Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 11 March 2016

TAHNIAH MUKHRIZ KERANA MENANG BESAR DI KEDAH PADA PRU13

Terima kasih Mukhriz!

Kalau Mukhriz (BN) tak menang besar di Kedah tentu dia tak jadi Menteri Besar. 

Kalau dia tak jadi Menteri Besar tentu dia tidak dijatuhkan sebagai Menteri Besar. 

Kalau dia tidak dijatuhkan sebagai Menteri besar tentu dia tidak bergaduh besar dengan Najib. 

Kalau dia tidak bergaduh besar dengan Najib tentu rakyat marhein tak tau BN telah berbelanja besar semasa PRU13. 

Kalau BN tidak perlu berbelanja besar semasa PRU13 maka tidaklah ada derma besar RM2.6bilion masuk ke akaun peribadi Najib. 

Kalau derma besar RM2.6bilion tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, tetapi masuk ke dalam akaun UMNO, maka rakyat marhein pun tak tahu kerja jahat besar demer selama ini. 

Tapi Yong musykil tentang satu perkara… 

Hang (BN) menang besar di Kedah tu hang guna duit belanja mai mana? 


********************


BARISAN NASIONAL MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengesahkan bahawa dalam suatu pertemuan dengan Ketua Perhubungan Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyatakan bahawa BN telah membelanjakan lebih kurang RM1.5 bilion dalam PRU13 yang lepas.

Mukhriz mempersoalkan tentang kenyataan Peguam Negara bahawa RM2.03 bilion daripada "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib telah dipulangkan. Kata Mukhriz bagaimana baki RM2.03 bilion dipulangkan sedangkan RM1.5 bilion telah digunakan untuk PRU13.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kemudiannya mengesahkan lagi perbelanjaan RM1.5 bilion oleh BN dalam PRU13 yang lalu. Kata Idris, Datuk Seri Najib hanya menyatakan bahawa lebih RM1.5 bilion dibelanjakan dalam PRU13 tetapi tidak disebutkan ianya daripada derma RM2.6 bilion.

Perkara pokoknya ialah penggunaan lebih RM1.5 bilion di dalam PRU13 yang lalu.

Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi yang dipertandingkan manakala keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia berjumlah 576 kerusi.

Mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 tiada wang boleh dibayar dan tiada belanja boleh dilakukan oleh seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya atau oleh ejen pilihan rayanya, selepas tarikh notis mengenai pilihan raya itu disiarkan dalam Warta, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, kerana atau berkenaan dengan penjalanan atau pengurusan pilihan raya itu, yang lebih daripada—

(a) dua ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat;

(b) satu ratus ribu ringgit dalam hal sesuatu pilihan raya bagi sesuatu Dewan Undangan;

Seksyen 19 (1) tersebut jelas bahawa setiap calon bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) atau ejennya hanya boleh berbelanja tidak lebih RM200 ribu manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lebih RM100 ribu.

Maksimum RM200 ribu dibelanjakan bagi 222 kerusi Parlimen ialah RM44,400,00 manakala maksimum RM100 ribu perbelanjaan bagi 576 kerusi DUN ialah RM57,600,000. Jumlah keseluruhannya ialah RM102,000,000. Jumlah maksimum keseluruhan tersebut amat jauh dengan jumlah RM1.5 bilion yang telah dibelanjakan oleh BN dalam PRU13 yang lalu.

Berdasarkan kenyataan Mukhriz dan pengesahan oleh Idris Haron, adalah jelas bahawa Barisan Nasional telah berbelanja melebihi apa yang dibenarkan oleh Seksyen 19 (1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Seksyen 19 (2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 memperuntukkan bahawa Mana-mana calon atau ejen pilihan raya yang dengan diketahuinya bertindak berlanggaran dengan seksyen ini bersalah atas suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Berpandukan fakta yang dinyatakan sendiri oleh Mukhriz dan Idris adalah jelas bahawa calon-calon Barisan Nasional termasuk Mukhriz dan Idris telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 19 (1) Akta tersebut dan boleh didakwa di Mahkamah.

Fakta tersebut secara langsung menunjukkan bahawa BN telah tidak menghormati undang-undang negara dan telah menipu demi kuasa.

Adakah ini bermakna kita masih lagi boleh menerima dan masih boleh membiarkan Najib berkuasa sebagai Perdana Menteri?

Adakah ini bermaksud kita masih lagi boleh memberikan masa kepada Najib untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tamat tempohnya?

Kemungkaran di depan mata perlu dihentikan.

UNDUR NAJIB...
TOLAK UMNO/BN
BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
10032016

********************

Yong sokong hang buka besar-besar lagi pekong besar BN.

3 comments:

  1. Yong, mai aku tolong cuba nak bagi pencerahan sikit dgn musykil Yong - Hang (BN) menang besar di Kedah tu hang guna duit belanja mai mana?

    Yong tengok balik tape Mukhriz tu, (aku guna yg ni): https://www.youtube.com/watch?v=GaFys-iYQeE

    Di minit 1:42 Mukhriz ada cakap - "Saya duk fikir balik ..... 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu ? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu..."

    Maknanya Mukhriz pun hairan. Maknanya dia tak terima duit belanja PRU 13 berlebih2 dari yg sepatutnya.

    Untuk makluman Yong jugak, Mukhriz tak perlu duit banyak utk menang di Kedah. Orang Kedah seronok bila dengar dia akan jadi MB Kedah. Dia anak Tun Mahathir yg disayangi, dia muda, dia mudah mesra dgn semua golongan masyarakat. Sebab tu dia menang besar. Orang Kedah harap dia akan jadi PM suatu hari nanti. Peranan Mat Bashah kecik saja kalau nak dibandingkan dgn pengaruh Mukhriz. La ni orang Kedah nak berontak, nak kalih balik bagi BN kalah sekali lagi di Kedah sebab marah dengan perangai buruk Mat Bashah tu. Memang Mat Bashah kena boo di mana dia pi, tapi taklah sampai dia tak boleh buat kerja. Dah jadi kurang ajar pulak. Tapi memang banyak bendera BN terkalih di merata tempat Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam QalamQabut

      Mula2 Yong minta maaf dah ter-advance ke PRU14 dalam N3 ini. Yong dah betulkan.

      Terima kasihlah tuan kerana memberi pencerahan ini.

      Mungkin betullah ramai orang suka Mukhriz sebab keperibadian dia yang "people-friendly." Mungkin ada aspek yang lebih baik dari pemimpin PMIP Kedah.

      Tapi Kalau nak kata depa tak guna banyak duit untuk menang di Kedah, atau di mana-mana tempat lain, Yong tak percaya. Sungguh! Yong tak percaya.

      Apapun, kalau Mukhriz keluar UMNO dan secara terbuka menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan, Yong akan jadi orang pertama yang menyokong dia.

      Setakat ini Yong cuma nampak dia nak Najib turun sebab percaya tindakan itu boleh perkuatkan UMNO/BN. Itu saja.

      Delete
  2. Salam Yong,

    'Tapi Kalau nak kata depa tak guna banyak duit untuk menang di Kedah, atau di mana-mana tempat lain, Yong tak percaya. Sungguh! Yong tak percaya.'

    Ini aku tak boleh komen, tak tau. Aku pun bukan ahli UMNO. Yg aku cerita tadi pun pengalaman dan pemerhatian aku saja. Juga sedikit maklumat dari anak saudara aku yg baik dgn Mukhriz (sejak 15+ tahun yg lepas). Mukhriz tak main politik wang. Dan itu salah satu sebab dia tersingkir, warlords Kedah ni susah nak cari makan di bawah Mukhriz.

    'Setakat ini Yong cuma nampak dia nak Najib turun'
    Kebanyakannya, terutama 'UMNO Rebel' dan puak atas pagar macam aku ni mmg niat begitu. Najib perlu turun supaya maruah negara Malaysia tidak terus tercemar. Tp faham2 sajalah, masing2 ada agenda tersendiri yg nak diselit. Geng 'Untuk Mohd Najib Only' pula pasti dah nak tongsampahkan Deklarasi Rakyat ni, so berbagai tafsiran dah timbul. Anyway, that's politic, right?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.