Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 4 March 2016

JANGAN MAGHAH - PAKATAN HARAPAN TIDAK TERLIBAT SIDANG MEDIA DENGAN MAHATHIR

HAHAHAHA!

Tak larat nak baca.

Ramai sungguh yang komen PC Mahathir siang tadi.

Tapi yang ramai-ramai tu mengutuk. Sikit benor yang memuji. 

Sebabnya apa? 

Sebabnya ini:

SUMBER ROKETKINI
Tapi yang ini apa?
Perasan tak mamat yang nampak begitu eksyen tepi Mahathir tu? Bukan. Bukan mamat yang kata tak terbabit dengan konspirasi ni:


Ambik nko. Semua dah kena "game" kah?

Oh tidak...


Yong berbeza pandangan dengan yang sekarang sedang maki-hamun pemimpin-pemimpin PH.

Orang yang faham politik tahu strategi Mahathir ialah nak jatuhkan Najib. Tapi dulu pemimpin PH tak ambik pot. Dia pun keluar UMNO untuk menunjukkan kesungguhannya menentang Najib. Ya...menentang Najib, bukan menentang UMNO.

Muhyidin Yasin pulak kena maki pengecut dan sebagainya!

Hey kawan! Ini strategilah. Muhyidin Yasin memang dibiarkan di dalam UMNO (walaupun telah digantung). 

Selain Muhyidin, Mukhriz dan shafie Afdal juga kekal di dalam UMNO. Begitu gerombolan yang menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia.

Malangnya Muhyidin Yasin bukan calon PM!

Siapa calon PM?

Jeng! Jeng! Jeng! (Klu: Buka video di atas).

Sebab itu pemimpin PH terpaksa turun ramai-ramai.

Takkan ahli Majlis Pakatan Harapan mahu diam-diam saja membiarkan Azmin menduduki centre stage dan mencuri perhatian sebagai reformis ulung pengganti Anwar Ibrahim!

MALAYSIAKINI


Strategi pecah dan perintah ke atas PH tidak berjaya, kerana Pemimpin PH tidak berpecah, walaupun jelas! Azmin cuba mendahului Majlis Pakatan Harapan dan menyokong Mahathir.

Orang yang faham politik tahu strategi Mahathir bukan untuk membebaskan Anwar Ibrahim, atau menjatuhkan UMNO/BN.

Azmin tentu lebih tahu, sebab kata orang, Mahathir itu "bapa angkatnya."

Oleh itu, pemimpin PH harus ingat! Tiada maknanya berteriak "reformasi" kalau di belakangmu tiada rakyat marhaen yang menyambutnya!

Dan rakyat marhaen ini mahu Anwar Ibrahim mendapat keadilan!

Err...Wan Azizah di mana ya?

1 comment:

  1. Bodoh betul komen korang ni.
    Bacalah balik DEKLARASI: Kita bergerak sebagai rakyat bukan sebagai parti. Tiada keperluan parti di sini,”

    BERGERAK SEBAGAI RAKYAT, taw. Bukan PADRTI.

    Jadi memang takda sebut nama PARTI, cuma Individu yang
    sayangkan negara, tidak mahu diperintah oleh PENCURI BUGIS. Yang hadi cuma Tun Mahadir, Azmin Ali, Kit Siang, Mustapha Ali, Husam Musa, Zaid Ibrahim. Marina Chin to name a few. Mereka ini INDIVIDU YANG CINTAKAN NEGARA, bukan PARTI.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.