Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 29 May 2014

CONFIRM! MH370 TIDAK JATUH DI LAUTAN HINDI SELATAN!

Maka pencari-pencari serpihan MH370 di Lautan Hindi Selatan akhirnya mengaku!

SAH TIADA TANDA PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI SELATAN  (SUMBER TMI)

Siapa yang harus bertanggung jawab?
Inmarsat.
Najib.
Hishamuddin.
Toby Abbot.
Obama.

Semuanya dah buat-buat macam takde apa yang terjadi.

Inmarsat lepas tangan.
Obama balik US, sibuk dengan Ukraine.
Tony Abbot dikutuk rakyatnya sendiri.
Najib dan Hishamuddin serta isteri masing-masing sibuk main dengan panda.

NAK MENYELIDIK PANDA BUAT APA? PANDA BUKAN HAIWAN TROPIKA

Gara-gara percaya kepada ping...atau nak menyembunyikan apa sebenarnya terjadi kepada MH370?

AKHIRNYA MENGAKU PING BUKAN DARI KOTAK HITAM MH370

Apapun, sempat juga Australia menguji penggunaan alat-alat canggih demer!

Tapi Malaysia dapat apa?

Kita dapat dua ekor panda yang kos sewaan dan penyelenggaraannya boleh membina beribu buah rumah untuk rakyat miskin.

Adakah pemimpin kita ada sedikit perasaan malu? Atau adakah rasa belas kasihan kepada waris yang merasa tertipu?

Friday, 23 May 2014

YANG SEMBUR AIR BUKAN FRU, TAPI ALLAH (SWT)

Suka tak suka, Arab Spring sampai juga ke Malaysia.

Demo ini sudah jadi budaya rakyat Malaysia.

Penyokong Pakatan Rakyat berdemo. Penyokong UMNO juga berdemo.

Bezanya, penyokong Pakatan Rakyat berdemo antaranya menuntut pilihanraya yang bersih, turunkan harga barang, membantah Lynas, menbantah GST, AES dan TPPA. 

Penyokong UMNO berdemo nak bakar pejabat orang, senaman bontot, dan demi menyokong perkara-perkara yang menyusahkan rakyat seperti PTPTN, AES dan lain-lain.

Tak tahulah nak kata apa...cerdik ke tidak?

SUMBER

Eja racist pun salah...Alahai...Tak kesampaian maksud demo tu...

Mungkin tersilap typo. Bersangka baik jer...Tak bodoh. Cuma tak perasan dah tersalah eja...

Janganle gelak. Kesian! 

TAKUT HUJAN RUPANYA

Tapi kenapa hujan turun masa nak buat kerja membakar ni? Kenapa? Cer muhasabah diri tu sikit.

Taknak muhasabah, cer buka Quran dan baca ayat ni:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat:13).

Yong bukan ustazah. Tapi Yong faham ayat itu suruh kita fikir. Supaya kita jadi cerdik. Saling menerima. Ringkasnya, yang suka bertindak melulu dan ganas itu tidak cerdik.

Kenapa Allah tak buat dalam dunia ini hanya ada orang Melayu sahaja?  

Pada hari pemuda UMNO demo itu Allah turunkan hujan lebat kerana Dia sayang kita dan tak mahu kita buat kerja sia-sia seperti membakar bangunan.

Kalau sudah tidak cerdik, bagaimana hendak bertaqwa?

Kalau tak mahu buka Quran, cer tengok balik konsep 1Malaysia yang PM tersayang war-warkan dulu. Apa bunyinya?:

ADA KE FAHAM?

Kalau tak faham maksud Tawadhuk, tanyalah budak sekolah agama.

Konsep 1Malaysia itu sudah dijunjung di sana sini, buat syarikat, perbadanan, yayasan dan macam-macam... Tapi simple concept of national integration FAIL!


BUAT MALU ORANG PERAK (OMAK KAU)

Tak faham makna saling menghormati dan berbudi bahasa, tanya Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Jangan tanya Biro Tata Negara.

Semakin ganas UMNO (dan penyokongnya), semakin menyampah rakyat marhein. Itu pasti.

Tuesday, 20 May 2014

HARI BEKERJA DALAM KEHIDUPAN RAKYAT: KLIEN LARI ORANG LAIN PULAK BANK CARI

Kring! Kring!


Penerima: Hello...

Pemanggil: Encik Sng Kia Seng...?

Penerima: Hoi...awak tahu ini suara perempuan, takkan ini Encik Sng Kia Seng

Pemanggil: Oh, Boleh cakap dengan Encik Sng Kia Seng.

Penerima: Maaf. Ini nombor HP saya. Encik Sng apanama saya tak kenal...

Pemanggil: Oh...Ini bukan nombor Encik Sng Kia Seng?

Penerima: Hoi! Berapa kali saya nak cakap? berapa kali nak telefon? Ini nombor HP saya! (Dah hot ni).

Pemanggil: Bukan nombor Encik Sng Kia Seng?

Penerima: ?£$£€@% Aiyo...awak telefon dari mana ni?

Pemanggil: MBF

Penerima: Bank awak tak boleh update database ke? Dah berapa kali bank awak telefon saya ni. Saya bosanlah.

(Sebenarnya penerima sudah 2 tahun mendapat panggilan dari bank mencari Encik Sng Kia Seng).

Pemanggil: Oh...maaf yer. Nanti kami cek (klik).

Tak sampai dua minit HP berbunyi lagi. Dari nombor yang sama.

Penerima: Hello!

(Klik)

Huh? Pemanggil takut kena maki ke?

Si berhutang lari. Bank tak dapat cari. Macam mana ekonomi nak pulih?

Maaf kepada yang kerja di bank. Ini sekadar maklumbalas untuk pihak bank.

Hmm...Jangan-jangan demer ni Along! Baik repot polis jer. Mana tahu, tak pasal-pasal rumah kita disimbah cat merah...

Monday, 19 May 2014

BUKU MENGARUT: PESAWAT MH370 SECARA TIDAK SENGAJA DIITEMBAK?

Sebuah buku yang ditulis oleh seorang yang ingin menimba di air keruh dan mendapat laba di atas kesengsaraan orang lain, telah diterbitkan di UK.

PENCARIAN DI LAUTAN HINDI SELATAN HANYA RED HERRING?

Kenapakah buku seperti ini boleh wujud?

Jawapannya mudah sahaja.

Kerana pencarian di Lautan Hindi Selatan tidak dapat memberi jawapan yang munasabah terhadap persoalan di mana pesawat MH370 itu berada.

Kerajaan Malaysia dan Inmarsat asyik tuduh menuduh mengenai lokasi data asal MH370. Adakah disimpan oleh MAS atau masih di tangan Inmarsat (Baca di sini)? 

Siapa yang berbohong? Siapa yang sebenarnya menyimpan data itu?

Isu ini timbul apabila ada permintaan untuk melihat semula data yang boleh memberi sedikit clue di mana kedudukan pesawat MH370 itu (Baca di sini).

Ekoran dari flip-flop dalam penyebaran maklumat, tidak sukar kita memahami mengapa waris dari China hilang kepercayaan  terhadap penguasa Malaysia (Baca di sini). 

Apa yang kita dengar dari mula pesawat itu hilang sehingga hari ini hanya penafian demi penafian (Baca di sini). 

Rakyat Malaysia dilarang membuat spekulasi. Rakyat sudah tentu termasuk Dr Mahathir Muhamed. Tetapi, mantan PM itu juga tidak lari dari berspekulasi:

PESAWAT TIDAK BOLEH HILANG BEGITU SAHAJA

Hanya bomoh yang percaya MH370 disorok jin. Dr Mahathir pula percaya MH370 disembunyikan oleh pihak tertentu.

PENCARIAN DI LAUTAN HINDI SELATAN HANYA MEMBUANG MASA DAN WANG

Seperti biasa kita akan terus mendengar siri penafian...

Friday, 16 May 2014

MALAYSIA ANTARA 10 NEGARA TERBAIK CEGAH RASUAH. PERCAYALAH!

Percayalah! yang cakap ni bukan menteri BN...tapi mamat ini:

LANDASAN BETUL, TAPI BANYAK STESYEN

Terbaik untuk tangkap dan dakwa paling besar ikan bawal jer... Ikan jerung habis terlepas!

SALAH SATU IKAN BAWAL YANG TERTANGKAP

Rakyat masih menunggu bila SPRM nak cari jala baru yang boleh tangkap jerung... BERSIH 2.0 tak payah le nak menyebuk...(Baca di sini).

PAS NI MENGIGAU KE APA?

ADA BERANI TAKNAK SOKONG BN?

Nak kata apa? Demer memang happy menyokong BN, parti yang Presidennya kata penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan, tapi tak terhempas dan 239 anak kapal dan penumpang hilang entah ke mana.

MEMANG TEPAT SEKALI SLOGAN INI. PERCAYALAH:

ENDLESS POSSIBILITIES.

Thursday, 15 May 2014

MAAF TERENGGANU! KITA UCAP TAHNIAH HANYA JIKA IA UNTUK KEBAIKAN...

APAKAH ERTI UCAPAN TAHNIAH?

Menurut DBP, edisi online, tahniah bermaksud:

Ucapan tahniah untuk mengucapkan selamat atas kejayaan seseorang dan lain-lain. Ucapan syabas boleh juga digunakan yang membawa makna yang hampir sama, contoh untuk menyatakan bagus, baik dan seumpamanya.

Oleh kerana itu wajarkah kita mengucapkan tahniah kepada MB Terengganu yang baru?

Maaf! Berat mulutku untuk menyebutnya.

Tahniah hanya untuk kejayaan...

Kejayaan bermaksud untuk penjanaan hasil yang baik...

Kalau perompak menjadi kaya raya, bolehkah kita kata dia telah mendapat kejayaan? Kalau boleh maknanya kita boleh ucap tahniah kepadanya...

Justeru, Yong tidak akan mengucapkan tahniah kepada MB baru dan exco barunya, atau penasihatnya:

INI ORANG UMNO YANG CAKAP
Tahniah dalam bahasa Inggerisnya congratulation. Biasanya congratulation calls for a celebration atau perayaan. Adakah warga Trengganu akan merayakan perlantikan MB baru ini?

Apa yang akan dirayakan?




Tak kira siapa di atas sana. UMNO tetap UMNO. BN tetap BN. Rakyat tetap akan menderita.

No thank you.

It is very stupid to congratulate a robber after you were robbed or going to be robbed!

Yang faham tu faham ler.

Wednesday, 14 May 2014

MULUT BUDAK NI MEMANG NAK KENA CILI!

Kecoh menantu Haji Hadi memanggil DS Nizar "Very stupid!!!"

DAH TERLEBIH PANDAI KOT BUDAK NI?

Tak taulah frasa "Very stupid!!!" itu maksudnya DS Nizar "very stupid" kerana kebimbangannya, atau ajakan DS Najib (jika ada) yang "very stupid"???

Yong baca banyak kali rencana itu. Di bahagian mana DS Nizar ada buat statement yang "very stupid!!! Yong tak jumpa.

Bacalah rencana seterusnya dan nilaikan sendiri:

SAMBUNGAN PETIKAN

Apa yang DS Nizar sebut secara verbatim kita tidak tahu. Tetapi bila kita baca kenyataan dari Terengganu yang dipaparkan oleh Malaysiakini, tidak hairan kalau DS Nizar menjadi "worried."

OK LAH TAK SOKONG LOMPAT,  TETAPI...

Kalau musuh kita sudah tumpas kerana beberapa panglimanya lari, takkan kita bagi tahu 1Dunia, kita tunggu musuh regroup dan membentuk kekuatan baru kita nak bertindak? Boleh begitu? 

Bukan itukah yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Baca dan nilaikan sendiri:

BAGI PELUANG PADA UMNO?

Tunggu UMNO dapat balik majoriti, lepas itu baru rancang nak buat apa? Pelik betul bunyinya strategi politik ni...

Bukankah hubungan PAS Terengganu dengan Sultan amat baik? 

Seperti yang diduga, semua ADUN UMNO yang keluar parti sudah U-Turn.

Hmmm...DS Nizar sudah boleh lega, sebab apa yang dibimbangi tidak berlaku, for the time being. Sudah tentu dia tahu apa dan kepada siapa yang dia maksudkan. Tetapi, kesalahan budak ini kerana keceluparan mulutnya, langsung tak hormat orang yang lebih tua, belum terhapus lagi.

Apapun, kita bersangka baik jer. 

Zaharudin Muhammad mungkin tak faham bahasa Inggeris. Tak faham apa erti "Very stupid" itu. 

Atau, dia tak faham apa yang ditulis dalam akhbar Astro Awani itu.

Atau, dia tak faham apa sebenarnya peranan seorang Ketua Penerangan yang sepatutnya menambah ramai orang suka, bukan menambah ramai orang menyampah. 

Makan dengan budak, lauk habis dulu;
Mandi dengan budak, air keruh dulu;
Ngaji dengan budak, kitab koyak dulu;
Bagi kuasa pada budak, orang tua kena caci dulu.

NAJIB SAJA NAK "TEST MARKET" DI TERENGGANU RUPANYA

KOMER PERCAYA POLITIK UMNO?

DULU, KINI DAN SELAMANYA YONG TAKKAN PERCAYA. TITIK.

Tapi ada yang sudah terkinja-kinja mengharap...

Entah apa yang diharap:

LEBIH BAIK MOHON BUBAR DUN

Kenyataan Zaharuddin Muhmmad yang mendahului pucuk pimpinan partinya pelik bunyinya. Kenapa cuma menyebut 'berpindah kepada PAS" dan tidak menyebut Pakatan Rakyat? PAS menang tanpa bantuan PKR dan DAP ke? Bukankah ketika bertanding dalam PRU 13 dulu, PAS bertanding di bawah manifesto Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP)?

Yong kritik dia bukan kerana dia menantu Haji Hadi, Presiden PAS, tapi kerana dia Ketua Penerangan Pemuda PAS. Salah satu ciri utama Ketua Penerangan ialah, bila bercakap (menulis) kena ada 'finnesse' supaya hasilnya tidak menyinggung pihak yang berkaitan (affected groups). 

Dia bukan facebooker/blogger semut macam Yong.

Seolah-olah menjawab harapan Ketua Penerangan Pemuda PAS; geng yang bebas itu isytihar bukan 'friendly' kepada PAS tapi tetap kepada BN. Nah! seorang dah melompat balik ke dalam tong taik.


Tiga lagi sedang berunding. Kerusi DUN UMNO macam pasar saham:

NAK MINTA APA DARI NAJIB?

Najib saja tengah 'test market' nak tahu adakah sahamnya masih laku di Terengganu, atau ADUN UMNO Terengganu benar-benar dah tak mahukannya.

********************

Oleh kerana kita menentang tindakan ADUN lompat, maka kita sepatutnya tidak mengharap ADUN Terengganu melompat. Kalau demer tidak melompat, maka kita mohon DUN dibubarkan. Itulah permohonan sebaik-baiknya. Gentelmeng!

Oleh kerana itu Yong sokong pandangan ini, sebagaimana dipetik dari MSTAR

TAK SOKONG ADUN LOMPAT

Tiada jalan pintas wahai anak muda untuk naik ke persada politik negara, jika ingin mendapat keredhaan Allah (SWT). Ingatlah:

Tabligh, Amanah, Siddiq dan Fathonah.

Jangan GOPOH! SABAR!

Tuesday, 13 May 2014

AKHIRNYA KERAJAAN DARUL RUNTUH BENAR-BENAR RUNTUH...

Mengapa Najib tak suka Mat Said?

Mengapa Najib tak bagi muka kepada Tuanku Sultan Mizan?

Mengapa Najib tetap pecat Mat Said walaupun dia mengugut untuk keluar UMNO?

Semua maklum, Mat Said pilihan Sultan. Najib lebih suka Idris Jusoh. Itu citer lama.

KAIN RENTANG MENYOKONG IDRIS JUSOH

Kain rentang yang biadab menjadi bahan bukti sejarah penentangan terhadap Mat Said. Penentangan yang sekaligos dilihat sebagai penderhakaan terhadap Sultan Terengganu (ketika itu menjadi YDP Agong).

Setelah berunding dan mengharap, akhirnya penyokong Mat Said dikecewakan oleh Najib. 

Angin spekulasi bertiup dengan kencang di alam siber. Tenggelam cerita pengundi hantu dalam pemilihan PKR. Senyap terus berita pencarian MH370 di Lautan Hindi Selatan. Semua berlari ke Terengganu yang sudah menjadi Darul Runtuh.

Mungkinkah Kerajaan UMNO Darul Runtuh ini dapat ditegakkan semula?

Berjayakah Najib memujuk ADUN yang melompat itu supaya kembali kepada UMNO?

Adakah Najib akan memujuk PAS untuk membentuk Kerajaang Perpaduang di Terengganu?

Kita tunggu berita panas seterusnya.

Monday, 12 May 2014

PANAS! APA YANG SEDANG MENDIDIH DALAM PERIOK PKR?

Sikit-sikit salahkan UMNO.

Sikit-sikit kata ini budaya UMNO.

APA YANG HANGIT?

Alahai…

Diri sendiri tu yang bermasalah… 

Tak kira komer datang/asal dari parti mana, tapi kalau diri sendiri sudah tak bersih jiwanya, masuk parti apapun tetap tak bersih…

Jiwa kalau kotor bukan boleh basuh guna Breeze atau Clorox.

Pergi ulang alik ke Mekahpun takkan boleh bersih. 

Hanya jika kita meneliti diri sendiri (orang kata muhasabah diri), melihat di mana kekuatan dan kekurangan diri; menampong mana yang kurang dan menongkatkan lagi (leverage) mana yang kuat, barulah kita dapat melestarikan kepimpinan dan legasi kita.

Tapi sifat dan sikap manusia memang lemah…

Bila buat jahat, tidak pula insaf, sebaliknya dia membandingkan dengan yang lebih jahat (misalnya UMNO lebih jahat). Bila buat baik, dia mendabik dada, tidak pula sedar bahawa diri amat kerdil jika dibandingkan dengan yang lebih baik.

Kekurangan ditutup dengan kosmetik. Kekuatan dipamerkan dengan ego yang besar; sedangkan kekuatan itu jika tidak terus dileverage, ia akan kehilangan daya saing juga. 

Kekuatan tidak boleh dijana dengan mencantas orang yang berpotensi menjadi pencabar. Lebih berfaedah jika menggunakan pencabar itu bagi mendorong kita untuk menambah kekuatan. 

Jika tidak, berlakulah seperti sekarang.

A buka pekung B. B buka pekung A…etc. etc…

Apakah matlamatnya?
  • Peluang jadi ADUN?
  • Peluang jadi AP?
  • Peluang dapat AP?
  • Peluang jadi menteri?
  • Peluang jadi pengerusi GLC?
  • Peluang jadi kaya raya?
  • Peluang tambah isteri?
Semuanya peluang untuk diri sendiri. Politik periok nasi. Bukan untuk rakyatpun!!!!

Sebab itu Yong kata, yang buruk itu diri sendiri.

Jangan kata: 'PKR ada masalah, didedah; PAS pun ada masalah, sapu bawah karpet!' Kata-kata itu tidak menjadikan PKR seperti wali! 

Dari sudut lain pula, jika hanya individu tertentu yang dianggap punca masalah, maknanya itu hanya satu cubaan untuk “scapegoating” (kambing hitam) sahaja; yakni untuk memindahkan masalah kepada 1 persona, sedangkan punca sebenar adalah masalah “no action” dari pucuk pimpinan. 

Jangan kata: 'PKR parti muda. Baru 15 tahun.' Masih ada teething problems.

Alahai…

Pemimpin di atas singgahsana PKR bukan budak umur 15 tahun. Malahan sudah berpuluh tahun berpencak silat dalam dunia politik. Ada yang terkenal di seluruh dunia. Politik bukan baru bagi pemimpin-pemimpin ini. Jangan cari alasanlah.

Mungkin akan ada mamat PKR yang marah Yong sebab tulisan ini. Nak marah, marah le. Bagi yang sering mengikuti blog Yong tentu perasan Yong tidak buat N3 tentang PKR sejak pemilihan parti itu bermula. Sebabnya mudah saja. Yong tidak mahu memihak kepada sesiapa di atas pemilihan Timbalan Presiden, Naib Presiden bla…bla… parti itu. 

Tetapi nampaknya sistem yang baik itu telah disalahgunakan menjadi pentas lakonan yang memalukan parti itu sendiri!

Lalu Yong menulis N3 ini sebagai pemerhati yang dah meluat. Itupun kalau ada yang sudi baca le. 

Mungkin Yong bukan siapa-siapa. Tetapi mamat yang buat status ini ahli PKR:

MENANTI KEADILAN

Itulah semangat ahli yang harus dimiliki. Nak kenal mamat ini, cari sendiri dalam facebook.

Kita sebuk minta Bersih, cuci senarai pemilih, kejar pengundi hantu...bla...bla...bla...Lepas itu?

KALAU TIADA TINDAKAN, SAMALAH JUGA

PKR jangan jadi periok yang mengata belanga hitam!

Udah komer panggang periok tu, hitamle dia, weh!


Sunday, 11 May 2014

AIK? KENAPA JADI MACAM INI PULAK?

Setelah mendapat sokongan UMNO tetiba jadi begini pulak? Apa yang telah/sedang berlaku di sebalik tabir?

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Yong sudah sedia untuk mengira berapa ramai ahli MCA dan Gerakan akan berkumpul di hadapan Parlimen. Jika berjaya melepasi benteng MCA/Gerkan itu Yong sedia hendak melihat berapa ramai ahli UMNO yang akan mengangkat tangan untuk bersetuju; dan sudah sedia mengenali siapa ahli PKR yang beragama Islam yang sanggup menolak undang-undang hudud.

Harapan kecewa rupanya...

Jamil Khir cakap apa nu? Tak berani ka?

Takkan nak dengar cakap-cakap macam ini?

ILMU SETENGAH TIANG?

Apapun, Yong tetap sokong undang-undang Islam dipraktikkan di Malaysia. Jadi, yob-yob dan yong-yong dalam PAS, bersabor le yer...

Adik-adik yang ada nampak kilauan UG tu... err... atau... kilauan jet peribadi... lupakanlah...

JOM SOKONG HUDUD DAN KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT.


Wednesday, 7 May 2014

JANGAN PERCAYA! DIA BUKAN SETIAUSAHAKU... KAHKAHKAH!

Mula-mula mamat ini tulis begini:

MACAMLE WANITA/PUTERI UMNO TAK BERDEMO?

Lepas itu dia cuba menambah hujah:

SU ILMU YANG MULUT JEGHABEI

Tetapi dia dikecam hebat oleh Ustaz Asri (baca di sini):

JOM PAKAT BELASAH BUDAK TAKDE ADAB TU, DR ASRI!

Tetapi yang anehnya, Fathul Bari tak mengaku mamat yang memakai nama Abu Amru Radzi Othman Setiausaha ILMU!:

SAHIH KE TIDAK KENYATAAN INI?

Bukan kita yang kata Abu Amru Radzi Othman ini Setiausaha ILMU. Tapi dia sendiri yang mengaku:

TUDIA SIAP DENGAN CAP MOHOR!

Agak-agak komer kenapa Fathul Bari sampai sanggup disown mamat ni erk? Adakah kerana ini?:

POMPUAN UMNO BERDEMO (SUMBER)

Tolong jawab. Yang berdiri di belakang pompuan-pompuan yang tengah demo tu bukan lelaki ke? Kalau bukan lelaki, mungkin pondan.

Takkan Fathul Bari sampai hati nak kata pendemo wanita UMNO itu pelacur, kan?

TAKAT MANA NAK NAFI FATHUL BARI?

ENDLESS POSSIBILITIES

Tuesday, 6 May 2014

MASIHKAH ADA YANG PERCAYA MANGGIS ITU TELAH DIMAKAN IKAN PAUS DI LAUTAN HINDI SELATAN?

Semakin lama semakin hancing baunya skrip kehilangan pesawat MH370. Itu saja yang kita dapat rasa dari ratusan juta RM yang dikeluarkan untuk mencari pesawat yang penerbangannya berakhir di Lautan Hindi selatan (Baca: bukan terhempas, atau meletup atau semua 239 anak kapal dan penumpang terkorban). Akhiran manggis tidak disebut...

Kelmarin bersilat lagi Hishamuddin menjawab soalaan-soalan...

Kali ini Malaysia membawa backup dari China dan Australia. 

Yang menarik perhatian Yong ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss. Seperti yang dipetik oleh Guardian, Katanya:

“It’ll also look again at the satellite information that has been accumulated so that we can make sure that it’s been accurately interpreted, whether it should lead to some further search for information, and look generally at the way in which we’ve been able to extrapolate from the hard information that’s been received to actually identifying a search area.”

Komer faham ke apa yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri Australia tu?

Yong idak le faham...

Jadi Yong tanya Pakcik Google. Ini jawabnya:

"Ia juga akan melihat sekali lagi pada maklumat satelit yang telah terkumpul supaya kita dapat memastikan bahawa ia telah dengan tepat ditafsirkan, sama ada ia perlu membawa kepada beberapa carian lagi untuk maklumat, dan melihat secara umumnya pada cara di mana kita telah dapat membuat penentuan berasaskan maklumat keras yang telah menerima untuk benar-benar mengenal pasti kawasan carian. "

Foyooh! Boleh tahan juga artificial inteligence Pakcik Google ni... 

Apa sebenarnya dalam bahasa mudah MAKSUD Timbalan Perdana Menteri Australia itu?

MAKSUDNYA: Ada kebarangkalian maklumat satelit Inmarsat tu tak tepat TIPU. Oleh kerana maklumat itu TIPU, maka tafsirannya juga TIPU. 

Noktah.

Ikut suka komer kalau masih percaya MH370 tenggelam di Lautan Hindi Selatan. 

Yong tak baca buku tulisan penulis kontroversi Syed Hussein Al Atas. Yong dah lama tak percaya 4 tan manggis tu jatuh di Lautan Hindi Selatan. Jadi, soal manggis itu tidak ditemui kerana semua sudah dimakan oleh ikan paus adalah tidak relevan.

Yong kesian pada Hishamuddin. Malang sungguh nasibnya...Bila dia pegang pertahanan, penceroboh Sulu bertandang di Lahad Datu. Bila dia pegang pengangkutan, pesawat hilang. Nasible. Kata orang kekasih boleh dipilih, tapi sedara tak boleh... 

SEBAB INIKAH GST TU MESTI DILAKSANAKAN?

Memang Yong amat simpati terhadap waris kepada 239 yang masih belum ditemui. Yong rasa berat nak menulis mengenainya...Tetapi, kalau Yong tak tulis, mungkin MH370 akan dilupakan.

Mujurlah lidah Hishamuddin petah cakap omputih. 

Tetapi, tidak dapat dielakkan, penyakit pun ada yang jenis genetic.

Yang faham tu faham le yer...

CAKAP BERBELIT-BELIT

Bagi yang ingin refresh apa Yong kata sebelum ini:


Teringat pulak pada pantun dua kerat yang cikgu BM ajar di sekolah rendah:

Siakap senohong gelama ikan duri,
.......................................................
(Komer fill-in the blanks sendirilah).

Monday, 5 May 2014

APA JABATAN UNIT AMAL BOLEH BUAT JIKA AHLINYA BELASAH ORANG?

Sudah tentu kita marah jika polis menggunakan excessive force apabila menahan seseorang yang disyaki telah melanggar undang-undang. Kita juga marah apabila polis memukul pendemo, walaupun itu mungkin arahan pihak tertentu. Ada yang sangat marah sampai memberi gelaran tertentu kepada polis.

Bagi Yong memberi gelaran tertentu kepada polis bukan perbuatan yang terpuji.

Yong ada ramai kawan-kawan se program (satu fakulti) semasa di universiti yang jadi ahli politik, penguasa (polis, kastam, imigresen, etc), pensyarah, suri rumah etc. Ada pelajar Yong yang akhirnya jadi polis setelah graduate. Ada juga polis yang mengambil cuti belajar dan hadir dalam kuliah Yong. Ada di antaranya siddiq, amanah, tabligh dan fathanah serta istiqomah semasa menjalankan tugas. Ada yang hampeh.

Takkan Yong turut bersalah jika ada rakan se fakulti Yong atau bekas pelajar yang menjadi ahli politik/penguasa hampeh?

Aduuuh! Sakitlah kalau begitu. Besarnya tanggungjawab yang harus dipikul!

Sebab itu juga Yong tidak pernah kata polis jahat. Atau Pekida itu gangster. Ini kerana yang jahat atau yang gangster itu hanya sebahagian dari ahlinya. Konsep Pekida jika dilihat dari asal penubuhan adalah bertujuan baik.

Perhatikan antitesis ini:

Tangan siapa yang menangkap Anwar Ibrahim? Tangan Mahathir - Seorang Perdana Menteri Malaysia.

Tangan siapa yang membebaskan Anwar Ibrahim? Tangan Abdullah Badawi - Seorang Perdana Menteri Malaysia - Chief Pekida.

UNIT AMAL KENA URUS MANUSIA SERAMAI INI

Tapi Pekida yang mengaku prinsipnya memperjuangkan Islam itu tidak dilihat mengambil tindakan terhadap ahlinya (termasuk ayahanda) yang gangster, yang buka kelab malam dan yang rasuah. Pekida bukan polis. Pekida hanya sebuah NGO.

Kerana itu Pekida mendapat nama buruk.

Yong bukan mencari alasan buat Pekida atau Unit Amal...

Unit Amal pula sebuah unit yang diurus oleh sebuah parti politik yang juga prinsipnya memperjuangkan Islam. Oleh kerana itu ia wajar dilihat mempertahankan Islam.

Bekerja, bersantai, bercakap, duduk, berdiri, baring, makan dan tidur - semuanya wajib mengikut lunas-lunas Islam.

Pergaduhan dengan pendemo Anti-Lynas (yang dikatakan penyokong PSM) jauh menyimpang dari imej Islam, yang sepatutnya ditonjolkan. Malangnya ini bukan kisah ahli unit amal berbalah suami isteri. Ini pergaduhan public disorder yang sudah dipaparkan kisahnya di banyak blog dan facebook. Seluruh dunia sudah membacanya. 

Benar. Unit Amal memang banyak berjasa:

JANGAN SAMPAI PUJIAN INI NAIK KE KEPALA

Tetapi, ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Buruknya tindakan segelintir ahli jemaah yang bertunjangkan Islam, adalah antitesis kepada konsep perjuangan Islam. Percayalah.

Pucuk pimpinan Pemuda PAS harus menyiasat dengan teliti episod ini tanpa prejudis. Penyiasatan harus dibuat berdasarkan prinsip siddiq, amanah, tabligh dan fathanah yang menjadi pegangan Rasulullah (SAW). Dengan kata mudah, ia harus adil dan telus.

PAS bukan Pekida. 

Jika PAS membiarkan individu yang sifatnya ganas bebas bernaung di bawah Unit Amal, maka seluruh organisasi Unit Amal akan mendapat label yang buruk.

Sia-sialah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang menubuhkan unit ini sebagai pengawal yang Islamik dari segi penampilan, tatacara dan tingkah-laku.

Benar. Laporan polis telah dibuat dan polis akan menyiasat. Tetapi ini bukanlah alasan untuk tidak mengambil tindakan.

Menafikannya juga tidak akan menjernihkan kekeruhan.

KALAU DIA AHLI UNIT AMAL KEMUDIAN BELASAH ORANG, MAKA DIA BUKAN AHLI UNIT AMAL.

SEKIAN

NOTA: Kenyataan maaf Yong ada pada N3 sebelum ini.

MAAF! INILAH PUNCANYA KENAPA MALAM TADI KELUAR N3 KOSONG!

Yong minta maaf kepada pengunjung yang dah membuka blog Yong tapi tak dapat apa-apa. Minta maaf sangat-sangat.


Yong tidak tahu kenapa terjadi begitu.

Yong tulis deraf tajuk (working title) dan tinggalkan notebook on. Bila balik semula, Yong nampak si Kuning ini.   Dia memang suka naik atas meja. Oleh kerana screen komputer dah huru-hara Yong terus tutup. Lepas itu buat urusan lain, dan masuk tidur. Pagi ini Yong bangun, nampak rupanya N3 dah kena publish sedangkan belum tulis apa-apa. 

Kebetulan gambar ini Yong ambik - hanya untuk ditunjuk pada kawan-kawan. 

Tak sangka. Mungkin ini dalangnya,

MAAF. JANGANLE MARAH. 

Mungkin ini pengajaran buat Yong supaya lain kali "Don't assume everything is alright and takes thing for granted.".

INSYAALLAH TIDAK BERLAKU LAGI.

Sunday, 4 May 2014

BAGAIMANA HENDAK BERWASPADA KALAU TIADA KERAGUAN? BAGAIMANA NAK RAGU LAGI KALAU SUDAH JADI MENTERI?

Sambungan dari N3 semalam (baca di sini):

Semua maklum media perdana, baik Utusan, Berita Harian mahupun Bernama adalah lidah BN yang suka spin dan membuat fitnah.

Semua maklum The Star adalah lidah MCA dan Gerakan yang anti hudud.

Dalam isu hudud, gerombolan tak nampak MCA dan Gerakan, sebab demer berdua kekasih awal dan akhir. Demer nampak DAP sahaja.

Pelik kan?

Tapi berita ini lagi pelik:

FOYOOH! PEMIMPIN PAS BOLEH NAMPAK HATI UMNO!

Ahli PAS tidak perlu ragu, sebab ini soal hati, kata Nik Amar. Betulke dia cakap begitu? Pelik sungguh. Takkan dia tahu rupa hati UMNO macam mana sampai yakin demer tu ikhlas?

ADA APA DI SEBALIK SENYUMAN?

Lagi pelik apabila berita ini juga berlegar-legar di alam siber:

TOLONG NAFIKAN INI (SUMBER)

Ramai pemimpin UMNO dan PAS kenal MSO. Kalau ia fitnah, tolong nafikan dengan segera. Penyokong PR (khususnya yang beragama Islam) tidak mahu hukum hudud dijadikan platform demi kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

Tentulah sukar untuk menyakinkan DAP dan golongan kafir itu dalam PR. Tetapi kalau takut menghadapi kesukaran itu, jangan jadi pemimpin!

Ingat! Dalam BN pun ada parti yang dikuasai golongan kafir di Sabah dan Sarawak, selain yang dominan di Semenanjung seperti MCA, Gerakan dan MIC.

Fahamilah, wahai pemimpn PAKATAN RAKYAT! Kami sedang bergelut dengan kos sara hidup yang sedang mencanak naik! Kami cuba dengan kudrat yang terhad ini untuk menentang GST yang memeras hidup kami. Jangan khayal dengan pangkat dan harta, lalu lupa kenapa kamu kami pilih untuk berada di Parlemen.

JIKA KEIKHLASAN ITU MENJADI ASAS PERJUANGAN MAKA BUKTIKANNYA MELALUI TINDAKAN KAMU!

NOTA AKHIR: 

Rasulullah (SAW) bersabda kepada Ibn Samurah: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah jangan engkau memohon sesuatu jawatan dalam kepemimpinan. Sesungguhnya jika diberikan jawatan itu dengan permintaan itu, maka engkau akan mengharunginya tanpa mendapat pertolongan. Tetapi jika engkau diberikan kepemimpinan tanpa meminta, maka engkau akan mendapat pertolongan dan dibantu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

JOM SOKONG HUDUD DAN KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT

Saturday, 3 May 2014

KERAJAAN BOLEH LANTIK TUKANG GANTUNG SAMPAI MATI, KENAPA TAK BOLEH LANTIK TUKANG POTONG TANGAN?

Mula-mula kita baca dulu penjelasan ringkas tetapi padat mengenai Hukum Hudud oleh Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil, Ulama Muda PAS.

HUDUD : BELUM LULUS LAGI, DAH BINCANG SIAPA TUKANG POTONG TANGAN

1. Bising di dada akhbar tempatan berbincang tentang "siapa nak potong tangan". Walhal perkara semudah ni tak perlu nak dipolemikkan. Bertambah pelik, ada juga "penulis penulis muda" (kononnya) yang menganggap hudud di Kelantan masih jauh kerana si pemotong tangan pun belum selesai dibincangkan. Walhal dia perlu faham bahawa kenyataan sedemikian sedikit pun tidak membantu memahamkan orang tentang hudud dan tidak juga membantu memenangkan Islam.

2. Hari ini kita memperjuangkan supaya hudud itu diluluskan sebagai salah satu undang undang negara. Kita belum lagi mulakan perbincangan tentang teknikel teknikel pelaksanaannya. Jangan disebabkan masalah teknikel, terus kita berhenti buat kerja. Contohnya rumah belum siap dibina, tapi dah mula berebut siapa nak duduk bilik ni, dan siapa nak duduk bilik tu. Disebabkan perebutan ini, akhirnya tak jadi bina rumah kerana dengan alasan yang tak masuk akal, iaitu belum dapat tentukan susunan bilik.

2. Setiap perbuatan ada undang undangnya. Solat ada undang undangnya seperti perlu berwudhu terlebih dahulu, perlu berniat dan sebagainya. Perkahwinan juga ada undang undangnya, seperti rukun kahwin dan sebagainya. Dalam jenayah juga ada undang undangnya. Mengapa dalam bab solat dan nikah kita menggunakan undang undang Islam, sedangkan dalam bab jenayah kita tak pula menggunakannya? Adakah kita fikir Islam hanya pada solat dan nikah sahaja?

3. Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

a. Qisas
b. Hudud
c. Diyat
d. Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :

a. Bunuh dengan sengaja
b. Melukakan dengan sengaja
c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

Hudud pula melibatkan 6 kes :

a. Murtad
b. Merompak
c. Minum arak
d. Berzina
e. Mencuri
f. Tuduh zina (qazaf)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :

a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.

Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.

4. Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan. Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

5. Hari ini kita berbicara tentang meluluskan hudud sebagai salah satu undang undang negara, bukan nak terus potong tangan orang keesokan harinya. Pada zaman Saidina Umar ketika zaman kemarau, hudud masih tergaris sebagai undang undang negara, tetapi hukuman potong tangan bagi pencuri tidak dilakukan kerana tidak cukup syarat pelaksanaannya. Bagi kes bunuh atau zina dan lain lain, kekal terlaksana seperti biasa apabila cukup syarat syaratnya.

6. Sekadar ini ringkasan pertama saya. Insya Allah berkenaan dengan kefahaman hudud akan disambung pada post akan datang. Semoga hudud dapat difahami dengan baik. WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

* Penulis adalah
Timbalan Ketua Lajnah Keahlian Ulamak Pelapis PAS Perak
Exco Dewan Pemuda PAS Perak
AJK Lajnah Tarbiah PAS Perak (SUMBER)

Ini pula kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia tentang persoalan siapa akan memotong tangan pesalah yang dihukum berdasarkan hukum hudud:

MENTERI YANG MEMPERTAHANKAN TANGAN PEROMPAK GANAS 

Betullah tu. Memang takde peruntukan pun. Tapi, untuk perlantikan tukang gantung sampai mati ada pulak ye? Apa jawatan dalam surat tawarannya?

Jawatan ditawarkan: Jurugantung
Gaji: Lumayan (Masa tiada orang yang digantung, makan gaji buta).
Jabatan: Kehakiman.

Di bawah ini pula petikan akhbar luar negara tentang hukuman mati di US:

DILAKUKAN OLEH PAKAR PERUBATAN: INI LEBIH ADIL?

Kita nak tahu juga, pendakwah yang dihukum mati di Memali pada tahun 1985 itu macam mana pulak?  Oh...tentu jawapannya: Mereka bukan pendakwah. Mereka pengganas.

Iyalah. Rakyat sendiri pengganas. Penceroboh bukan.

DAPATAN PERISIK YANG BERSISIK 

Opps! Yong menyimpang pada isu pengganas pulak dah...

Apapun, ini soal keadilan. Soal kemanusiaan. Soal kesejahteraan rakyat yang rindukan keamanan lestari. Soal the Government's efficiency. Kecekapan tadbir-urus negara. Relevan kan?

Macamlah hukum hudud itu cuma berkisar tentang potong tangan saja. 

Kalau Kementerian Kesihatan hendak menentang hukum potong tangan, Kementerian juga patut menentang kezaliman hukum gantung sampai mati dan hukum rotan yang kerajaan sedang amalkan. 

Untuk mengetahui bagaimana hukuman dijalankan di negara lain (adakah lebih humane?) baca seterusnya di sini, di sini dan di sini.

JOM SOKONG HUDUD DAN KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT