Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 30 October 2011

PANDAI TAPI BINGAI

Motosikal ni tak ada kaitan dengan cerita dibawah ini.

Orang pandai tak semestinya cerdik. Lebih ramai lagi yang pandai tetapi tidak bijak. Ini cerita pensyarah Yong (Mr R) tentang rakan sekuliah dia yang dah jadi jurutera di Ireland. Kawannya sangat pandai kerja2 praktikal yang berkait dengan kejuruteraan mekanikal. Bila dapat gaji si jurutera beli motorsikal. Bukan main seronok dia bawa jalan sana sini. Pada satu pagi motorsikal tak mahu start. Puas dia cuba beberapa kali tapi motorsikal macam dah mogok. Dia pun fikir, mesti motorsikal ni ada masalah. Mula2 dia check minyak - ada. Dia buka injin, check - ok. Dia start semula motorsikal. Tapi tak hidup jugak. Setelah penat mencuba dia telefon Mr R. Lebih kurang begini perbualan mereka (dalam bahasa omputih):

Jurutera: Bro. Motor aku tak boleh start ni, macam mana?
Mr R: Engko dah check minyak?
Jurutera: La...Takkan aku bangang sangat. Minyak penuh.
Mr R: Engko dah check spark plug?
Jurutera: Dah.
Mr R: Ada engko usik dia tak?
Jurutera: Usik apa lak. Ia elok je duduk dalam lubang dia.
Mr R: Engko keluarkan dia dari lubang tu dan bersihkan dia. Lepas tu masukkan balik. Kemudian  start. Nanti hidup le motor kau tu..
Jurutera: Ohh... gitu ke?
Mr R: (dalam hati) Bingai jugak kawan aku ni.

Kat Malaysia jurutera tentu penin sebab kapal selam Malaysia yang terlampau mahal tu tak boleh menyelam. Audit Malaysia pulak kata harga kereta perisai pun terlampau mahal jugak. Boleh bergerak tak kereta perisai ni? 

Yong cuma harap jurutera yang kerja kat Kementerian Pertahanan Malaysia tak bingai.

Saturday 29 October 2011

RAKYAT TUNISIA TOLAK POLITIK RASUAH

Tahniah buat rakyat Tunisia kerana berani berubah. Kemenangan rakyat Tunisia akan dijadikan contoh bahawa perjuangan mengalahkan kezaliman akan berjaya. Tahniah kepada pejuang keadilan Tunisia. Semoga Allah sentiasa melindungi anda semua.

Usia tua. Tapi otak dan sikap tidak nyanyuk dan tidak kuno. Takde masalah celup jari kat dakwat. Pakcik, makcik dan golongan electiophobia, dakwat hitam tak gigit jari pun. Hahaha. Lagi berita kat sini dan gambar ade kat sini

Wednesday 26 October 2011

RAKYAT KERJA YB DI MANA?- SIRI2

Sementara rakyat tengah heboh memperkatakan ketirisan perbelanjaan kerajaan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara   tetiba rakyat dikejutkan dengan berita seorang YB "naik pangkat." Rakyat tengah tertanya2, siapakah harus menanggung kerugian akibat harga barangan yang melambung secara tidak munasabah dibeli oleh agensi kerajaan; Tetapi gerombolan yang diketuai YB yang jadi katak sebuk bermesyuarat untuk melantik asisten katak. Lantak demer le nak lantik siapa pun, tetapi suka Yong tanya itukah keroje YB?


Jemputan kumpulan ini pun orang yang "hebat" belaka. Yong cuba tanya pakcik Google apakah objektif kumpulan ni? Pakcik Wiki jawab:
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia or Perkasa is a non-governmental Malay Supremacy[1] organization that was formed by Ibrahim Ali in the aftermath of the Malaysian general elections in 2008. The major objectives for establishing Perkasa, according to Ibrahim Ali, are the "protectors of Article 153 of the Constitution of Malaysia" and to defend the rights of Bumiputera from being eroded by certain quarters.[2] Perkasa is said to be fighting and defending the rights of the Malays which they feel are being challenged by non-Malays in Malaysia.
Dalam gambor Yong  cilok kat sini  Yong nampak ada anak Abdullah. Heran sungguh. Bila pulak anak Abdullah tu jadi Melayu? YB-YB. Buat keroje bior betoi. YB-YB makan gaji dari duit cukai hasil rakyat yang menanggung kos sara hidup yang tinggi.YB kot buat keroje tak betoi, duit elaun tu rakyat tak halalkan weh!

TIDAK RELA JADI ALAT PENCACAI

Baru-baru ni timbul cerita Anya Ann Corke, 21 tahun, juara catur wanita dunia yang gambarnya digunakan untuk memfitnah anak VVIP Pulau Pinang. Blog ini menceritakan cerita porno anak VVIP tersebut.

Anya Ann Corke yang comel (gambar di bawah) telah menafikan beliau mengenali keluarga VVIP tersebut. Malang sungguh Anya Ann Corke. Gambar beliau dijadikan modal politik porno golongan tertentu.


Sebelum ini pernah tersebar gambar ahli parlimen wanita PKR dalam keadaan tak senonoh. Katanya gambar itu diambil oleh teman lelakinya. Teman yang mengkhianatinya. Kedua mereka menjadi mangsa dalam keadaan yang berbeza.

Di sini Yong mohon pada semua perempuan di Malaysia. Tak kira apa pegangan politik dan ideologi anda. Kita harus tegas dan sering melindungi antara satu sam lain. Bertindak bijak membuat pilihan. Janganlah biarkan diri anda menjadi alat permainan politik golongan yang rakus. Jangan berkompromi walau sedikitpun sehingga kesudahannya anda menjadi mangsa.

Bagi kaum lelaki pula, bukankah anda sepatutnya melindungi kaum wanita dan bukan menganiaya mereka?

Tuesday 25 October 2011

MELAYU YANG MUDAH LUPA?

Mengapa orang Melayu hanya menjadi pemerhati bisu melihat apa yang berlaku kepada Kampung Baru? Lupakah anda di sinilah bermulanya tentangan terhadap idea Malayan Union British (walaupun ade mangkuk yang percaya Tanah Melayu tidak pernah dijajah)? Lupakah anda Kampung Baru adalah satu-satunya benteng pertama dan terakhir orang Melayu bandar? Apa ertinya Tanah Melayu kalau orang Melayu tidak ada tanah di tengah ibu negara Tanah Melayu yang sekarang kita telah kongsi dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia?
Apakah yang sedang ditunggu oleh orang Melayu?
Keajaiban?
Inilah keajaiban yang berlaku:
Kg Baru: Gelojohnya kerajaan gadai tanah orang Melayu
Zulhazmi Shariff
Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) baru sahaja diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2011 yang lepas. RUU PPKB 2011 ini perlu melalui proses perundangan biasa iaitu perlu dibahaskan di Dewan Negara yang akan bersidang sesudah Dewan Rakyat selesai bersidang pada Disember 2011 nanti. Apabila dibahaskan di Dewan Negara dan jika diluluskan, RUU PPKB 2011 tersebut perlu dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan Baginda. Setelah diperkenankan Ke Bawah Duli Tuanku, maka barulah Kerajaan boleh mewartakan penguatkuasaan RUU PPKB 2011 menjadi Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.
Demikianlah prosedur sesuatu Rang Undang-Undang menjadi Akta yang akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang. Selagi tidak diluluskan dan tidak diwartakan, sesuatu Akta tidak mempunyai apa-apa kuasa penguatkuasaan. MALANGnya Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) nampaknya tidak mempedulikan semua prosedur ini lantaran kegelojohan mereka ingin menjarah tanah Kampong Bharu milik orang-orang Melayu yang dijamin oleh Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 (Malay Agricultural Settlement Enactment 1950).
Pada 19 Oktober 2011, KWPKB telah mengadakan suatu perjumpaan tertutup di antara KWPKB dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya mempunyai kepentingan di Kampong Bharu dan juga Lembaga Pentadbir Kampong Bharu (Lembaga MAS) serta Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) yang terlibat secara langsung dalam pembangunan Kampong Bharu. Perjumpaan tertutup tersebut diadakan di Aras 7 Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada sidang media selepas perjumpaan tersebut, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan bangganya memaklumkan bahawa KWPKB akan menubuhkan suatu pasukan interim dengan peruntukkan geran sebanyak RM15 juta bagi memulakan kerja-kerja awal pembangunan Kampong Bharu. Beliau dilaporkan berkata “Justeru tak kan kita nak tunggu selesai baru nak bangunkan kawasan itu”.
Nak tahu kisah, baca di sini dan di sini
Mana NGO-NGO Melayu yang hebat itu?
Mana pejuang-pejuang ketuanan Melayu yang unggul itu?
Mana sejarahwan Melayu yang bijak pandai itu?
Mengapa bila tiba hal Kampung Baru semua bagai disumpah Sang Kelembai?

Monday 24 October 2011

PANTANG LARANG DALAM HIDUP YONG

Yong ada satu pantang yang tak boleh ampun. Yong amat benci orang yang suka tidur semula selepas solat subuh, atau tidur sehingga miss solat subuh. Lainle kot orang tu demam atau dah amat tua.  Boleh le maaf. Kucing, ikan dan terapin Yong bela semua bangun pagi. Tak payah Yong riuh rendah bangunkan demer. 

Tadi Yong melayari alam cyber, Yong jumpa N3 dari blog 26 Melayu di Raja. Ini sudah best. Yob, Yong minta izin petik  sebahagiannya macam kat bawah ni:

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). 

Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).”
(Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Seterusnya baca di sini.  

Orang yang perangei gini lebih kurang macam sampah tepi pagar ni. Nak recycle pun tak boleh.



Saturday 22 October 2011

ADA MACAM-MACAM GILA 2

Yong menyokong Prof Aziz Bari atas 6 faktor:
  1. Yong juga seorang pensyarah dan sering tertekan kerana dihalang daripada mengeluarkan pandangan dengan terus terang.  Sehinggakan bila Yong mengkritik Alam Flora pun ada yang menuduh Yong anti kerajaan.
  2. Aziz Bari seorang scholar. Selepas PhD beliau tulis buku undang-undang yang mudah difahami. Ramai yang pergi buat PhD undang-undang, tapi mana buku demer? PhD undang-undang dah jadi PhD udang-udang. Mudah dimasak kari dan dibeli di restoran mamak!
  3. Yong inginkan sebuah negara yang memberi kekebasan kepada rakyatnya untuk menyuarakan pendapat supaya ilmu masyarakat (community knowledge) boleh berkembang dan rakyat menjadi matang. Dengan itu akan terhindarlah segala gejala negatif, aktiviti yang merosakkan akhlak dan jenayah-jenayah moral lain yang sedang berleluasa sekarang.
  4. Yong mengharapkan negara yang aman, bukan negara polis yang menjadikan rakyat takut bersuara untuk membetulkan kepincangan yang sedang bermaharajalela. Di sebalik kekangan ini Aziz Bari berani bersuara.
  5. Ibn Khaldun pernah menulis tentang keruntuhan sesebuah negara - puncanya ialah kegagalan pemimpin-pemimpinnya. Tapi kitalah yang memilih pemimpin-pemimpin itu. Jadi pemimpin harus menerima teguran kita sebagai sebahagian daripada tanggungjawab. Mengapa harus phobia pada pandangan orang lain?
  6. Akhir sekali, dan paling utama Yong bersetuju dengan Aziz Bari bahawa Perlembagaan Malaysia sudah menyediakan kerangka untuk penggubalan dan pelaksanaan hukum Islam. Kalau ekonomi Islam boleh buat kenapa hudud pula tak boleh? 
Kalau Zainal Keling boleh kata 'Malaysia tidak dijajah' dan Timbalan Perdana Menteri telah menyanggahnya, dan tanpa apa-apa tindakan pada profesor yang menungkah arus itu; Salahkah Aziz Bari menyuarakan pendapatnya?
 

    Budak-budak dalam gambor di atas mengambil risiko kerana kebenaran. Mudah-mudahan mereka akan terus menjadi rakyat yang berani. Syabas!

      Friday 21 October 2011

      ADA MACAM-MACAM GILA


      Sejak akhir-akhir ini banyak benor berita yang lebih elok kalau kita berpaling aje. Maknanya tak payah bacale. Selain dari takde mutu, kita mungkin berdosa kot percaya. Seolah-olah ade satu virus yang sedang mengamuk di biosphere ni. Virus tu bermaharajalela dalam cybersphere. Macam gila. Dalam bahasa Inggeris insane atau biasanya orang kata mad, crazy, lunatic dan lain-lain.   Dalam kamus makna insane adalah seperti berikut:

      1.     Mentally disordered
      2.     Absurd
      3.     Extreme

      Maknanya, orang yang bersikap tidak munasabah (absurd) itu gila. Yang melampau (extreme) juga gila. Yang otak kacau (mentally disordered) memang sah gila. Bolehlah disimpulkan jika seseorang itu berkelakuan di luar norma, dia mungkin gila. Yong kutip tiga klasifikasi gila, iaitu:

      1.     Phobias
      2.     Personality disorders
      3.     Perceptual disorders

      Daripada 3 klasifikasi gila itu Yong cuba padankan dengan sikap blogger2 yang suka buat fitnah dan tindak tanduk pemimpin politik di Malaysia. Kelakuan mereka dah melampau, maksudnya dah masuk klasifikasi gila kalau ikut definisi Merriam-webster.com.  Agaknya demer tu gila apa? Gali punya gali, Yong tengok macam phobia. Mungkin salah satu atau gabungan senarai berikut:

      1.     Allodoxaphobia - Fear of opinions.
      2.     Atychiphobia – Fear of failure
      3.     Vertaphobia – Fear of knowing, telling and revealing the truth.
      4.     Alethephobia - Fear of hearing the truth
      5.     Electiophobia – Fear of election
      6.     Amissiophobia – Fear of loss

      Nampaknya virus ni diransang oleh  multiple phobia. Ini amat berbahaya. Bukan hanya pada diri sendiri, tapi pada orang lain jika multiple phobia itu merebak sehingga melibatkan orang lain. Tapi malangnya itulah yang berlaku sekarang. 

      Yong amat sayang negara ini. Yong harap negara ini dapat dibebaskan dari virus phobia ini. Komer boleh cari maklumat seterusnya mengenai phobia di sini

      Yang dalam gambor di bawah ni ade orang sedang debat sorang diri. Mengikut norma, orang berdebat sekurang-kurangnya 2 orang. Mana pendengarnya? Takkan berdebat depan kerusi kot? Isy! Bior betoi!


      Tuesday 18 October 2011

      MUSIM HAJI 2- MAKANAN

      Yong menunaikan fardhu haji ikut skim Muassasah. Skim ini dikenali sebagai skim orang biasa. Orang kaya selalunya ikut skim pakej. Oleh kerana ia skim untuk orang biasa maka takde le layanan istimewa dari tempat tinggal hinggalah ke makanan. Oleh kerana itu kesihatan haruslah dijaga.

      Tentulah makananya amat biasa. Jarang sekali dapat makan sayur. Kalau ada sayurpun terung yang keras. Heran gak, kenapa kalau masak untuk orang ramai mesti jadi tak sedap? Tapi kita kena sabor je. Jangan komplen tak lalu makan. Nanti betoi2 tak boleh makan, haru...

      Yong dan kakak ipar selalule pergi ke pasar untuk cari salad. Kadang-kadang pergi beli ayam panggang atau lauk kambing. Pasal makanan tak usah risau. Tak payahlah bawa makanan dari Malaysia. Makanan mereka dijamin halal.

      Lagipun kita pergi sana bukan nak muntahkedarah. Kita nak buat kerja.

      Tapi kot masih teringin nak makan makanan spesel seperti dalam gambor ni, pergile ke Danang, Vietnam.

      Monday 17 October 2011

      MUSIM HAJI

      Alhamdulillah. Yong telah dapat menunaikan fardhu haji beberapa tahun lepas bersama-sama abang dan kakak ipar. Banyak pengalaman sampingan yang didapati semasa berada di Mekah dan Madinah. Satu episod menarik Yong alami berlaku dalam Masjidil Haram. Waktu tu hampir masuk zuhur. Yong dapat duduk bersama jemaah pompuan mengadap kaabah. Sebelah kanan Yong, ikut rupa macam orang Arab. Belah kiri orang Melayu.

      Masa itu tempat solat packed. Entah dari mana datang sorang warga emas dari Turki. Dia minta 3 pompuan Melayu dua baris di hadapan Yong supaya beranjak sedikit untuk bagi tempat dia solat. Walau pun buah butir percakapan tak jelas, Yong tahu mereka Melayu kerana di belakang telekong ada tertulis dengan jelas perkataan "gemilang." Mereka bergaduh macam itik dengan ayam. Tiga pompuan Melayu enggan berganjak, walaupun sebenarnya mereka boleh. Yong kata mereka boleh kerana mereka letak tiga sejadah besar di hadapan. Nak solat dengan selesalah kononnya.

      Azanpun berbunyi. Warga emas Turki masih merayu minta tempat. Tiga pompuan Melayu masih degil dengan kebakhilan mereka. Macamle Masjidil Haram tu milik mereka!

      Yong pun bangun dan ajak warga emas Turki tu solat disebelah Yong, walaupun Yong tak pasti muat atau tidak. Maklumle warga emas Turki ni saiznya boleh tahan gak. Dia sangat gembira. Terus dipeluk dan diciumnya Yong. Pompuan Arab dan Melayu di sebelah Yong turut mengesot untuk bagi tempat. MasyaAllah! Muat!

      Lepas solat warga emas Turki peluk dan cium Yong sekali lagi dan bercakap sesuatu. Entah ape dia kata Yong tak faham.  Tapi Yong pasti ia suatu doa untuk Yong.

      Di Mekah, hampir semua (99%?) jemaah haji Malaysia termasuk ahli unit kesihatan kena penyakit batuk. Ada yang teruk dan ada yang tak berapa teruk. Alhandulillah Yong sihat je. Rahsia sihat semasa mengerjakan haji ialah supaya sentiasa bersikap positif dan pemurah. Jaga mulut dan tingkahlaku. Omputeh kata "be generous, polite and considerate" InsyaAllah.

      Sunday 16 October 2011

      RAKYAT KERJA YB DI MANA?

      20 tahun kerja, seorang pegawai sektor awam mungkin cuma dapat RM5,000 sebulan. Dengan duit itu pegawai bayar pinjaman kereta dan rumah. Duit itu jugak digunakan untuk bayar tuition anak-anak, bayar kos orang tua jika sakit, duit minyak, litrik, telefon, saman dan lain-lain. 

      20 tahun kerja, mungkin tak pernah dapat pergi holiday ke pulau-pulau berdekatan. Jangan cakap Disneyland.

      20 tahun kerja entah berapa kali pula dipaksa hadir dan berdiri berjam-jam menunggu pak menteri yang datang berkunjung selama 20 minit.

      20 tahun kerja, tekanan darah tinggi sudah meningkat, walaupun gaji mendatar. Duit untuk ubat darah tinggi carilah sendiri. Lalu semakin nipis duit untuk keluarga.

      20 tahun bekerja kerap pulang malam kerana arahan dari atasan yang ingin nampak cekap di mata YB menteri. Sudah tidak ingat bila kali terakhir bersembang dengan anak-anak. Entah apa yang mereka buat. Kami tanggung komplen dan maki hamun rakyat, tapi YB di mana?

      YB dapat elaun yang begitu banyak. Sudah berapa tahun YB bekerja?

      Saturday 15 October 2011

      POLIS BAIK


      Bulan lepas semasa Yong balik dari makan tengah hari dengan 2 orang rakan, entah macam mana tetiba kereta mogok. Nak jadi tambah malang, hari hujan lebat pulak. Dah tu jam. Orang kat belakang mula horn. Yong pasang emergency light. Tapi ada yang masih bangang dan tetap horn.

      Kami bertiga, 2 Melayu dan seorang Cina yang kami panggil nyonya. Si nyonya tanya sama ada Yong simpan payong. Yong dah simpan dalam boot sebab dulu bawa ramai sedara-mara balik kampung. Yong nak buka pintu untuk ambil payong. Tapi kawan Yong tak bagi takut Yong kena langgar.  Kawan Yong pun keluar dan ambil payong dari boot.

      Alamak!  Dalam boot ada 2 payong, tapi dia dah ambil payong hijau muslimat PAS! Si nyonya gelak, hahaha.  Alamat takde sapa akan tolong. Lebih-lebih lagi puak gerombolan.

      Dua buah kereta ronda polis lalu. Demer tak henti pun. Mechanic pulak tak sampai lagi.  Mungkin demer pun kena jam. Kawan Yong sambil pegang payong hijau cuba ambil alih kerja polis trafik.

      Tetiba sebuah kereta proton waja polis berhenti. Hah, ada juga polis yang prihatin, kata si nyonya. Seorang pegawai tak pakai uniform bertanya apa masalah. Yong kata kereta mati. Dia ajak kawannya tolak kereta ke bus stop yang terletak 3 metre di hadapan. Yong kata kereta Yong tak boleh ditolak, sebab alat electronicnya dah locked. Gear tak boleh letak neutral.

      Polis ni pun heran. Tak pernah jumpa, katanya. Yong pun kata, tak tahu nak unlocked sebab belajar tak khatam, heheheh.

      Dalam hujan, polis yang beruniform urus trafik. Tak sampai lima minit kemudian, mechanic pun sampai. Pandainya mechanic ni, kereta Yong pun selamat ditolak ke bus stop dan tidak menghalang lalu lintas.

      Yong kata ini polis baik. Tak macam polis yang pukul orang masa Bersih 2.0 dulu.Yang dua kereta peronda tak berhenti tu...hmm agaknya demer senak perut, nak cepat masuk balai.

      Yong rakamkan gambar polis menolak kereta dalam hujan.Terima kasih polis baik.

      MINYAK KELAPA DARA

      Raya yang lepas Yong balik kampung kelahiran. Sepupu Yong sebok dengan business minyak kelapa dara. Kampung ni memang famous dengan kelapa. Mujur demer degil tak ikut nasihat supaya menebang pokok kelapa dan ganti dengan kelapa sawit. Di luar kawasan kampung ada estet yang dulu penuh pokok kelapa, tapi dah jadi kelapa sawit. 

      Yong pun ada tanah ditanam dengan kelapa kat sini, seluas sekangkang kera. Ia tinggalan arwah atok kepada bapa untuk kami 4 beradik. Sebab kami tak tinggal di sini, sepupu Yong usahakan tanah ni. Yong tahu dapat duit je setelah ditolak zakat. Di bawah ni Yong kepilkan khasiat minyak kelapa dara:

      DEFINISI
      Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.

      MINYAK KELAPA DARA ASLI (PURE) – VCOP
      Diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, Lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic. Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa, warga tua lelaki atau wanita, Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkanya ke seluruh badan.

      Article di atas Yong celok dari sini  

      Sama-samalah kita manfaatkan hasil bumi kita.

      Friday 14 October 2011

      KEKADANG KUNIN PUN YONG TAK BERKENAN

      Meh tengok gambor ni. Di sebelah kanan, hak warna macam teh cina tu ayor direct dari pipe syabbas. Sebelah kiri ayor yang dah masuk water filter. Larat komer nak minum ayor kunin tu?

      Yong dengor gaji CEO Syabbas lebih RM5 juta setahun. Macam tak caya. Takkan gaji RM5juta setahun sampai hati bagi ayor roper ni?

      Yong terpaksa beli water filter sebab Yong kesian kat kidney Yong. Tapi bagi demer yang kurang pendapatan camne? Kerajaan Selangor dah beri ayor free. Tapi itule roper ayor yang free. Kot tak sanggup minum ayor kunin, jadi tak free le sebab kena beli water filter.

      Thursday 13 October 2011

      MUTU

      Ropernya mutu bukan bahasa Melayu. Kat Romania ada sorang pemain bolesepak yang hensem bernama Adrian Mutu. Kat Kenya ada pelukis namanya Wangechi Mutu. Kat Malaysia, dan tentunya di India ada ramai Mutusamy. Patutle majoriti YB2 Melayu kita tak bermutu. Aduhai....