Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 31 March 2015

MAKCIK INI LAMA MEMBISU, TIBA-TIBA MELETUP


Entah di mana makcik ni hibernate. Hari ini meletup.

Mungkin ada yang kata dia meletup sebab dia orang Chedet. Sebagai orang Chedet yang menangis-nangis masa Chedet nak letak jawatan dulu, mesti sokong Chedet dan belasah Najib.

Tapi ada betulnya apa yang disebut oleh makcik Tan Sri ni.

Elak keliru, beri senarai barang dikecualikan GST, kata Rafidah

OLEH ANISAH SHUKRY

Published: 31 March 2015 6:58 AM 

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015. Putrajaya perlu menghentikan pendekatannya sekarang dalam mendidik orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya segera mengeluarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai dalam setiap akhbar harian di negara ini, kata Tan Sri Rafidah Aziz. 

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok. 

Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu. 

"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai. 

"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider. 

"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya terlalu teknikal. 

"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati." 

Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST. 

Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST. 

"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan. 

"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya. 

Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST. 

"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah? 

"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya. 

Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga. 

"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai. 

"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya. 

Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral. 

Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an". 

Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah. 

Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula. 

Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST. – 31 Mac, 2015.

- TMI

Yong tidaklah extreme dengan menganggap semua sistem percukaian itu menindas. Mana negara  nak top-up hasil pendapatannya kalau tiada cukai langsung?

Tetapi, melepaskan diri dengan menganggap cukai satu sedekah juga adalah sangat lucu. Orang miskin patut mendapat sedekah bukan memberi sedekah.

Walau bagaimanapun sistem percukaian termasuk GST harus dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira semua sudut "stakeholders" - peniaga dan pengguna. 

Buat propaganda memuji-muji (GST) hanya dianggap sebagai percubaan memperbodohkan rakyat dan sangat menjijikkan.

Maka kita berbaliklah kepada konsep ketelusan untuk tadbir-urus yang baik (transparency for good governance).  

Sebuah dasar yang bagus, jika dilaksanakan dalam keadaan "kelabu asap" maka hasilnya akan jadi "kelabu asap" juga.


Sunday, 29 March 2015

JAWAPAN PALING TAK MASUK AKAL DARI PRESIDEN PAS

TAK TAHU ATAU TAK MAHU TAHU? 

Ketika seluruh negara heboh Mat Sabu di tahan, PAS Wilayah Persekutuan sedang mengadakan konvensyen. Ramai "ulama" PAS turun ke Gombak, termasuk Haji Hadi, Presiden PAS.

Tetapi dia "tidak tahu" timbalannya telah ditahan polis dan dibawa dari Pulau Pinang ke IPD Dang Wangi sebelum dibebaskan pada jam 11.30, 28 Mac, 2015, setelah ditahan hampir 23 jam.

Berita penahanan Mat Sabu juga dimuatkan dalam Astro Awani, Berita Harian dan Tranungkita.net selain portal berita online seperti TMI, Malaysiakini juga Facebook dan Blogs milik aktivis.

Tetapi Presiden PAS kata dia "tidak tahu."

Presiden PAS mungkin tidak kesempatan membaca berita-berita tersebut. Atau mungkin kurang sihat. Tetapi dia dikelilingi oleh penasihat-penasihat, anak-menantu yang sihat wal-afiat, dan penyokong-penyokong yang 24 jam sembang dalam Facebook, Whatsapps, etc.

Sesungguhnya jawapan Haji Hadi itu langsung tak masuk akal.

Mana boleh Presiden parti tidak tahu Timbalan Presiden telah ditangkap? 

Timbalan Presiden itu bukan ditangkap penyamun ketika sedang mencari minyak (untuk dapatkan dana membantu mangsa bah kuning Kelantan) di Mongolia.

Amat memalukan sekiranya Presiden PAS itu benar-benar tidak tahu (bukan tidak mahu tahu) timbalannya telah ditangkap.

Kalau Presiden PAS benar-benar tidak tahu, maknanya berita penangkapan Mat Sabu sengaja digelapkan dari pengetahuan Presiden PAS. 

Tapi apa tujuannya?

Sekarang siapakah yang memalukan Presiden PAS?

Kalau sampai beginipun pemimpin PAS masih tak sedar betapa buruknya akhlak orang yang berada di keliling Presiden, Yong tak tahu nak cakap apa dah.

Semua gara-gara berebut jawatan.

Jauh sangat ke IPD Dang Wangi dari Gombak?


Saturday, 28 March 2015

JANGAN MAKAN DULU SEBELUM MENONTON VIDEO INI (PT 2)



Sekarang sakitnya di telinga,
Bila besok sakitnya di hati;
Barang mula naik harga,
Biar busuk jangan dibeli.

Pasaraya gila-gila buat promosi,
Kononnya diskaun kepada ahli;
Jika ada sedikit ruang rumah disisi,
Tanam sendiri sayuran serba-serbi.

Bertani bagus untuk bina keluarga,
Bimbing diri dan anak-anak berdikari;
Gadget2 kena GST abaikan saja,
Tak perlu keluar rumah untuk minum kopi.


Buat pelakon yang gembira berlagu-lagu
Kononnya kongsi "kemajuan" bersama GST 
Anak di rumah menangis dahaga susu 
Kerana ibu-bapa nak beli tak cukup gaji,

Orang kaya naik kereta mewah atau jet baru,
Orang miskin tanggunglah dengan GST;
Kalau tadi makan sebelum dengar lagu,
Boleh keluar balik semua isi.




Friday, 27 March 2015

JANGAN MAKAN DULU SEBELUM MENONTON VIDEO INI

Apa yang mengkomer perlu tahu sebelum makan:



Mat Jester lagi berangan,
Hendak bagai tapi pokai;
GST bagi penangan,
Nampak pandai tapi bingai.

Lawak-lawak suka,
Lawak molek-molek;
gelak-gelak juga,
Gelak sebelum tergolek.

Sauk dekat Berala,
Jalan berbukit-bukit;
Lauk atas meja,
Makan sikit-sikit.

Thursday, 26 March 2015

SINAR SALAH PILIH AHLI PANEL DALAM FORUM "APA DI SEBALIK 1MDB?" (VIDEO MESTI TENGOK)

Yang belum tengok video ini sila tonton sekarang. Tonton dan nilaikan sendiri siapa yang cerdik, siapa yang emosi tak tentu hala?


Apabila peguam dan jurutera nak cakap pasal pengurusan kewangan dan perakaunan. Jadilah macam politik kedai kopi.

Yong amat setuju dengan saranan salah seorang pendengar forum ini yang meminta Sinar sepatutnya cari ahli panel yang setaraf Rafizi untuk bincang isu besar seperti 1MDB ini.

Jika Rafizi diajak berforum tentang undang-undang atau satelit GPS, tentu Rafizi tidak layak dan dia wajib menolaknya. Kalau dia datang juga, mungkin memalukan diri sendiri.

Tapi dalam forum tersebut, itulah yang berlaku.

Takkan dalam UMNO tiada orang yang pakar, usia sebaya Rafizi yang boleh berbincang dengan fakta tentang pengurusan kewangan dan perakaunan. Khairul Azwan Harun, Naib Ketua pemuda UMNO itu lebih baik sebab dia pun"tokoh" korporat muda dan pernah bekerja sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Mengapa? Adakah dia dilupakan atau takut debat?

Di kalangan ahli akademik, pastinya ada beratus-ratus scholars pakar pelaburan, pengurusan kewangan dan perakaunan yang boleh bercakap dengan fokus kepada impak pelaburan 1MDB terhadap ekonomi negara, tanpa bersikap partisan. 

Mungkin ramai ahli akademik yang takut muncul berdebat. Maklumlah, kalau mengkritik, kena senarai hitam, payah naik pangkat.

Oleh kerana itu, jika forum menjadi serangan peribadi Khairul Anwar Rahmat terhadap Rafizi; ini salah Sinar dalam memilih kualiti ahli panel yang patut berdebat dengan Rafizi.

Tak salah orang yang tidak pakar dalam ekonomi, pengurusan kewangan, pelaburan, maupun perakuanan nak cakap tentang 1MDB. Ustaz dan ulama pun boleh cakap. Pakcik dan makcik kat kampung pun bercakap juga. Tapi bercakap ikut standard maklumat yang dimiliki sajalah. Bukan standard orang yang ada ilmu pengurusan kewangan dan perakaunan serta berkemampuan mencerakin, menghurai masalah dan mencari penyelesaian.

Cuba baca body language (bahasa badan) berikut:

WAJAH AHLI PANEL PENYOKONG 1MDB BILA RAFIZI KATA MALAYSIA AKAN BANKRAP JIKA MASALAH 1MDB TIDAK DISELESAIKAN.

WAJAH PENYOKONG RAFIZI APABILA RAFIZI MEMBIDAS PENYOKONG 1MDB

Sila pergi ke link berikut dan baca sendiri berapa banyak "pujian" dari pengkomen terhadap Khairul Anwar Rahmat.


Apapun, tahniah Sinar Harian kerana berani mengadakan forum yang mengulas isu-isu utama negara.




Wednesday, 25 March 2015

AHLI DAP TAK PANDAI SOLAT HAJAT

Jika kita tidak dapat menghalang 13 OTZ itu dari dipenjarakan, sekurang-kurangnya kita dapat membantu waris meneruskan kehidupan.

SYABBAS DAP (TMI

Jangan ada yang kata, "Elah, duit DAP itu entah dari dari mana."

Oooi! Tengok tajuk berita tu. Wakil Rakyat DAP ambik duit itu dari gaji demer. Sebab kalau derma dari poket, mungkin akan ada yang kata "duit haram."

Memang wakil rakyat DAP Perak tu tak tahu solat hajat. Doa laknat lagi demer tak tahu.

Gambar berikut ada kaitannya dengan posting terdahulu: Awak Kat Mana?

SOLAT HAJAT BUAT TSKI


Sunday, 22 March 2015

TIPAH TERTIPU, RUPANYA GST TIDAK MULA 1 APRIL.

Sakit hati tak kalau kena tipu?

Tentu sakit hati. Tak kira kena tipu 5 sen, atau 5 juta sen. Tipu tetap tipu.

PENANGAN AWAL GST

Pong-pang pong-pang menteri menjaja cerita:

BERANI DENDA SYARIKAT BESAR? 

TURUN KAT MANE?

Ada syarikat besar kesah?

Kelmarin Yong mengintai sushi. Dah lama tak makan. Pekerja beritahu GST dah masuk. Yong kata GST masuk 1 April 2015, kata pak menteri. Dia kata GST dah masuk sebenarnya. Harga barang dah naik. Sushi yang dulu RM1.00 satu jadi RM1.05. Yang RM1.50 jadi RM1.55.

"Naik 5 sen saja. Puan fahamkan? Ini GST." Kata pekerja itu, mengulangi apa yang disebutnya tadi.

"Patutlah ada promosi di sana sini." Balas Yong.

Maka bilangan sushi yang dibelipun berkurangan sebanyak 20%.

Mungkin ada yang kata, perut Melayu, makanlah nasi lemak!

Apa? Nasi lemak?

Beberapa hari sudah abang beli nasi lemak di tempat selalu. Harga tak naik. Berikut "keajaiban" yang berlaku:

Nasi tak berapa lemak.  
Ikan bilis goreng dari 5 ekor tinggal 3 ekor, liat.
Timun dari sekeping tinggal separuh keping.
Telur masih separuh (saiz tak pasti).
Kacang goreng tak nampakpun.
Kuah sambal tinggal 50% dari amaun asal.

Terima kasih kepada 47% rakyat Malaysia yang mengundi BN. Terima kasih juga kepada pensabotaj dan sleepers yang berjaya menafikan kemenangan beberapa pemimpin tertinggi PR untuk ke Parlimen.

Teruskan usaha mengkomer sehingga PRI14 dan seterusnya.

Oh yer, kalau pergi umrah tu jangan lupa solat taubat di Masjidil Haram.

Rujukan:




Friday, 20 March 2015

AWAK KAT MANE?

Kini hanya tinggal kenangan sedih di saat wira-wira reformasi yang tidak didendangkan itu dibawa pergi.

BERAT MANA MATA MEMANDANG

SAYU DI WAJAH TERSAYANG

MEREKA DIDAPATI BERSALAH

WALAUPUN MEREKA BUKAN PERASUAH ATAU PENYAMUN

Yang sedang dikurung seramai 13 orang. 
  1. Bad Latif Mansor, 48; 
  2. Suhana Abdullah, 50; 
  3. Mohd Faiz Mohd Arshad, 27; 
  4. Zulhaizam Zulkifli, 30; 
  5. Isha Riduan Ishak, 60; 
  6. Adi Hilmee Mohd Nasir, 45; 
  7. Mohamad Nazeer Hameed, 49; 
  8. Khairul Azmi Hassan Basri, 49; 
  9. Mohd Hasri Ismail, 49; 
  10. Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48; 
  11. Idris Mohd Thaib, 49; 
  12. Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan 
  13. Yusoff Jaafar, 49.
Mereka didapati bersalah mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tetapi apakah sebenarnya kesalahan yang telah mereka lakukan?

KALAU BEGINI TAK SALAH?

Tapi macam ada yang tak kena. 

Kemana perginya seorang lagi?

Mana pergi orang ini?

PADA HARI ITU AWAK KAT MANA?

Video lagu ini tiada kaitan dengan Nor Azli Musa. 








Thursday, 19 March 2015

HUSAM DITOLAK AKAR-UMBI, CERAMAHNYA DI DUN CHEMPAKA N21 LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN! (GAMBAR)

Biar gambar berbicara







Gambar kiriman rakan.

Hahaha...ini mesti gambar edit.

Jangan meroyan! Ini penangan awal "MB swasta" jer...

Tuesday, 17 March 2015

APA MAKNANYA KALAU TIADA KAWASAN MENCALONKAN NIK AMAR BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Yong kata Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi menyatakan kesediaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS sebab tidak mahu mengalah kepada Nik Amar (Baca di sini)

Maknanya ia “signal” kepada Nik Amar supaya jangan menentangnya.

Muktamar ke59 yang diadakan pada tahun 2013 dia sudah mengalah. Tahun ini takkan nak mengalah lagi. 

Tak patut.

Tapi Yong silap!

Rupanya Nik Amar langsung tak kisah “signal” dari Tuan Ibrahim itu. Diapun nak juga bertanding tempat nombor 2 parti tersebut. Dia tidak bisik-bisik kepada penyokongnya supaya mencalonkan namanya. Tapi dia bising beritahu 1Malaysia mengenai hasratnya.

ISYARAT NIK AMAR BUAT PENYOKONGNYA

Baguslah berterus terang begitu.

Biar meriah pemilihan pucuk kepimpinan PAS kali ini.

Tiga orang bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS.
  1. Mohamad Sabu
  2. Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. Mohd Amar Abdullah.
Tetapi bagaimana kalau tiada pencalonan untuk Nik Amar?

Apakah maknanya?

Kawasan tak walak kepada Nik Amar?

Kalau tak walak, maknanya kawasan tak terima undang-undang Hudud yang Nik Amar sedang jadi jaguhnya?

Tolonglah, calonkan Nik Amar untuk Timbalan Presiden PAS.

Sunday, 15 March 2015

PILIH PEMIMPIN BERAKHLAK MULIA: PM 1MALAYSIA (EDISI KHAS 18SX)

Umum mengetahui Shafee, Timbalan Pendakwa Raya menjaja cerita kononnya begini:

 SUMBER MALAYSIA DIGEST

Kemudian setelah disemak, didapati episod cubit puting itu tidak ada:

SUMBER MALAYSIAKINI

Kalau tiada, dari mana Shafee dapat idea itu untuk penyedap cerita dia?

GAMBAR APA DI DINDING ITU?

Tiba-tiba muncul sekeping gambar di alam siber. Gambar seperti di dalam bilik mesyuarat. Hiasan dindingnya - NAUZUBILLAHIMINZALIK! 

Hiasan tempat perbincangan itu cukup jelas menggambarkan kecenderongan gerombolan ini.

Kalau orang Islam yang berakhlak mulia (bermoral), tidak mungkin dia sanggup mengadakan mesyuarat/perbincangan di bilik seperti itu.

Teringat pula Yong akan kata-kata hikmat PM 1Malaysia tak berapa lama dulu: 

NAJIB BUAT LAWOK (UTUSAN)

Khabar angin bertiup kencang kononnya Shafee tengah mengenden nak jadi Peguam Negara. 

Err....Bukankah Peguam Negara itu termasuk dalam kategori pemimpin?

Nak bergabung dengan PAS? Bodohlah pemimpin PAS kalau nak bergabung dengan parti yang ada manusia begini paparan akhlaknya.

Tak apalah. Pergilah bercuti lagi...

TAKPE, GST KAN ADA, NEGARA MASIH AMAN!




Saturday, 14 March 2015

FACEBOOKER MENGAKU PENYOKONG ULAMA MENAMBAH AYAT AL-QURAN, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA? (UPDATE)

نعوذ با لله من ذلك

Inikah akhlak orang yang katanya sedang mempertahankan kepimpinan ulamak?

Malam tadi seorang kawan menghantar Whatsapp kepada Yong. Kandungan Whatsapp itu membuat Yong menggeletar seluruh badan. 

Bukan. Whatsapp itu bukan ugutan kepada Yong. tetapi ia lebih dahsyat dari itu. Whatsapp itu mengandungi satu printscreen seperti berikut:

POSTING MENGUBAH SURAH AL-MAIDAH

Facebooker yang memakai nama Komander Abu Suffian (dipercayai akaun facebook palsu), telah menurunkan ayat tersebut bahasa Melayu. Kononnya ayat itu terjemahan dari surah Al-Maidah ayat 138 dan 139.

Pakcik Wiki pun tahu Surah Al-Maidah hanya ada 120 ayat.

Kenyataan tersebut bukan kesalahan typo. Tetapi jelas disengajakan untuk menakut-nakutken kumpulan yang mahu presiden PAS diganti.

Benarkah dia penyokong Kepimpinan Ulamak? Atau hanya seorang daripada ribuan "sleepers" yang bertaburan di dalam PAS untuk mengkucar-kacirkan parti itu?

Yong mohon kepada pemimpim-pemimpin PAS, khususnya Ahli Majlis Syura Ulama dan ustaz-ustaz yang sedang berebut jawatan, supaya membuat kenyataan rasmi menjauhkan diri dari gerombolan ini - gerombolan yang memakai topeng lebai, dengan profil wajah lebai atau tokoh ulama.

Tolonglah, demi terus memartabatkan Islam. Jauhkan diri kamu dari mereka.

Yong mohon kepada Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyiasat pemilik akaun facebook ini. 

Yong juga memohon kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), kalau betul kamu berJASA, sila siasat pemilik akaun ini. Perbuatannya jelas boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Carian di Internet mendapati posting itu masih ada. Ini alamat akaun dia:

https://www.facebook.com/abu.suffianibrahim?fref=nf&pnref=story

PROFIL SEPERTI LEBAI

Yong menggeletar seluruh badan kerana amat takut kepada bala Allah. Bala yang akan menimpa umat Islam di Malaysia kerana buruknya akhlak orang yang mengaku pendukung ulama.

Jika para ulama membisu dan membutakan mata-hati terhadap perkara serius ini, apakah bezanya dengan mereka yang mempermainkan ayat-ayat Allah (SWT)?

UPDATE

Setelah dikutuk di dalam media sosial akhirnya mamat itu mengaku dia tersilap memetik ayat Al-Quran. Apa yang dia ingin paparkan ialah surah An-Nisa (138 dan 139):

SURAH AN-NISA (138 & 139)

Anggaplah ia satu peringatan dari Allah SWT agar kita tidak begitu pantas menggelar orang lain munafik.



Friday, 13 March 2015

KALI INI TUAN IBRAHIM TIDAK MAHU MENGALAH KEPADA NIK AMAR?

Tuan Ibrahim menolak untuk dicalonkan sebagai Presiden PAS. Sebabnya dia tak mahu menentang Haji Hadi. Dia berharap Haji Hadi tidak ditentang oleh sesiapa. Lagi baik kalau pegang jawatan Presiden seumur hidup.

Hari ini heboh berita Tuan Ibrahim menawarkan diri untuk dicalonkan bertanding Timbalan Presiden.

Awal betul Tuan Ibrahim menawarkan dirinya.

Media pencacai terus kata Tuan Ibrahim akan melawan Mat Sabu. 

Pandai-pandai jer buat cerita.

Belum ada kawasan yang mencalonkan Mat Sabu, weh! Macam mana kata nak lawan Mat Sabu? 

TUAN IBRAHIM NAK LAWAN SIAPA? (MALAYSIAKINI)

Komer semua silap. 

Sebenarnya Tuan Ibrahim buat kenyataan awal menawarkan diri kerana nak sekat Nik Amar dari dicalonkan!

Kalau Nik Amar buka mulut dulu, akan serba salah Tuan Ibrahim. Cakap salah, tak cakap salah. Macam mana erk? 

Dalam Pemilihan di Muktamar ke59, Tuan Ibrahim telah memberi laluan kepada Nik Amar walaupun dia dikhabarkan mendapat pencalonan paling banyak.

Kali ini takkan nak mengalah lagi kot?

Jadi, dia tiada pilihan selain mewar-warkan tawarannya awal lagi. Itu signal penting darinya untuk kawasan-kawasan.

Kalau ada kawasan yang masih mencalonkan Nik Amar, nampak sangat tak wala' kepada Tuan Ibrahim. Ini kerana Tuan Ibrahim lebih tinggi kedudukannya dalam hieraki PAS berbanding dengan Nik Amar yang memegang jawatan kerana lantikan.

Jangan pertikai kewalakan kumpulan lain yang akan mencalonkan mungkin Mat Sabu atau Husam Musa atau Khalid Samad atau Nizar Jamaluddin atau Hatta Ramli untuk bertanding menentang Tuan Ibrahim. Ini kerana kumpulan yang akan mencalonkan pemimpin-pemimpin tersebut bukan golongan yang tertelan pil wala yang ugut nak humban orang ke neraka bila dikritik.

Tetapi kalau Nik Amar masih nak mencuba, apa salahnya.

Nik Amar pun nama dalam senarai juga.

Errr...senarai siapa?:

PELIK TAK?

Heran betul perangai syaitan yang dikenali ni (istilah Chedet).

PAS yang nak buat pemilihan, demer pulak yang sibuk.

Tak faham sudah. 

Sekian.





LISTEN! LISTEN! LISTEN! DUET APA YANG PEMIMPIN UMNO NYANYI DENGAN PEMIMPIN PAS? (VIDEO)

To be fair, watch and listen.  
Listen well. 
Lepas itu buat penilaian dengan adil.

 

Tuesday, 10 March 2015

MH370: LAPORAN MEMBERSIHKAN NAMA KAPTEN ZAHARIE AHMAD SHAH (VIDEO)

Nama baik Kapten Zaharie telah cuba dicemarkan setelah MH370 hilang dari angkasa. Tetapi laporan yang dikeluarkan baru-baru ini jelas menunjukkan sebaliknya.

Sila lihat video ini:



Berdasarkan penganalisian psikologi terhadap keadaan mentalnya, tiada tanda-tanda perubahan pada kelakuan Kapten Zaharie sebelum tragedi berkenaan. Keseluruhan kelakuannya, termasuk menangani  stress kerja adalah "baik."

Dengan terbitnya lapoan itu segala tuduhan kononnya Kapten Zaharie membunuh diri dan membunuh semua penumpang serta anak kapalnya adalah fitnah semata-mata. Diharap mereka yang giat memfitnah itu meminta maaf kepada keluarga Kapten Zaharie.

...Bersambung...





Monday, 9 March 2015

"ORANG YANG BERKOKOK ITU BUAT APA?" SUBKY LATIF

Hari ini Yong nak rehatkan minda.

Anwar sanggup mati di penjara kerana peribadi?
Posted on Monday, March 09 @ 05:00:00 MYT Oleh Subky Latif 

SAYA tidak rapat dengan Dato’ Seri Anwar ibrahim sejak dia mencebur diri dalam politik. Sebelumnya saya memang mendekatinya.Semasa dia jadi menteri, ada dua/tiga kali terserempak dengannya. Selepas bebas penjara dua–tiga kali juga bertemunya sekalipun dia mengetuai pakatan yang parti saya PAS menjadi sekutunya.

Saya terharu dia dipenjara lagi dan saya bangga dia sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara bagi membebaskan negara dan rakyat dari belenggu penindasan dan cengkaman kezaliman sejak merdeka.

Jika dia dikatakan berjuang untuk jadi perdana menteri, sedikit saja betulnya.

Tetapi jika dikata dia hendak jadi perdana menteri, ia adalah betul. Tetapi mengapa untuk jadi perdana menteri sanggup dipenjara dan sedia mati di penjara sedang harapan jadi perdana menteri belum tentu jadi?

Lalu ada yang mengata tinggalkanlah dia jadi laksana haiwan raksasa yang dikatakan wujud zaman purba justeru perjuangannya demi peribadi saja, bagi yang bersamanya hanya memikul liabiliti. Dari masa ke semasa seteru politik akan menubi kelemahan yang dipaksa ke atasnya.

Jika dia hendak jadi Perdana Menteri biarkan dialah justeru perlembagaan membenarkan setiap rakyat yang lahir di Malaysia berhak bercita-cita untuk menjadi Peerdana Menteri dan perlembagaan juga tidak melarang setiap laki-laki ingin kahwin dengan Siti Nurhaliza sekalipun yang dapat mengahwininya hanya seorang saja.

Saya mahu bersama Anwar bukan sekadar hendak menjadikan perdana menteri saja tetapi dia mampu mengembleng tenaga dan pengaruh bagi meruntuhkan belenggu kezaliman dan penindasan golongan lintah darat sejak merdeka.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Muhammad Noor, Umno sudah jadi kurafat dan ia perlu diruntuhkan. Saya termakan dengan mantiknya, justeru kurafat boleh membelenggu kepercayaan rakyat dan selagi ia tidak dirunuhkan, maka sekalian terus menerus dibelenggu kurafat itu.

Kerana Umno yang menindas itu tidak dapat diruntuhkan, bukan saja sekalian jadi pencarum kurafat, maka banyaklah keroskan berlaku di alam kita, pada politik, ekonomi, sosial, akhlak, akidah dan lain-lain. Jika dibenarkan mustakbirin ini berterusan, maka tiada jaminan masa depan negara dan generasi terkemudian.

Banyak yang sudah kita laku dan korbankan bagi menghalang semua keruntuhan, tetapi belumlah banyak yang dapat dibuat, bahkan belum nampak kezaliman dan penindasan itu dapat dicegah.

Harapan meruntuhkan monopoli mustakbirin khurafat BN ini hampir dapat dilakukan dengan kita dapat bersama Anwar Ibrahim. Anwar sendiri pun tidak dapat buat apa-apa. Kita saja pun belum dapat buat apa-apa juga, tetapi dengan kita bersama Anwar tembok besi Putrajaya itu sudah digoncang.

Ia sekadar belum diroboh tetapi sudah pernah digegar.

Hanya nasib belum memihak kepada perubahan. Kita telah saksikan, sekalipun Anwar itu dikatakan tampil dengan agenda peribadi, tetapi kita sendiri rasakan, tembok yang tidak dapat ditembusi lebih 50 tahun itu telah retak di sana sini dengan paduan tenaga bersamanya sekalipun dia ada mimpi lain.

Saya boleh terima anwar masuk Umno dulu kerana hendak jadi perdana menteri. Dia hampir berjaya.

Jika ia semata-mata agenda peribadinya, dia setangga saja lagi, jika sanggup menangguk kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad atas semua yang dimahunya seperti yang Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak buat, dia sudah dapat agenda peribadinya itu. Tetapi dia dibuang ketika dia adalah pengerusi jawatankuasa kabinet antipenyelewengan.

Kerana dia mengutamakan membersih penyelewengan semua orang yang bersamanya, maka mereka buang dia dulu sebelum dia buang mereka.

Dan jika agenda peribadi jadi keutamaannya, dia tahu kesaktian Umno, bukanlah mudah untuk dileburkan.

Hanya melalui Umno saja kuasa dapat dicapai, itu jua fikiran khurafat, dia tidak cari jalan untuk masuk semula Umno seperti yang banyak orang sangka. Dia tubuh parti dan terus bersama pembangkang. Dia tahu selama lebih 50 tahun pembangkang tidak dapat tumbangkan kerajaan.

Mengapa dia mahu kekal bersama pembangkang bagi melakukan perubahan?

Kita tahu Anwar ditawarkan jawatan besar dalam agensi PBB sebaik lulus universiti.

Dia tolak gaji empat angka dolar Amerika tetapi buka Yayasan Anda bergaji kecil. Perjuangan peribadi jarang menolak tawaran lumayan.

Orang balik Mesir, Jordan dan Madinah tak tolak jawatan mufti dan penasihat agama perdana menteri, tetapi Anwar plih kerja yang bergaji kecil.

Banyak yang tempelak Anwar utamakan diri dan peribadi, tetapi dia buat kerja yang memungkinkannya hidup di pejara lebih lama dari duduk dalam kabinet. Orang yang berkokok itu buat apa?

Sedarkah tentang rasuah menjadi-jadi dan penyelewengan merata-rata, tapi lebih senang terima jawatan bergaji besar sedang rakyat menderita dan ditindas?

Saya sedar politik Anwar hari ini tidak sama dengan politiknya sebelum masuk politik itu. Pandangan Islam sudah berbeza. Tidak nampak ada persamaannya dengan apa yang PAS mahu dulu dan akan datang.

Tetapi kita mesti faham bahawa suasana selepas 50 tahun lebih negara dibawah politik zalim dan penindasan, tidak semua yang hesdak bua ketika PAS diubuhkan dulu dapat dibuat.

Banyak yang tidak dapat dibina di samping ada banyak lagi yanag dapat dibuat.

Kehadiran Anwar dalam Pakatan Rakyat memberi harapan boleh menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaanyang kita sertai bersama Anwar nanti.

Walaupun kerajaan yang Anwar pimpin itu tidak dapat memberi semua apa yang PAS mahu, tetapi yang pertama, kita sama-sasma boleh runtuhkan mustakbirin. Sekalipun Anwar tidak penuhi semua yang PAS mahu, tetapi dia tentu tidak teruskan penindasan dan kezaliman seperti yang kerajaan m u s s t a k b irin buat sekarang.

Perjanjian kita dengan Anwar bukanlah ditentukan hingga kiamat. Sekali pun kita bercadang untuk bersama selama mungkin, tetapi kita boleh kaji dari masa ke semasa.

Kita boleh bersama selagi kita mahu dan selagi Anwar mahu. Jika Anwar jadi perdana menteri, belum tentu dia terima hudud yang PAS mahu.

Dia mungkin terima dam mungkin tawakuf, tetapi pada peringkat awal kerajaan itu akan bekerja siang malam bagi membasmikan penyelewengan, membendung dan maenghukum gejala rasuah, menegakkan keadilan dan paling utama memastikan negara tidak muflis seperti Greece dan lain-lain.

Dan jika Anwar pula masa itu buat pula macam yang Umno, suatu yang malaikat simpangkan dengan izin Allah, maka kita berfikir pula pada ketika itu. Yang penting kurafat Umno sudah dibersihkan.

Kiranya Umno ada lagi masa itu, ia tentunya Umno lain. Kita akan hadapi pula mana-mana pihak yang jadi macam UMNO lagi.

Maka pada saya, ajaiblah kalau Anwar itu utamakan peribadi dan perjuangan ummah dengan sanggup duduk lama dan berkali-kali dalam penjara, berpisah dari muda hingga tua dengan isteri, anak- anak dan cucu.

Orang yang utamakan peribadi tidak sanggup tinggalkan cucu dan dalam usia yang warga emas itu, sanggup bermalam sendirian semasa sakit dan demam.

Mana orang penting diri sanggup mati dalam penjara. Saya tidak sanggup. Maka saya tidak boleh perkecilkan orang yang sanggup seperti Anwar. Saya bangga dengannya, jika tiada lagi yang mahu kepadanya, biarlah saya seorang yang mahu dan ingat kepadanya. Pengorbanannya uuk membebaskan negara dari penyelewengan dan penindasan akan dikenang selama-lamanya.

detikdaily.net

*******************

Yong petik tulisan Subky Latif kerana Yong sedar tidak mungkin Yong mampu menulis sepertinya. Lebih-lebih lagi untuk membuat ulasan tentang perjuangan seorang yang telah lama berdepan dengan sepak terajang UMNO dan BN dalam politik dan segala kebejatan mereka.

Juga tidak mungkin Yong mampu berjuang seperti Anwar Ibrahim.

Tulisan dari Subky Latif, seorang wartawan terkenal dan berpengalaman dengan nada penuh humility amat menyentuh hati. Jadi, cukuplah dengan mengabadikan tulisannya dalam Blog ini. Melalui usaha kecil ini Yong berharap dapat membawa pencerahan kepada pengunjung-pengunjung.

Tetapi tidakkah ada yang tertanya-tanya: Siapakah orang yang berkokok itu?

Yong beri clue:

SUMBER FB NASRUDIN HASSAN


Dalam Vellfire tak ada cerminkah?




Sunday, 8 March 2015

VIDEO ASAL BANNER "UNDUR ROSMAH" (TANPA EDIT MAKHLUK PEROSAK)

Kalau dalam The Malaysian Insider itu ada makhluk perosak, portal berita itu kena buang makhluk itu sebelum ia melakukan banyak lagi kerosakan.



Gambar edit dan komen Yong boleh diakses di sini.

Tak mengapa kalau Tuan Ibrahim Tuan Man tak mahu sokong himpunan #KITA LAWAN. Yang penting kita tahu keadilan itu hak rakyat yang perlu diperjuangkan. Ia tidak datang dengan berkompromi dengan puak yang menyebabkan ketidak-adilan. Jauh sekali bergabung dengan puak yang selama berpuluh tahun menzalimi rakyat jelata.

Himpunan itu suram, kata pemberita. Mungkin pemberita ini ada takrifnya sendiri mengenai perkata "suram" itu yang berbeza dengan pengetahuan umum.

Saturday, 7 March 2015

DALAM HIMPUNAN #KITA LAWAN YANG TAKDE SAMBUTAN ITUPUN ADA YANG KHIANAT

Confirm! Hinpunan #KITA LAWAN takkan ada yang datang. Itulah kata orang yang tak faham makna keadilan.

Hari ini kata Sinar Harian:


APA? 250 ORANG SAHAJA?


BIAR BETUL?

Bahasa omputih, orang tak faham. Lagipun Malaysiakini selalu pro-pembangkang. Jadi kita tengok apa kata akhbar yang bebas pula. Yong ciluk gambar dari The Malay Mail:


Biar gambar berbicara.


Jadi, benarkah penganjur akan terkedek-kedek dengan dua-tiga kerat peserta saja?

Dalam keadaan takde sambutan itu ada yang buat dajjal.

PERHATIKAN FONT UNTUK "HADI" YANG BERBEZA DENGAN FONT BANNER

Yong tak percaya ahli PAS buat kerja dajjal macam ini. Kerana kalau Yong percaya maka terpaksalah juga Yong percaya dengan Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin yang kata dalam PAS ada ramai Syaitan.

SINAR HARIAN

FIKIR-FIKIRLAH.