Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 17 October 2011

MUSIM HAJI

Alhamdulillah. Yong telah dapat menunaikan fardhu haji beberapa tahun lepas bersama-sama abang dan kakak ipar. Banyak pengalaman sampingan yang didapati semasa berada di Mekah dan Madinah. Satu episod menarik Yong alami berlaku dalam Masjidil Haram. Waktu tu hampir masuk zuhur. Yong dapat duduk bersama jemaah pompuan mengadap kaabah. Sebelah kanan Yong, ikut rupa macam orang Arab. Belah kiri orang Melayu.

Masa itu tempat solat packed. Entah dari mana datang sorang warga emas dari Turki. Dia minta 3 pompuan Melayu dua baris di hadapan Yong supaya beranjak sedikit untuk bagi tempat dia solat. Walau pun buah butir percakapan tak jelas, Yong tahu mereka Melayu kerana di belakang telekong ada tertulis dengan jelas perkataan "gemilang." Mereka bergaduh macam itik dengan ayam. Tiga pompuan Melayu enggan berganjak, walaupun sebenarnya mereka boleh. Yong kata mereka boleh kerana mereka letak tiga sejadah besar di hadapan. Nak solat dengan selesalah kononnya.

Azanpun berbunyi. Warga emas Turki masih merayu minta tempat. Tiga pompuan Melayu masih degil dengan kebakhilan mereka. Macamle Masjidil Haram tu milik mereka!

Yong pun bangun dan ajak warga emas Turki tu solat disebelah Yong, walaupun Yong tak pasti muat atau tidak. Maklumle warga emas Turki ni saiznya boleh tahan gak. Dia sangat gembira. Terus dipeluk dan diciumnya Yong. Pompuan Arab dan Melayu di sebelah Yong turut mengesot untuk bagi tempat. MasyaAllah! Muat!

Lepas solat warga emas Turki peluk dan cium Yong sekali lagi dan bercakap sesuatu. Entah ape dia kata Yong tak faham.  Tapi Yong pasti ia suatu doa untuk Yong.

Di Mekah, hampir semua (99%?) jemaah haji Malaysia termasuk ahli unit kesihatan kena penyakit batuk. Ada yang teruk dan ada yang tak berapa teruk. Alhandulillah Yong sihat je. Rahsia sihat semasa mengerjakan haji ialah supaya sentiasa bersikap positif dan pemurah. Jaga mulut dan tingkahlaku. Omputeh kata "be generous, polite and considerate" InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.