Kajian daripada Agensi Anti-Tembakau Perancis (OFT) mengesahkan bahawa bahan itu mengandungi karbon monoksida dengan sekali hembusan bersamaan 52 batang rokok!
Wow! Dahsyatnya penangan shisha!
Lepas pengumuman yang dinantikan kami yang cintakan kehidupan yang sihat ini apa tindakan pihak yang berkuasa?
![]() |
SUMBER |
Pengumuman ini membuka kembali ingatan Yong pada pengalaman…
Tahun lepas Yong makan malam di sebuah restoran di Shah Alam. Bersama-sama Yong ialah Bodyguard (masih teruna - anak angkat Yong), anak sedara yang mengandung dan dua anak kecilnya dan suaminya, Sham.
Ketika kami makan, datang sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan berpakaian kemas. Demer duduk tidak jauh dari kami. Tak lama lepas itu demer pun mula menghisap shisha.
Cis! Memang kurang ajar budak-budak ni.
Kami pun minta pelayan mengubah meja kami ke tempat lain yang jauh dari kumpulan bebudak ini.
Masa itu Yong tak tahu pemilik restoran ini rupanya lagi kurang ajar.
********************
Esoknya Bodyguard demam. Ingat mungkin malam tadi digigit nyamuk aedes, Yong cepat-cepat tepon Sham. Takut anak-anaknya pun sakit. Semua sihat, katanya. Alhamdulillah.
Bodyguard pun pergi ke klinik. Doktor kata takde tanda-tanda denggi. Lepas habis ubat, dia masih rasa tak sihat. Bukan itu saja, katanya dia nampak bayangan seorang perempuan berpakaian serba putih di biliknya. Dah baca macam-macam ayat Quran, bayangan perempuan tetap mengikutnya.
Bodyguard pun pergi ke klinik. Doktor kata takde tanda-tanda denggi. Lepas habis ubat, dia masih rasa tak sihat. Bukan itu saja, katanya dia nampak bayangan seorang perempuan berpakaian serba putih di biliknya. Dah baca macam-macam ayat Quran, bayangan perempuan tetap mengikutnya.
Ini sudah lain!
Yong bawa dia jumpa Pakcik Sifu Pekida.
Apa kata Pakcik Sifu Pekida?
Menurut Pakcik Sifu Pekida, restoran yang jual shisha tu ada Jin Pelaris. Jin betina restoran itu berkenan kat Bodyguard Yong yang hensem.
Rupanya bukan hanya jual shisha, restoren ini juga guna Jin Pelaris!
Memang kurang ajar!
Rupanya bukan hanya jual shisha, restoren ini juga guna Jin Pelaris!
Memang kurang ajar!
Yong minta halau jer Jin Pelaris ni pergi jauh…Mungkin balik ke Iran…atau mana-mana asalnya…
Lepas berubat Bodyguard Yong pun sihat sepenuhnya.
********************
Sejak itu Yong tak pergi lagi ke restoran itu. Lalu kawasan itupun tidak.
Tapi beberapa bulan yang lepas, kami melalui kawasan itu! Apa yang kami lihat restoran serba kurang ajar itu sudah tidak ada.
Bankrap?
Jin Pelaris sudah patah hati?
Entahlah….Mungkin kebetulan...