SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Thursday, 6 September 2012

INI BARU HARAMJADAH PT2


Serang dan gaduh hari-hari masuk dalam berita, 
Masjid pun tiada sekelumit hormat mereka,
Gangster berkeliaran, pakai jenama terkenal pun ada,
Bantu ketua laksana strategi bagaimana nak kekal kuasa.

Tokeh ikan bakar entah apa jasanya,
Ada gelaran bunyi macam hebat sahaja,
Nak belasah orang sambut merdeka, kononnya,
Tapi kelibat dicari tidak kelihatan jua.

BERSIH yang kotor, itu kata media mereka,
Kerana yang bersih tulin hanya BN belaka,
BN "bersih" poket rakyat di tengah bulan sudah tiada apa,
BN "bersih" periok belanga tiada apa untuk dimasak di dalamnya.

Janji ditepati jadi slogan hari merdeka,
Semuanya hanya retorik untuk penyedap telinga,
Tapi hampas kerana initi sudah kena kebas semua,

Inilah terjadi bila projek menjadi kroni punya.


PROJEK ALI-BABA

Bina LRT bagi pada syarikat yang pandai jaga ayor rupanya, 
Tak reti buat lantik sub-kontraktor macam projek ali-baba sahaja,
Projek juta-juta nyawa rakyat jadi taruhannya,
Inilah dia rakyat "didahulukan" lagaknya.

Saham Felda terus merudum entah di mana hujungnya,
Peneroka menangis nak korek duit bayar hutang dari mana?
Senyap-senyap harga minyak naik untuk menambah seksa,
Pemimpin terus gelak berpesta sambut harijadi dan hari raya.

Ketua tersohor kata pilih saja syaitan yang rupa macam manusia,

Kerana syaitan mereka kenali, bukan malaikat dalam rukun iman kita,
Rakyat marhein disuruh berjuang selamatkan mereka,
Biar Islam kalah asal BN terus berkuasa.

Ayuh! kita kuburkan parti syaitan yang suka berpura-pura,
Yang tipu Melayu dan gadai harta pusaka,
Rakyat jangan terus diperlembu selama-lamanya,
Ini negara kita, warisan kita.

Ayuh! kita tolak pemimpin yang berjanji dibibir sahaja,
Sedangkan dalam hati hanya tahu mengira laba,
Bukti sudah nampak, rakyat nak tunggu apa?

Jangan biar mereka terus merembat harta negara.

Ayuh! kita tolak pemimpin yang rakus buat kerja yang syaitan suka,
Arak, judi, porno perosak bangsa,
Kembali ke jalan kebenaran Allah yang Maha Esa,
Kita bergerak ke hadapan tinggalkan syaitan selamanya!

Wednesday, 5 September 2012

SYAITAN BERMAHARAJALELA, ADAKAH MELAYU MASIH MAHU TERUS DIPERLEMBUKAN?

APA MAKNA KERIS DIJUNJUNG, JIKA SYAITAN TERUS DISANJUNG

Hari ini Yong baca berita yang amat menyakitkan hati. Tapi macam mana sakit hati Yong tentu sakit hati peneroka lebih teruk lagi. Ini kerana yang bocor adalah kocek mereka. Yang tergadai adalah maruah mereka!

Saham Felda diberitakan jatuh lagi. Bukan itu saja. Saham Genting pula masuk. Demikian menurut Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Baca N3 di sini. Bukankah Genting itu syarikat mainan syaitan? Bagaimana ia boleh masuk dan berkongsi dengan kehidupan peneroka yang majoriti beragama Islam?

Sampai hati PM 1Malaysia! Selepas mengharamjadahkan peneroka, dia menyebabkan peneroka merana dengan hutang keliling pinggang!

Masih ada selera untuk gelak sakan?

SAHAM FELDA JATUH, DEMER GELAK SAKAN!

Sampai hati PM 1Malaysia, selepas buat janji kemakmuran, saham Felda terus merudum.

INI JANJI APA?

Hari-hari masih menyanyi memuji diri.
Hari-hari masih delusi janji ditepati. 

JOM UBAH!

Tuesday, 4 September 2012

UiTM PATUT SAMAN SINAR HARIAN YANG PEMBOHONG!

Inilah standard kewartawanan di Malaysia. Demi hendak menaikkan kredibiliti ahli akademik yang memberi kenyataan, Sinar Harian sanggup berbohong! 

Yong merujuk kepada article Sinar Harian yang memaparkan kenyataan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Lihat bahagian yang dalam kotak biru.


Yong tidak mempersoalkan kepakaran Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Yong sendiri bukan pakar sejarah. Yong takkan komen apa-apa tentang bendera Sang Saka Malaya. Tetapi, Yong musykil, apa motif Sinar Harian menyebut Datuk Profesor Dr Ramlah Adam ini berjawatan Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM? 

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam telah tidak disambung kontraknya di UiTM pada bulan Jun 2012. Beliau juga tidak memegang jawatan dekan fakulti berkenaan sejak Januari 2011. Sekarang dah September 2012! Sama ada wartawan Sinar Harian ini pemalas, atau sengaja berbuat demikian supaya sumber yang didapatinya nampak hebat! 

Yong percaya Datuk Profesor Dr Ramlah Adam tidak akan menyamar sebagai dekan fakulti! Ini kes Sinar Harian berbohong kepada pembacanya!

Sinar Harian wajar menuntut maaf pada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM kerana kesalahan fakta ini. 

Apa kata Naib Canselor Dato' Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar? 

Monday, 3 September 2012

ANWAR IBRAHIM KENA TAHU INI: ANTARA DUA DARJAT VERSI AMENO DUN SUNGAI MANIK

Berapa lamakah penduduk Tali Air 6, Kampong Belt, yang terletak di DUN Sungai Manik menunggu untuk mendapat titi dan jalan tar selebar 8 kaki bagi menghubungkan rumah mereka ke jalan raya?

1 tahun? 10 tahun? 20 tahun?

JAWAPAN YANG BETUL: 20 TAHUN!

JALAN LUAR BANDAR

TITI KONKRIT

Jalan tar dan titi ini dibina di sekitar tahun 2008!

Janji di tepati?

HAHAHA!

Sebenarnya jalan tar luar bandar telah dibina kira-kira 20 tahun dahulu (jika dikira dari tahun 2008), bagi menghubungkan Kampung Belt ke jalan raya. Jalan itu melalui rumah Ketua Kampung ameno, tetapi putus beberapa kilometer sebelum sampai ke rumah Ketua Muslimat Pasir Salak (sekarang Timbalan Ketua Muslimat) Puan Asiah Mohd Salleh. Maknanya jalan luar bandar selebar 8 kaki yang dibina lewat tahun 80an ini hanya siap setelah memakan masa selama 2 dekad! 

Kenapa pembinaan jalan terhenti sebelum melalui hadapan rumah muslimat PAS ini? Nak tahu jawapan, kena tanya wakil rakyat ameno Sungai Manik!

Hanya setelah Pakatan Rakyat mendapat mandat mentadbir Perak pada masa yang singkat, penduduk mendapat jalan tar tersebut. Penduduk mendakwa mereka dinafikan jalan tar tersebut kerana adanya penyokong PAS tinggal di situ.

Itulah kezaliman BN!

Jadi, adakah keterlaluan kalau Yong menolak parti yang mengamalkan diskriminasi politik yang zalim ini?

Kerana mereka ditindas oleh amneo, penyokong PAS Sungai Manik mahu calon PAS bertanding di Sungai Manik. 

PKR Jangan marah Yong. Jalan luar bandar yang sengaja dibina sekerat untuk menyakitkan hati penyokong PAS itu dibuat masa Anwar Ibrahim masih dalam ameno. Pemimpin PKR yang ingin bertanding di Sungai Manik, dulu orang kuat ameno. Nampak tak kaitannya?

Yong hanya menyatakan hasrat dan isi hati grassroot PAS Sungai Manik.

Sunday, 2 September 2012

TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM KERANA MENGEMBALIKAN SUNGAI MANIK KEPADA PAS

Yong rujuk berita dari sisibukit disini dan kenyataan DSAI di Kota Bharu bahawa agihan kerusi Pakatan Rakyat selesai. Jika benar, bermakna kerusi DUN Sungai Manik telah dikembalikan kepada PAS untuk bertanding. Menurut sumber dalaman kawasan Pasir Salak, DUN Sungai Manik dipinjamkan kepada PKR pada PRU12 kerana Dr Muhaimin Sulam melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Sekarang Dr Muhaimin telah kembali ke tanah air.

Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendengar suara pejuang PAS Sungai Manik. 

PAS Sungai Manik telah bekerja keras mendekati pengundi Sungai Manik melalui berbagai-bagai program, khususnya anjuran Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Manik (HalWa). Oleh kerana itu sebagai menghargai usaha HalWa Sungai Manik, Yong dedikasi halaman ini untuk mempromosi aktiviti mereka. 

HalWa adalah jentera PAS yang terdiri dari aktivis Muslimat yang prakarsa. Gambar dan maklumat program dikirim oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi Muslimat Pasir Salak yang hanya mahu dikenali dengan panggilan mesra "Bad" (gambar).


PENGERUSI LAJNAH EKONOMI MUSLIMAT PASIR SALAK

Pada 6 Ogos 2012, bersamaan 17 Ramadhan 1433, Halwa telah melaksanakan satu program yang mereka namakan PROGRAM NUZUL QURAN & SUMBANGAN RAMADAN di DEWAN TUAN GURU HAJI RAIS, CHENDERONG BALAI, PERAK.

Menariknya program dilaksanakan khas untuk memberi sumbangan kepada 200 penduduk miskin di sekitar Sungai Manik. Menurut Bad dana untuk program itu disumbang oleh individu-individu yang prihatin kepada perjuangan parti dan hasil jualan barangan dalam program terdahulu. Program telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Dr Muhaimin Sulam. Pengisian ilmu disampaikan melalui ceramah Nuzul Quran oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Musthafa Shaari.

Berikut ialah gambar-gambar yang dikirim oleh HalWa:

DR MUHAIMIN SULAM, CALON PAS UNTUK DUN SUNGAI MANIK NAMPAK SANTAI TETAPI SERIUS

USTAZ MUSTHAFA SEDANG MEMBERI CERAMAH

SEBAHAGIAN DARIPADA PENDUDUK (PENERIMA SUMBANGAN) HADIR DENGAN PAKAIAN TERBAIK MEREKA 

TEMPAT DUDUK TIDAK CUKUP. AJK DUDUK DI ATAS LANTAI SAHAJA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

SEBAHAGIAN DARIPADA PENERIMA LELAKI. RAMAI WARGA EMAS

SETIAP PENERIMA MENDAPAT SEKAMPIT BERAS YANG DIANGKUT DENGAN LORI. PERKHIDMATAN LORI DISUMBANG OLEH AHLI PAS

SETIAP BUNGKUSAN MENGANDUNGI GULA, GARAM KICAP, SUSU DAN LAIN-LAIN BARANGAN "COMSUMABLE" YANG TIADA TANDA LOGO PARTI. HILUX INI JUGA MILIK AHLI PAS.

AJK SEDANG BERBINCANG MENGENAI PROGRAM. BERTUDUNG HITAM IALAH PUAN ASIAH MOHD SALLEH, TIMBALAN KETUA MUSLIMAT PASIR SALAK. TIDAK MENGAPA WALAUPUN DEWAN BELUM ADA DINDING.

KETUA MUSLIMAT PASIR SALAK PUAN JAMALIAH SUDIN MENYANTUNI ARMALAH PUAN SAIYAH

AJK KAWASAN PUAN AINUL MADIAH MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERAS KEPADA WARGA EMAS PAK YUSUF.

Sungai Manik ialah kubu kuat UMNO. Kajian UMNO mendapati Sungai Manik adalah kawasan putih. Maknanya Sungai Manik akan kekal dipegang oleh BN. Kajian ini berdasarkan kepada maklumat bahawa PKR akan bertanding bagi DUN tersebut. Umum mengetahui ranting PKR tidak wujud di Sungai Manik. Kalau ada mungkin ahlinya orang halimunan, kerana tidak kelihatan! 

Jika calon PAS bertanding di DUN Sungai Manik, senario yang memihak kepada BN ini mungkin berubah. Ini kerana Dr Muhaimin Sulam ialah anak tempatan yang dikenali di kawasan berkenaan. Aktivis PAS Sungai manik juga telah bersedia dan beriltizam untuk membantu PAS memenangi DUN Sungai Manik.

Komen Yong: PAS memang layak diberi peluang bertanding di DUN Sungai Manik.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR


Saturday, 1 September 2012

BERAPA RAMAI YANG JADI GELANDANGAN GARA-GARA DIPAKSA HADIR DI BUKIT JALIL?

Berapa ramai yang tidak dapat pulang dengan selamat setelah dipaksa hadir di Bukil Jalil untuk menyambut kemerdekaan bersama PM dan Rais Yatim? Adakah mereka yang terpaksa bergelandangan ini masih terpesona dengan retorik PM 1Malaysia tentang betapa stabil, aman dan makmurnya Malaysia selama 55 tahun di bawah pemerintahan parti syaitan?

CONTOH GELANDANGAN - GAMBAR HIASAN

Inilah aduan seorang anak muda yang tidak dapat pulang ke rumah selepas program selesai. Anak muda ini menjadi gelandangan jam 2 pagi. Tiada kenderaan. Tiada tempat bermalam. Akhirnya dia terpaksa tidur mengerekot kesejukan di masjid kerana merasa malu-alah nak bangunkan kawan untuk datang menjemputnya! Esoknya, dengan pakaian yang lusuh dan busuk, barulah dia dapat pulang ke rumah sewanya di Shah Alam. 

Menyesal! Itu saja yang dapat diluahkan oleh anak muda atas pagar ini!

Kita tahu ada yang tidak solat Jumaat kerana bertugas di Bukit Jalil. Tapi tahukah kita beberapa ramai yang terkandas dan terpaksa menjadikan masjid tempat tidur kerana tiada kenderaan untuk pulang? Inilah dia amalan "maqasid syariah" PM 1Malaysia! Penjawat awam dipaksa hadir mendengar jerit pekik PM yang menyuruh rakyatnya "wasatiyyah" sambil bermegah-megah untuk mencatat rekod twitter yang "bohong" belaka. PM yang kononnya mengamalkan "maqasid syariah" yang entah apa maknanya kerana tiada inti Islam di dalamnya.

Ketika menteri-menteri dan VVIP sudah selamat sampai ke rumah dan berehat, ada rakyat jelata yang masih di Bukit Jalil berebut naik keretapi dan ada yang menjadi geladangan kerana tiada perkhidmatan kenderaan awam untuk pulang! Semuanya tanpa rela kerana pemergian ke Bukit Jalil pun atas dasar dipaksa!

Sambutan kemerdekaan paling hampeh tetapi penuh kemegahan dan riak dalam sejarah Malaysia berlaku di zaman ekonomi merudum!

Inilah hakikat kehidupan antara dua darjat di Malaysia yang stabil, aman dan makmur!

APA AKU HERAN WALAU 100,000 PERGI KE BUKIT JALIL MENYAMBUT KEMERDEKAAN DENGAN PM?

SIAPA NAK PERCAYA JANJI INI?

Semalam seorang sedara (kaitan kerana perkahwinan) bertandang ke rumah pagi-pagi buta. Heran jugak Yong, apekehe budak ni? Bukan rumahnya dekat dengan rumah Yong. Ropernya budak ni sedang melarikan diri dari dipaksa hadir program "Janji Ditepati!" Yong tanya, tidakkah dia takut kena marah? Atau kena tindakan? Dia jawab dengan selamba: "Nak marah, marah ler." Dia tak takut hukuman, juga tak heran duit dan imbuhan!

Sebab itu Yong pun tak heran kot ada 100,000 yang hadir di Bukit Jalil. Sikitpun Yong tak heran. Nak hadir, tak hadir, komer punya hak. Ini negara demokrasi! Oops! Apa pula cerita bas kena belasah dalam negara demokrasi ni? Heran! Heran apabila membuka blog dan membaca berita ini:

BAS PUN DEMER GERAM DAN BANTAI

Macam mana bas pun kena belasah? Bukankah piem dah janji terus kekal kestabilan, kemakmuran dan kedaulatan negara? Ini bukan Yong cakap. Ini tercatat dalam Berita Hairan demer.

Apa erti janji kestabilan dan keamanan jika bas yang tidak boleh berkata-kata pun demer hentam?

BOLEHKAH ADA KESTABILAN KALAU TIADA KEADILAN?

Bab janji kemakmuran pula lagi menghairankan. Langsung tak masuk akal! Harga getah turun. Kononnya sebab permintaan kurang. Saham Felda turun. Sebab apa pulak? Harga minyak naik kenapa pulak?

SIAPA YANG MAKMUR? SIAPA YANG MAMAI? (SUMBER GB)

Siapa yang aman makmur? Peneroka? Penoreh getah? Pemilik Beg Birkin? Bakal menantu dari Kazakhstan? Pengusaha NFC dan anak-pinaknya? Pengerusi Felda? APCO? PATI?

Siapa nak hormat kita, berniaga dengan kita, atau beli getah dan kelapa sawit kita kalau demokrasi yang kita sendiri cipta pun pemimpin kita tak reti menghormatinya?

 ADA OTAK FIKIR!