin menjatuhkan kepimpinan ulama?

Meleset sekali pencaturan strategi gerombolan budak-budak ini. Sokongan muncul dari negeri yang kuat kuasa ulamanya.

Tapi siapakah di belakang Ketua Pemuda PAS Pahang?

Sudah terang lagi bersuluh:

BEGINIKAH AKHLAK ULAMA? 

Pada hari Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, keratan di atas itu adalah komen di Facebook ustaz Mokhtar Senik (bekas ulama Almaunah) yang membaca doa semasa demontrasi yang diketuai Norzalilafadli.

Membaca komen ustaz ini, malu kita yang menyokong kepimpinan ulama.

Apabila pemimpin yang dituntut supaya dipecat itu berjawatan sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, kita sudah dapat membaca apa yang implicit (tersirat).

Ketua Pemuda Kuantan mahu jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dipegang oleh orang yang kurang pengalaman, yakni second best, kerana Dr Hatta is the best man yang dilantik oleh Presiden PAS.

Bukan itu saja, lima orang yang namanya disebut adalah pemimpin yang berpengalaman dalam menangani sepak terajang politik UMNO.

Kenapa nak lantik orang yang kurang pengalaman?

Agak-agak cerdik tak Ketua Pemuda PAS Kuantan?

....Bersambung.

Saturday, 14 February 2015

CUBAAN MEMBAKAR KERETA DR HATTA JUGA SATU SPEKULASI? (GAMBAR)

Pagi ini keluar berita di media sosial cubaan membakar kereta Dr Hatta. Menurut berita tersebut Anak Dr Hatta, Khalil telah berjaya memadamkan api tersebut. Dikatakan kejadian berlaku jam 3.50 am apabila seorang pengawal keselamatan membunyikan hon motosikalnya berkali-berkali.

GAMBAR SPEKULASI? (SUMBER

Sebelum ini keluar berita Hanipa Maidin dipukul di belakang. Berita itu menjadi viral di laman-laman sosial. Hanipa Maidin kemudian berkata berita itu hanya spekulasi. 

SAVED FACE? (SUMBER

Walau bagaimanpun sudah ada yang seronok sangat mem"padan-mukakan" Hanipa.

INI BUKAN AKHLAK TARBIYAH PAS (SUMBER)

Kepada pemimpin-pemimpin PAS: Berhentilah menyemai perasaan benci kepada golongan yang telah bersusah payah memenangkan PAS pada PRU13 yang lalu.

Berhenti sekarang juga.

Ini kerana musuh sebenar akan masuk ke dalam ruang kebencian yang disediakan dan mengambil kesempatan.

Di samping itu, kalau selalu sangat sebut ini spekulasi, itu spekulasi, lama-lama orang tak percaya dah.

Ingat! Kepercayaan rakyat itu amat penting untuk menuai kemenangan.

Termasuk juga kes kehilangan pesawat MH370. Semua berita yang keluar dikatakan spekulasi. Sekarang siapa lagi yang percaya pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi Selatan?

Jangan PAS pun macam UMNO jugak.