Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 29 January 2016

KALAU KERAP SANGAT TERSALAH NAIK BAS, BILA NAK SAMPAI?

Kawan baru balik kampung. Terkejut badak kawan ni apabila mendapati abang iparnya yang dulu turut mengibarkan bendera DAP semasa PRU13 tetiba mengeluarkan kenyataan yang buat dia pening.

Dulu adik-beradik dia rata-rata penyokong PAS.

(Berikut lebih kurang isi sembang demer)

K = Kawan; S: Abang ipar.

K: Dulu bukanke menyokong DAP?

S: Dulu ada tahaluf siyasi...

K: Ater, takkan dulu DAP bukan kominih, sekarang baru kominih?

S: Dulu kita masih beri sokongan, walaupun kominih sebab nak jatuhkan UMNO.

K: Sekarang, bukanke masih nak jatuhkan UMNO?

S: Tak boleh dah. Sekarang UMNO sokong hudud. Tak boleh boleh bagi Pakatan Harapan menang.

K: Kenapa tak boleh?

S: Sebab kalau menang Lim Guan Eng jadi PM, dan Kristian jadi agama rasmi. Mana boleh?

K: Sejak bila kominih jadi Kristian?

S: (Nada marah) Kamu ingat kamu sorang jer pandai berfesbuk. Akupun tahu juga buka fesbuk.


S: Kamu jangan pulak nak sokong parti Mat Sabu. Kamu tak dengor apa kata Presiden? Nak masuk neraka?

MUKTAMAR PAS KE-60 (SINAR)

Oleh kerana tidak mahu menyinggung perasaan abang iparnya, kawan Yong pun diam. Lagipun kakaknya janji nak masak gulai asam ikan patin dengan tempoyak.  Isterinya yang tak campur sembang duduk sebelah dah senyum semacam jer.

Balik dari rumah abang iparnya isterinya terus buka internet. Lepas buka Facebook, isterinya pun tunjuk satu kenyataan dari PMIP dan berkata:

"Kalau dah kerap sangat salah naik bas, bila nak sampai?"




Kalau pening baca kenyataan dari page PMIP itu di sini sila ke page rasmi http://www.parti-pas.org/surat-pembaca/7439-tppa-syabas-presiden-pas-berani-menentang-sikap-cahauvinis-dap

Nabi S.A.W bersabda:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi). Sumber: Dr. Asri

Siapakah 127 MP yang menyokong TPPA di Parlemen? Adakah mereka MP DAP dan Amanah?

SUKANYA DIA! TMI


Tuesday, 26 January 2016

KITAPUN BOLEH TANYA SOALAN YANG SAMA KEPADA ZAHARUDIN MUHAMMAD

Sebagai seorang rakyat Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, Yong terganggu dengan status Zaharudin Muhammad:

(FACEBOOK ZM)

Fikiran Zaharudin (oleh kerana dia kata dia sedang terfikir) langsung tidak mencerminkan pemikiran seorang yang memakai gelaran ustaz di hadapan namanya. Malahan ia mengundang fitnah terhadap umat Islam di Malaysia - seolah-olah umat Islam di Malaysia sentiasa di dalam ketakutan - bahawa satu masa nanti mereka akan dijajah oleh kaum Cina yang sekarang menjadi sahabat kita, rakan sekerja kita, jiran kita dan mungkin saudara kita.

Mungkin menantu Presiden PAS lupa kaum kerabat dia juga menguasai parti politik.

Ipar dia ni, anak Presiden PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

RINGANNYA MULUT MEMFITNAH (SINAR HARIAN)

Ini pula suami kepada ipar dia, juga menantu Presiden PAS. Ketua Pemuda PAS Perak.

SIAPAKAH "MEREKA" YANG DIMAKSUDKAN NYA? (FB)

Dan ini bapa mertua.



Sila semak sendiri apa jawatan anak-beranak ini di dalam parti tersebut di sini dan di sini.

Zaharudin ibarat "mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih."

Tidakkah ada isu kritikal yang patut dibangkitkan selain menyemai perasaan perkauman, kerana pemimpin DAP dua beranak yang disebut Zaharudin berbangsa Cina?

Bagaimana kalau pemimpin DAP kata:

"Saya terfikir jika PMIP memerintah Malaysia, adakah ia diperintah oleh sebuah parti atau sebenarnya oleh empat beranak?"

Marah?

Fitnah?

Baru pegang kepimpinan sebuah parti politik, tetapi sudah cakap ikut sedap mulut saja. Bayangkan bagaimana kalau memerintah sebuah negara?

Bagaimanakah mereka hendak mengamalkan tadbir-urus negara menerusi prinsip Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah sebagaimana Rasulullah S.A.W. kalau sikap mereka sentiasa negatif?

Adakah rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan mereka akan rasa selamat?

Monday, 25 January 2016

DR ASRI: SESIAPA YANG MENDAKWA KEMAKSUMAN SESEORANG SELEPAS RASULULLAH S.A.W MAKA DIA BERDUSTA

Hari ini Yong ingin berkongsi tulisan Dr Asri, buat peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi berubah:

16 mins · 

Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.

Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang politik hari ini apabila mereka bertelingkah. Enggan mengiktiraf sumbangan pihak lain hanya kerana perbezaan politik yang ada.

Demikian juga dalam kehidupan, ramai yang enggan mengiktiraf kebaikan pihak yang dibenci sekalipun nyata kebaikannya. Ini adalah sifat yang tidakmunsif atau kita sebut tidak insaf. Perkataan insaf di sini bukan seperti yang kita faham iaitu menyesal. Sebaliknya bermaksud sesuatu yang berada di tengah; tidak melampau dan tidak terkurang. Inilah arahan Allah kepada kita.

Dalam urusan jual beli, kita diharamkan mengurangkan hak orang lain, apatah lagi dalam urusan nilai dan harga diri orang lain yang lebih bermakna dari timbangan makanan dan barang, lebih utamalah untuk kita memastikan hak orang lain tidak dikurangkan. Firman Allah: (maksudnya):

“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Timbangan Amalan

Allah Tuhan Yang Maha Adil tidak menetap bahawa hanya orang tidak berdosa sahaja yang masuk syurga. Tidak juga menyatakan bahawa setiap yang ada dosa akan memasuki neraka. Sebaliknya al-Quran menyatakan bahawa seseorang ditimbang amalan baik dan buruknya. Maka, sesiapa yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya, maka dia berjaya. Begitulah sebaliknya; sesiapa yang amalan buruknya melebihi amalan baiknya, maka tempatnya neraka. Firman Allah (maksudnya):

“adapun orang yang berat timbangannya (amalan baik), maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sesiapa yang ringan timbangannya (amalan baik), maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalan engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).

Setelah Allah menetapkan demikian, bagaimana mungkinkah kita ingin memutus hanya insan yang tidak berdosa sahaja yang layak untuk diiktiraf sebagai insan yang baik?! Sebaliknya, insan yang baik itu ialah seseorang yang amalan baiknya melebihi amalan buruknya.

Semua Berdosa

Sabda Nabi s.a.w:

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah/ dihasankan oleh al-Albani).

Justeru, setiap kita tidak sunyi dari kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci dari dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri. Sementara orang yang buruk keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.

Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikap dirinya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali kepadaNya. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53).

Jahat Tak Menafikan Baik

Dalam diri insani boleh terkumpul dua unsur yang berlainan pada satu masa yang sama; kebaikan juga kejahatan. Apabila kita berbicara soal kejahatannya, janganlah sampai kita lupa unsur kebaikan yang ada sehingga kita memadamkan baiknya dan menghukumnya melebihi kadar yang patut. Hal ini pernah Rasulullah s.a.w bantah terhadap perkataan sesetengah sahabat yang melaknat seorang peminum arak dalam kalangan mereka. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

“Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari).

Walaupun dia minum arak, itu satu dosa yang besar, namun dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w tidak menafikan unsur cintakan Allah dan Rasul yang wujud dalam diri. Bahkan Nabi s.a.w mempertahankan kelebihannya itu. Kita lebih wajar demikian. Jangan kerana melihat sesuatu dosa, sekalipun besar, kita menafikan unsur kebaikan lain yang ada pada diri seseorang.

Diri Sendiri

Jika setiap kita merenung kepada dirinya sendiri secara insaf, dia akan tahu dia juga banyak kesalahan dan dosa. Jika tidak dosa zahir, dosa batin; niat dan jiwa yang buruk seperti hasad, buruk sangka, takabur, riyak dan lain-lain. Jika tidak dosa pada perbuatan, dosa pada perkataan seperti mengumpat, memfitnah, menuduh, menjadi ‘batu-api’ dan pelbagai lagi.

Dosa-dosa batin dan perkataan ini kadang kala jauh lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa peribadi seperti minum arak dan zina. Namun kita sering memandang ringan sedang ia besar. Firman Allah (maksudnya):

“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah an-Nur: 15).

Setiap kita juga ada rahsia keaiban yang tersendiri. Hanya kerana rahmat Allah masih tertutup keaiban itu. Kita berjalan dengan bangga di hadapan khalayak ramai serta merasakan diri suci. Sebenarnya, dalam banyak hal kita tidak suci, cumanya dosa kita tidak didedahkan kepada manusia. Kata al-Imam Ahmad dengan linangan airmata ketika dia dimuliakan: “Kami ini kesian. Jika tidak kerana tutupan Allah, nescaya akan terdedah aib kami”.Demikian tawaduknya imam yang agung itu.

Namun kita, lantaran merasakan diri suci, kita menghukum dan menilai dosa peribadi orang lain berlebihan sehingga seakan kita sunyi dari kesalahan. Dengan satu dosa sahaja, kita dedah dan hina seseorang dengan apa yang Allah sendiri tidak hina sedemikian rupa. Nabi s.a.w memberikan amaran:

“..jangan kamu mencari-cari keaiban orang muslim kerana sesiapa yang mencari keaiban orang muslim Allah akan mendapatkan keaibannya. Sesiapa yang Allah dapat keaibannya, maka didedahkan sekalipun dalam rumahnya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud/ disahihkan al-Albani)

Seimbang

Islam menyuruh kita adil dalam semua perkara termasuk dalam membuat penilaian terhadap seseorang. Adil terhadap setiap pihak walaupun pihak kita benci dan bermusuhan. Allah menyebut (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”. (Surah al-Maidah: 8).

Al-Imam Muhibb al-Din al-Khatib menyebut:

“Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah s.a.w maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu.

Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu”. (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m/s 47. Beirut: Dar al-Jail).


********************

Video berikut adalah contoh kebencian dan ketaksuban melampau yang GAGAL melihat sumbangan kumpulan lain:

Thursday, 21 January 2016

ALAHAI!! RUPANYA KENA KELENTONG KA...

Belum sempat tempoh bertenang habis, sudah ada yang u-turn.

SINAR HARIAN

Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid yang juga tokey syarikat security terbesar di Malaysia Securiforce, mengaku dia hanya dijemput hadir satu taklimat tertutup bersama kepimpinan. Dia takde kaitan dengan usaha menuntut Mukhriz letak jawatan MB. 

Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin pula terang-terang mendakwa PM 1Malaysia adalah dalang di sebalik usaha menyingkirkan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah. Bacalah kenyataannya di Malaysiakini

ALAHAI....!

Kalau usahawan hebat macam Datuk Maznah itu pun boleh kena kelentong si Ahmad Bashah, inikan pula ahli JKK Kampung Ulu Lubuk Mentimun! Itu belum lagi minah senget, mat rempit, lebai kelabu asap dan sebagainya...

Weh! Jangan salah faham. Yong bukan sokong Mukhriz. Jauh sekali menyokong Chedet. Depa ni kalau tak bergelumang dalam "tong taik" UMNO, tak jadi jutawan!

Bab tong taik ni ADUN PAS Kedah kena ingat baik-baik ya pesanan pemimpin PAS Pusat!

FACEBOOK IAS

Kalau kamu fikir dalam politik tiada kawan dan tiada musuh, kamu silap. Golongan yang bersekongkol dengan puak yang menzalimi rakyat marhein tetap musuh - tak kira walaupun kamu 50 kali pergi umrah, janggut sampai ke dada, jubah menyapu tanah dan serban sebesar raga ayam.

Yang turun naik kelab malam tak payah ceritalah.

Hidup mesti bijak. 

Wednesday, 20 January 2016

SIBUK NAK JATUHKAN NAJIB, TETIBA ANAK SENDIRI TOK-TOK KETUA NAK JATUHKAN

Nampaknya geng Pahlawan Bugis bangkit membalas serangan!

Tudia! Menteri yang buat program nikah kahwin di US dan Peranchis turut sama gerombolan yang mahu Mukhriz turun!

Ceritanya hangpa baca sendirilah di sini atau di mana-mana media.


Ini bukan cobaan beb!

Bukan juga pertama kali depa melawan Mukhriz. Tahun lepas depa lawan juga. Tapi tak berjaya menjatuhkan anak Chedet. Ada ceritanya di sini.

Adakah gerombolan ini "acting alone?" 

Tengok muka menteri penggemar sukan golf yang duduk sebelah tok ketua itu pun kita dah tahu jawapannya.

Kalau depa "acting on their own" maka kita boleh kata Zambery telah melantik dirinya sendiri menjadi MB Perak. 

Isy! Apesal melalut ke Perak pulak ni...

Hahaha...

Dulu Perak MBnya ahli PAS yang disokong si kafir komunis DAP dan PKR. Yang menjatuhkan MB PAS ialah UMNO dengan sokongan 2 orang ADUN PKR.

PAS marah betul.

Sekarang MB yang nak dijatuhkan ialah UMNO. Yang menjatuhkannya juga UMNO. 

Err...Adakah PAS tolong UMNO menjatuhkan MB UMNO?

Weh! Tak payahlah PAS nak memihak kepada pemberontak yang nak merampas kuasa ni. Ingat UMNO nak lantik PAS jadi MB ke? MB cara rampasan kuasa?

Jap...Jap...Sebelum sokong rampasan kuasa tu, elok le rujuk kitab dulu - ikut syarie ke tak ikut syarie?

Macam kes MB Selangor, kan?

Yang ini pulak penyokong Mukhriz.


Kita tunggu episod seterusnya.

*Nanti Yong cerita bab DAP komunis/Kristian pulak.

Tuesday, 19 January 2016

TERBAIK DARI SEKOLAH FACEBOOK BUAT KETUA PENERANGAN PAS

Facebook ini seperti sebuah sekolah. Di sekolah ada budak cerdik dan ada budak bodoh. Budak bodoh sudah tentu pemikirannya bodoh-bodoh belaka. Kadangkala dangkal sampai tahap fitnah. 


Hahahahaha!

Tentulah pemikiran si Facebooker di atas tak sampai ke tahap Facebooker berikut:

24 mins · 

Seperti ada rasa bangga pada diri Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Tantawi apabila beliau memutuskan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng dalam penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu terhadapnya.

Lebih-lebih lagi, beliau juga menyatakan keputusan tidak meminta maaf itu diputuskan setelah mengadakan sembahyang sunat dua rakaat untuk memohon petunjuk daripada Tuhan.

Dalam penyelesaian tidak meneruskan kes itu, Nasrudin setuju menarik balik sebahagian kandungan artikel berkaitan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwanya diberikan secara rundingan terus serta membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada Ketua Menteri itu.

Dalam kenyataan yang dibacanya di mahkamah sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini, Nasrudin menyebut,

"saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ianya tidak mempunyai asas."

Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz dalam reaksi spontannya berhubung penyelesaian luar mahkamah itu mengucapkan tahniah kepada Nasrudin kerana tidak memanjangkan kes dan juga sebab tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng.Kenapa Nasrudin berbangga tidak meminta maaf dan Nik Abduh pula memberi pujian mengenainya?

Bukankah meminta maaf suatu sifat terpuji dalam Islam?

Kalau bangga kerana tidak meminta maaf, tidakkah Nasrudin rasa terhina apabila terpaksa menarik balik tuduhan khusus yang didapati tiada asas terhadap Lim Guan Eng dan kemudian terpaksa pula membayar pampasan sebanyak RM10 ribu?

Kenapa hanya bangga tidak meminta maaf, tetapi tidak rasa apa-apa apabila terpaksa akur untuk menarik balik sebahagian tuduhan dan membayar sejumlah pampasan?

Bukankah menarik balik beserta membayar sejumlah wang lebih memalukan daripada meminta maaf?

Adakah pengakhiran kes tersebut membawa kesan segera yang positif?

Ini pula posting seorang Facebooker muda:

20 mins · 



Menurut Facebooker tersebut, ceramah di atas diadakan di gelanggang takraw Sg Acheh, P Pinang, pada malam 18 Jan 2016, berkenaan isu saman Nasrudin Hassan lawan Lim Guan Eng. 

Biar gambar berbicara.

Tak terkata apabila melihat sambutan bagi sebuah parti yang telah berusia lebih 60 tahun.

Pemimpin wajib menilai pemikiran mereka yang melayari facebook ini. Nilai dengan akal, bukan siku dan lutut. 

Walau bagaimanapun kamu bebas untuk percaya yang bodoh atau yang cerdik. 

Logiknya, kalau kamu percaya yang bodoh, maka kamu terus bodoh.

Kenyataan Lim Guan Eng: http://www.roketkini.com

Kenyataan Nasrudin: http://www.harakahdaily.net

Friday, 15 January 2016

SENGAJA SALAH TAFSIR HADIS UNTUK HALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI?

Ingat lagi Che Ibrahim Mohamed yang menang saman dengan Nik Amar tak berapa lama dulu? Yang tak tahu boleh baca kisahnya di Malaysiakini. Bagi yang tak tahu, Che Ibrahim Mohamed ini ustaz juga. Dulu dia kadi sebelum menjadi pengasas KIAS. 

Berikut catatan Facebooknya mengenai tindakan PAS terhadap ahlinya yang tidak walak kepada Presiden PAS:

TIGA HADIS YG SERING DIKESAN TELAH DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK PAS UNTUK MENGHALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI

1.Hadis 

من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم

(Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sebagai khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuh lah dia).

Hadis ini diletak oleh ulama hadis dalam bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dalam satu masa, maka perlantikan yang kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.

2. Hadis 

من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام

(Sesiapa yang keluar jamaah islam walaupun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam daripada tengkoknya.)

Hadis ini adalah merujuk kepada sesiapa yang keluar daripada jamaah umat islam dalam sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dengan menentang ajaran dan hukum islam yang sedang dilaksanakan dalam negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya

3. Hadis

من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية

(Sesiapa yang keluar dari jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliah)

Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yang tidak berada atau tunduk kepada sebuah kerajaan Islam, sekiranya dia mati, matinya seperti mati ummat di zaman jahiliah yang tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri2 seperti nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing2.

Pas tidak boleh dianggap sebagai "Jamaah Orang Islam" kerana:

1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila2 masa.

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang keluar daripada jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad guana?

4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar sahaja yang tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tak masuk Pas seperti dok dalam umno diharuskan?

Parti hanyalah alat kepada perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yang nak digunakan adalah tertakluk kepada maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kepada satu alat sahaja sepanjang masa.

Perjuangan menegakkan Islam diwajjbkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kepada maslahat dan kesesuaian semasa.

Che Ibrahim Mohamed
Naib Pengerusi 2
Amanah Kelantan

********************

Mustahil pemimpin PAS tak tahu tafsiran sebenar hadis-hadis tersebut. Kalau demer tak tahu, maknanya demer bukanlah "Ulama Pewaris Nabi." Kalau demer tahu tetapi sengaja membuat tafsiran yang salah, maknanya apa ya?

Berikut Yong sertakan petikan diciluk dari Greenboc:




Berikut pula kenyataan pemimpin PKR yang PAS hanya mahu bertahaluf di Selangor dan Kelantan tetapi dibelasah keliling:


Dan ini adalah contoh posting pemimpin PAS yang sengaja enggan menyebut nama Parti Amanah Negara dengan betul - siap disertai dengan fitnah Parti Amanah Negara "diremote oleh tangan2 yang kotor."

Beginikah akhlak seorang pemimpin Islam?


Siapa yang nak U-turn dari Amanah, silakan. Kitapun tak sior orang yang tiada pendirian.


Sunday, 10 January 2016

DEMO PALING MEMERANJATKAN DARIPADA PAS. HAHAHA!

Ini demo pembuka tirai 2016 daripada PAS.

Hebat tak?


Baca sendiri komen-komen Netizens dalam Facebook Presiden PAS

Mengangkat placard "Mana RM2.6 Bilion?" tak boleh dan diperlekeh.


Sebab apa tak boleh?

Sebab takde saksi syarie duit tu hilang entah kemana?

Sebab Presiden PAS bukan kepala pembantah?

Sebab PAS nak kerjasama dengan UMNO?

Lantok komer ler.

Yang penting buat 2 atau lebih kerja untuk menyambung nyawa.

Friday, 8 January 2016

SYUKUR! MASIH ADA TIDAK MENGIDAP ALZHEIMER!

Menurut blog ini (http://www.alz.org) Alzheimer adalah sejenis dementia yang menjadi penyebab masalah daya ingatan, pemikiran dan kelakuan. 

Alzheimer's is the most common form of dementia, a general term for memory loss and other intellectual abilities serious enough to interfere with daily life. Alzheimer's disease accounts for 60 to 80 percent of dementia cases. 

Alzheimer bukan hanya berlaku kepada orang tua. Tetapi boleh berlaku kepada individu yang berusia 40 - 50 tahun juga.

Menurut penyelidik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, pendedahan kepada debu bauksit boleh menyebabkan Alzheimer.


Antara yang menghadapi risiko lebih tinggi dijangkiti Alzheimer kemungkinannya pekerja lombong bauksit, pemandu lori bauksit, pekerja pelabuhan, peneroka yang tinggal di kawasan perlombongan bauksit dan penjawat awam yang bersangkutan dengan urusan perlombongan bauksit.

Walau bagaimanapun, ada yang menafikan pendapat penyelidik tersebut, kerana kononnya tiada bukti. Ada juga yang menafikan pantai Kuantan bertukar warna merah bukan kerana tumpahan bauksit.





Malahan ada yang kata ribuan ikan yang mati itupun perkara biasa saja. Ikan mati bukan kerana bauksit (Malaysiakini):


Seperti biasa juga, apabila sudah tidak dipercayai, kenyataan individu-individu tersebut dicemuh oleh netizens. Antaranya:



Walau bagaimanapun, dicelah-celah keributan dan kehakisan kepercayaan kepada penguatkuasa itu, sebuah Jabatan bertindak positive.


Tabik kepada Datuk Azam Baki, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM (Malaysia Gazette)

Semoga Datuk sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT. Amin!

Hendak kita semua takut kepada kemurkaan Allah, SWT yang telah memberi amaran melalui firmanNya:


Tuesday, 5 January 2016

KENYATAAN MEDIA PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN

Akhirnya termeterai perjanjian bersejarah antara tiga parti di dalam persepakatan yang bernama PAKATAN HARAPAN.

Semoga tiada lagi u-turn, perlanggaran perjanjian atau tuduhan perlanggaran perjanjian di antara ketiga parti yang terlibat. Tiada juga perbuatan ponteng atau tuduhan ponteng berlaku pada mesyuarat seterusnya.

Rakyat sudah penat mendengar janji; 
Muak dengan pembohongan; 
Benci dengan pembaziran; 
Marah dengan rasuah. 
Biarkan mereka bermain api.
Kita bekerja.

Tidak kira sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional, rakyat sentiasa memantau tingkah laku kalian sebagai pemimpin.

********************

MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN

PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN KE ARAH MEMBINA KESATUAN POLITIK YANG MAMPAN

Pertukaran kepimpinan kerajaan di negara ini telah menjadi satu keperluan mendesak. Tidak pernah sebelum ini rakyat dihukum dengan dasar-dasar kerajaan yang membebankan dalam keadaan prospek ekonomi yang murung seperti sekarang. Malaysia berada di persimpangan genting yang bakal menentukan halatujunya dalam tempoh 30 tahun akan datang. Oleh itu kelompongan kepimpinan yang jujur dan boleh dipercayai perlu diisi segera untuk memberi harapan kepada rakyat.

Mengambil iktibar itu, Pakatan Harapan akan mengadakan satu Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan buat julung-julung kalinya pada 9 Januari 2016 di Pusat Persidangan SACC, Shah Alam dari jam 9 pagi yang bakal menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Pakatan Harapan yang mengikat KEADILAN, DAP dan AMANAH di dalam sebuah kesatuan politik yang mampan.

Rundingan dan perbincangan untuk memuktamadkan Perjanjian Pakatan Harapan telah bermula sejak pertengahan Oktober 2015 sejurus selepas pelancaran Pakatan Harapan. Keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik di antara KEADILAN, DAP dan AMANAH melalui sebuah Perjanjian Pakatan Harapan ini lahir dari keinsafan kami bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan utuh yang padan dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan yang kami bawa selama ini.

Rakyat sedia maklum pandangan dan keputusan Pakatan Harapan dalam isu-isu besar negara. Perkara ini termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini (Kerangka Dasar Bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain) atau telah pun diterjemahkan oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Pun begitu, ada keperluan untuk menguatkan lagi kerjasama politik ini dengan membuktikan keikhlasan dan niat politik yang mengikat ketiga-tiga parti. Niat politik yang ikhlas ini menjadi asas kepada kepatuhan ketiga-tiga parti kepada prinsip yang dipersetujui di dalam dasar-dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini adalah sebahagian dari harapan rakyat yang perlu dikotakan oleh Pakatan Harapan.

Justeru, Perjanjian Pakatan Harapan yang akan ditandatangani pada 9 Januari 2016 akan memberi fokus kepada perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan di antara ketiga-tiga parti. Perjanjian Pakatan Harapan mengandungi tujuh (7) fasal utama mengenai pra-syarat tersebut iaitu:

i. Prinsip dan kaedah membuat keputusan

ii. Prinsip dan kaedah membina kesatuan politik di antara parti

iii. Prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian di antara parti

iv. Prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama

v. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihanraya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi

vi. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang

vii. Prinsip dan kaedah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari

Kami yakin pemeteraian Perjanjian Pakatan Harapan ini merupakan kemajuan besar yang melambangkan kematangan politik KEADILAN, DAP dan AMANAH yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini.

Di atas kekuatan kesatuan politik hasil dari Perjanjian Pakatan Harapan ini, kami akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar-dasar yang jitu dan radikal ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada masalah rakyat dan membina sebuah negara yang inklusif dan berdaya saing. Ini akan membentuk dokumen Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016.

5 Januari 2016

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
YAB LIM GUAN ENG
TUAN HAJI MOHAMAD SABU

Presiden KEADILAN
Setiausaha Agung DAP
Presiden AMANAH

********************

Musuh politik Pakatan Harapan tetap UMNO, BN dan sesiapa saja yang bersekongkol dengan parti tersebut.

Bagaimana dengan hubungan PKR-PAS? Lantak demer nak main kayu 3. 

Friday, 1 January 2016

NABI MEMANG CERDIK, YANG BODOH SIAPA ERK? (VIDEO HANGPA TAK BOLEH MISS)

Hangpa tengok sendiri video ni.


Hak yang ni tak zalim na? - Walaupun perlembagaan UMNO tu sekular gak?:

 

Kalau ikut statement mamat yang bongkak ni habis orang Islam di seluruh dunia yang bukan ahli PAS jadi kapiaq!