Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 30 November 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA USTAZ KAZIM BUKAN AHLI UMNO (VIDEO)

Yang inipun fitnah jugak ghopernyer...

Ini bukan Ustaz Kazim. Ini entah siapa-siapa menyamar sebagai Ustaz Kazim.

Kesian...Mamat ni asyik kena fitnah jer... Katanyalah.


Najib ni gila agaknya lantik orang yang bukan ahli UMNO jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.


Jika terlepas N3 Yong terdahulu yang orang kata spekulasi sebab Ustaz Kazim mengaku dia tak pernah jadi ahli UMNO, boleh baca di sini.

Siapa buat spekulasi?

Wednesday, 27 November 2013

TETIBA ADA PULAK CERITA HANTU MACAM INI DI UiTM

Aduhai....Hari demi hari, takde ke cerita yang sedap telinga mendengor tentang UiTM ni. Memang menyedihkan. Cer kita tengok list-nya:
  1. Baru-baru ini riuh bab UiTM dapat Ibrahim Ali jadi Ahli Lembaga Pengarah, yang kemudiannya didengar telah dipenjara 1 hari dan denda RM20,000 kerana menghina mahkamah (baca di sini).
  2. Sebelum itu kita dengor cerita pensyarah yang terpaksa pindah ke sana sini, berpisah dengan suami/isteri kerana diarah mengajar di kampus cawangan (baca di sini) dan (di sini).
  3. Kita dengor UiTM akan mengambil pelajar rendah dalam syarat kemasukan (baca di sini).
  4. Kita juga dengor ranking UiTM yang tercorot pada 701++ tapi VC tak kisahpun (baca di sini).
  5. Kita dengor juga UiTM bakal menjadi IPTA paling banyak hutang (baca di sini) dan (di sini).
  6. Kita dengor kampus cawangan dibina dengan sistem PFI janji muat 5,000 pelajar, tapi muat 3,000 sahaja (baca di sini).
  7. Perebutan jawatan Naib Canselor sampai ada yang melobi (baca di sini).
  8. Graduan UiTM sukar dapat kerja, tapi pensyarah pula yang salah (baca di sini).
Kini kita dengor kelohan siswa UiTM yang diugut jika enggan pergi mengundi...

Bacalah kelohan siswa lesu ini:

BACA DAKWAAN SISWA DI SEBELAH KANAN

Yong besarkan sikit supaya komer dapat baca kandungan surat ugutan yang didakwa ditulis oleh Gerakan Aman UiTM (sumber facebook)

INI SURAT UGUTAN TERSEBUT

Kenapa nak pilih pemimpin pelajar pun perlu ada ugutan? Tak cukupkah kekangan yang ada sekarang? Kita mahu pelajar kita jadi apa?

Cukup-cukuplah tu...

Peraturan itu penting. Tapi jangan sampai peraturan itu mencekik daya saing dan kreativiti semulajadi anak muda.

UiTM perlu kepimpinan baru yang mesra pelajar secara pendidikan yang holistik. Bukan paksaan atau memberi manja sampai skrol ijazah/diploma jadi tiada bermakna. Kita mahu graduan UiTM yang berdikari, bersaing, berintegriti dan cekap.

Kami hantar anak-anak kami ke UiTM bukan untuk dijadikan robot, tapi untuk menjadi sebahagian penting daripada modal intellectual negara!

Seorang warga senior UiTM pernah bercakap:

"Agaknya diorang ni selalu sangat buang hantu kat tanki air UiTM ni, sebab tu pemimpin atasan dah jadi bangang."

Huh??????

Bersambung.

Monday, 25 November 2013

VIDEO SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS MENJAWAB SOALAN PANAS

Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi, menjawab soalan-soalan sukar dari media. 


KOMEN YONG:

Alangkah baiknya kalau selepas ini, Presiden PAS melantik individu yang berkewibawaan dan berkeupayaan yang mampu berkongsi menggalas tanggungjawab untuk ke Putrajaya.

Pemimpin ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. 

Dengarlah suara akar umbi.
Tuan-tuan memimpin;
Kami rakyat memantau.



MR ARROGANT, SILA KELUAR

PUNCA MASALAH DALAMAN PAS:

Bukan Anwarinas lawan Ulama. 
Bukan Erdogan lawan Ulama. 
Bukan Professional lawan Ulama.

BUKAN! BUKAN! BUKAN!

SINDROM TAK NAMPAK GAJAH

Semua orang lain yang salah. Kecuali diri sendiri. Alahai...

Ini yang dimaksudkan:

LEPAS MR ARROGANT SIAPA PULAK? 

Mat Sabu yang sudah lebih 35 tahun dalam PAS, dihina oleh golongan yang baru masuk PAS. Golongan yang ingat diri lebih hebat.

Jadi, siapa yang "Arrogant"?

Siapa Mr Arrogant?

BAGAIMANA KALAU MAT SABU YANG KALAH? (SUMBER)

Kenapa Mr Arrogant dikenalpasti oleh perwakilan Terengganu, bukan dari perwakilan lain?

Hairan???

Sunday, 24 November 2013

VIDEO MAT SABU SPEAKING

Petang Ahad ni Yong malas nak tulis panjang-panjang. Nanti bila senang Yong akan komen tentang keputusan Pemilihan Pemimpin PAS yang baru saja selesai.

Tahniah semuanya.

Video ini telah disiarkan dalam facebook Mat Sabu 4TP sebelum pemilihan dalam Muktamar ke-59. Ia telah masuk Youtube. Tapi tidak ramai yang menontonnya. Mungkin ramai yang tak tahu, atau mungkin sudah menontonnya dari fzcomvideos.

Video ini sekaligos menolak tohmahan Mat Sabu masuk dalam kategori "I no speak English." Sudah tentu sebutan Mat Sabu tak serupa David Cameron, atau George Bush (Siapa pulak yang kata bahasa Inggeris George Bush bagus?).

Ini Mat Sabu, orang Melayu, bukan Mat Salleh, omputih.

Yong sengaja tak masukkan dalam Blog sebelum pemilihan. Tak mau ada yang terasa pulak. Tapi sekarang dah lepas pemilihan, so, takde sapa yang tersinggung, kot. Yong simpan video ini di sini untuk berkongsi dengan pengunjung.

Layan jelah.






Jangan risau. Mat Sabu boleh speaking. Mungkin lebih baik dari ramai pemimpin UMNO.

Friday, 22 November 2013

TAHNIAH MUSLIMAT! WALAUPUN KUAT DILOBI, TETAP ISTIQOMAH (BERGAMBAR)

TAHNIAH MUSLIMAT YANG TEGUH PENDIRIAN!

Muktamar PAS ke-59 kali ini menyaksikan persaingan sengit antara dua kelompok yang ingin menguasai parti itu - yakni kelompok yang disebut Ulama dan Professional.

Walau bagaimanapun, pembahagian kelompok itu sebenarnya kurang tepat kerana kelihatannya ada professional yang pro-ulama dan ada ulama yang pro-professional. 

Yang jelas sebenarnya, ada kelompok yang "tamak jawatan" dan ada kelompok "pelaksana" yang telah membuktikan iltizam kepada perjuangan parti dalam Pakatan Rakyat.

Ucapan Dr Halimah pada sesi Muslimat menyentuh hati ramai ahli perwakilan. Beliau mendapat undi terbanyak mendahului senarai Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP. 

DR HALIMAH SENYUM WALAUPUN MENANGGUNG BEBAN

Berikut senarai keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat Sesi 2013-2015 

PENGERUSI TETAP
Norhashimah Deraman 

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Nor Azlin Md Samsudin 

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Siti Zailah Muhd Yusoff [468 undi] 

TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Dr. Siti Mariah Mahmud (429 undi) 

NAIB KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Mumtaz Md. Nawi [457 undi] 

AHLI JAWATANKUASA KERJA DMPP
1. Dr Halimah Ali (476 undi)
2. Aiman Athirah (457)
3. Khairiah Mohamad (454)
4. Normala Sudirman (446)
5. Dr Asiah Ali (444)
6. Aida Yusof Rawa (409)
7. Wan Ubaidah Omar (393)
8. Mastura Mohamad (392)
9. Datuk Siti Aishah Ghazali (372)
10. Azizah Khatib Mat (360)
11. Wan Hasrina Wan Hassan (331)
12. Kartini Ahmad (306) 

Jumlah perwakilan yang mengundi 665 orang

PEMERIKSA KIRA-KIRA - Menang tanpa bertanding 

Basmatul ‘Uyun Yusoff
Siti Fathiah Daud

PEMIMPIN MUSLIMAT MEMAKAI KERONSANG SERINGGIT, JADILE

Berbeza denganMuktamar ke-57, pada kali ini kempen dan lobi begitu hebat sehingga sampai ke dewan. Seorang muslimat dilihat dihampiri pelobi, tapi dia cepat-cepat ditarik oleh rakannya.

Difahamkan pelobi itu dari team yang menentang Siti Zailah. 

Muslimat mahu team pelaksana. Bukan yang pandai cakap dan mengarah, tapi tak tahu buat kerja. Muslimat rela membuat berbagai-bagai tugas demi parti. Fisabilillah. 

Kemenangan team Siti Zailah dengan dia sendiri mendapat 70.3% dari jumlah undi menunjukkan sokongan majoriti yang kukuh terhadap kepimpinan sekarang. 

Kata seorang Muslimat:

"Kita tahu kat sana tu siapa yang buat kerja dan siapa yang pandai cakap saja." 

Kepada siapakah kata-kata itu ditujukan?

Tepuk dada tanyalah iman.

Thursday, 21 November 2013

AYOYO! ORANG SARAWAK SIK TAU BESARNYA KUASA PRESIDEN PERKASA?

Menarik berita ini. Macam tak percaya pun ada.

PALANG BESI PENJARA PUN BERAHIM LOLOS, INI PULA PINTU SARAWAK

Hadoi!!! Taib Mahmud dan pemimpin-peminpin Sarawak ni tahu tak betapa besarnya kuasa Presiden Perkasa sekarang? Dia sudah jadi penentu timbul tenggelam dan hidup mati kaum Bumiputera, termasuk rakyat Sarawak, khususnya yang menjadi warga UiTM. Di Sarawak, itulah IPTA yang mampu disinggahi, selain Universiti Malaysia Sarawak.

Tahu tak sebelum budak-budak tu berbaris mengutip scroll masing-masing, keputusan peperiksaan mesti diluluskan oleh senate UiTM? Ibrahim Ali duduk di sana. Jadi, Taib Mahmud & the gang tidak boleh berlagak dengan Ibrahim Ali & the gang.

So you think you can keep this bloke and his gang out of Sarawak? Fat hope! Hakim jatuhi hukuman 1 hari penjara terhadap Ibrahim Ali kerana menghina mahlamah. Tiga jam lepas itu dia relax minum teh tarik:

TAIB NAK LAWAN IBRAHIM ALI? (SUMBER)

Tapi takpelah kalau kitak nak lawanpun. Mungkin Nancy Shukri boleh jadi Wasit. Nancy Shukri kan bekas pelajar UiTM jugak.

Selamat berlawan.

ENDLESS POSSIBILITIES

Wednesday, 20 November 2013

"SAYA KENAL DIA DAN TIDAK PERNAH TENGOK DIA SEMBAHYANG GUNAKAN BATU": USTAZ IDRIS AHMAD

SAYA BERKAWAN LAMA DENGAN DIA (MUHAMAD)

Kalau nak mengenali kualiti seseorang, tanyalah kawan. Kalau nak dengar keburukan, tanyalah musuh.

Dalam dunia yang penuh dengan persaingan, kita wajar mencari dan mengenali kualiti nemesis kita. Jika kita mengetahuinya kita boleh mencari jalan untuk mengatasinya. Antara Toyota dan Honda, sentiasa mencari di mana kekuatan lawan dan sumber bagi menentangnya. Itulah namanya persaingan yang sihat.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia amat aneh dan memalukan. Budaya fitnah berleluasa untuk menjatuhkan lawan kerana diri sendiri gagal membina kekuatan bagi mengalahkannya dengan cara biasa.

Inilah yang berlaku kepada Muhamad Bin Sabu yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu.

Tetapi benarkah segala tohmahan itu? Berikut catatan pandangan Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Idris Ahmad, kepada ANTARAPOS:

...Ustaz Idris Ahmad menegaskan parti itu akan mengambil tindakan memecat mana-mana ahli termasuk timbalan presidennya Mohamad Sabu sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam menyebar dan menganut fahaman Syiah.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini, PAS memandang serius perkara tersebut dan tidak akan teragak-agak memecat mereka yang terlibat.

Idris berkata parti itu pernah mengambil tindakan memecat beberapa ahlinya pada awal 2000 kerana berpegang kepada ajaran Syiah.

"Sebab itu saya nak tanya berapa orang sebenarnya ahli PAS ada Syiah? 

"Itu persoalannya, setakat ini tidak ada...yang pernah waktu awal 2000 PAS bertindak terhadap lima atau enam orang yang telah kita ambil tindakan pecat mereka kerana terlalu obvious (terhadap Syiah) dan tunjukkan bukti (melalui tindakan dan amalan).

"Itu sahaja kalau daripada ahli kita yang hampir satu juta orang," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Sejak kebelakangan ini, isu Syiah timbul kembali dan Mohamad yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' menjadi 'mangsa serangan' kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan ajaran itu.

Sebelum ini, Mat Sabu beberapa kali menjelaskan beliau bukan Syiah tetapi menyokong pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan Iran dan Hizbullah dalam memperjuangkan Islam dan melawan musuh Islam iaitu Israel dan Amerika.

Antara ciri-ciri amalan dan ajaran Syiah ialah mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu di bahagian atas kaki ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (di sisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat dan kebanyakkan pengikut Syiah ketika solat mereka akan membawa batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

Mat Sabu bukan berfahaman Syiah

Mengulas kaitan Mohamad dengan fahaman Syiah, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menafikan perkara tersebut sambil menegaskan bekas wakil rakyat itu tidak pernah menunjukkan ciri-ciri ajaran itu.

Beliau juga mengakui mengenali Mohamad sejak zaman universiti lagi.

"Saya berkawan lama dengan dia (Mohamad), saya kenal dia sejak dari zaman universiti lagi.

"Waktu itu dia kena tangkap di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di Kuala Pilah, saya pergilah dengan motorsikal buruk saya dengan kawan-kawan lain.

"Saya kenal dia dan tidak pernah tengok dia sembahyang gunakan batu dan sebagainya. Syiah itu kita tahu macam mana (amalannya) tapi tidak pernah tengok dia tunjukkan," katanya.

Baca seterusnya di ANTARAPOS

Jelasnya, label yang dikenakan ke atas Mat Sabu adalah untuk membunuh kerjaya politiknya. Sehingga ada yang menggunakan "ulama" tertentu demi mencapai matlamat ini.

Sebelum ini, Asmuni, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, dalam sidang medianya menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya terdapat laporan yang mendakwa calon menyalahi peraturan yang telah ditetapkan (Greenboc). Pastinya ini termasuk ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin PAS, Dr Dzulkifli dan Dr Mujahid Rawa dan lakaran gambar anjing pada wajah Zul Hazmi, calon Ketua Pemuda.

Diharap Jawatankuasa itu tidak cakap tak serupa bikin. 

Dalang di sebalik perbuatan itu hendaklah dikenakan tindakan yang keras. 

Sewajarnya sistem pemilihan pemimpin PAS semakin lama semakin baik kerana didorong oleh peningkatan kematangan parti.


Tetapi jika yang berlaku adalah sebaliknya, maka PAS sebenarnya sedang merintis jalan yang salah. Kepimpinan yang lahir dari jalan yang salah tidak mungkin dapat dijadikan benchmark untuk dicontohi generasi akan datang. Waulahualam.

Semoga kita sentiasa dilindungi dan Dirahmati Allah.

SELAMAT BERMUKTAMAR DENGAN PENUH ETIKA DAN BERINTEGRITI.

Tuesday, 19 November 2013

MEMALUKAN! AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM DIHUKUM PENJARA DAN DENDA RM20,000 KERANA MENGHINA MAHKAMAH!

Macam mana kita hendak ajar budak-budak universiti supaya menghormati undang-undang negara kalau ahli lembaga pengarahnya sendiri tidak hormat kepada institusi kehakiman?

PENGIKTIRAFAN BUAT RAJA KATAK?

Hari ini kita baca dalam akhbar, Presiden PERKASA dihukum kerana menghina mahkamah:

KENAPA TAK SEBUT DIA AHLI LEMBAGA PENGARAH UiTM YANG BARU?

Apa mesej yang hendak kita sampaikan kepada mahasiswa? 

It is okay to commit contempt of court as long as you sided with Barisan Nasional?

Tidak mengapa menghina mahkamah asalkan kita sokong Barisan National?

Ini belum lagi dipersoalkan bagaimana Presiden Perkasa ini yang rata-rata warga UiTM tak pandang sebelah mata boleh dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti yang bertanggungjawab mendidik 180,000 pelajar dan menggaji 55,000 staf itu.

Akhirnya hasrat Ibrahim Ali untuk mewujudkan "Anugerah Ibrahim Ali" di UiTM akan tercapai. Kah kah kah...Kesian warga UiTM.

ENDLESS POSSIBILITIES

VIDEO RESTORAN MAMAK JUAL NASI KANDAR PADA WAKTU SIANG UNTUK UMAT ISLAM DI BULAN PUASA

Video ini sudah lama berlegar di alam siber. Sempena isu restoran mamak kotor, kita imbas kembali apa yang dilakukan oleh restoran mamak demi mendapat keuntungan.

Video ini diupload pada September 2010. Ia dibuat oleh TV3. Ori. 




Inilah masalahnya bila hukum hudud diperlekehkan.

Yang menarik adalah komen-komen pengunjung. Ada yang pertahankan kedai mamak menjual makanan pada umat Islam ini kerana nak bagi makan orang tua yang sakit...

Alahai...Kalau mak bapak sakit, takkan nak bagi makan makanan dari restoran mamak yang pedas-pedas tu? Biol!!!

Bacalah sebahagian dari komen-komen pengunjung:




Komen terakhir adalah terbaik.

BOIKOT RESTORAN MAMAK

Monday, 18 November 2013

HADIAH BUAT MELAYU KAMPUNG BARU DARI MENTERI UMNO

Tanyalah penduduk orang Melayu Kampung Baru, Kuala Lumpur: Sudah berapa banyak cukai pintu yang penduduk bayar kepada DBKL (Kerajaan)? Sudah berapa banyak pula pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan khusus untuk penduduk Kampung Baru?

Adakah penduduk Kampung mendapat semula nilai yang telah dibayar kepada Kerajaan?

Akhirnya Kerajaan hanya hendak menggadaikan Kampung Baru.

Mana wira-wira PERKASA, JATI dan ISMA?

KAMPUNG BARU YANG AKAN TINGGAL NAMA

Cukailah! Tapi pulangan dari cukai itu hendaklah dikembalikan kepada rakyat yang berhak. Jangan cukai kerana mahu memulihkan syarikat NFC yang gagal, atau PKFZ yang bermasalah atau MAS atau GLC yang digenggam oleh macai UMNO.

Kamulah (BN) yang membawa negara ke dalam keadaan yang sukar ini:

KAMU YANG BUAT HUTANG, RAKYAT YANG TANGGUNG

Inikah hadiah kamu buat warga kota Melayu yang mengundi kamu?

Ahad November 17, 2013
Cadangan Naik Kadar Cukai Pintu Ikut Nilai Hartanah Wajar - Ku Nan

PUTRAJAYA: Cadangan untuk menaikkan kadar cukai taksiran pintu sekitar ibu kota mengikut nilai hartanah semasa adalah wajar dan bukan bertujuan membebankan rakyat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ini kerana sudah 21 tahun cukai itu tidak dinaikkan.

"Harga rumah di situ lebih sejuta, dua juta tetapi mereka bayar harga lama (kadar cukai pintu lama)," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan 2013 di sini, Sabtu.

Bagaimanaoun, Tengku Adnan berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan muktamad berhubung kadar cukai baharu selepas mendapat maklum balas penduduk sebelum 17 Dis ini.Beliau berkata perkara itu juga akan dibincang dengan kesemua 13 wakil rakyat Wilayah Persekutuan pada 21 November ini.

Katanya, notis penyelarasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada warga kota baru-baru ini hanya merupakan kadar yang dicadangkan sahaja. BERNAMA


Setelah menghabiskan bilion ringgit dalam PRU13 kerana ingin mendapat kemenangan yang penuh tipu; setelah menghabiskan bilion ringgit untuk konsultan membina imej BN yang palsu; dan setelah menghabiskan bilion ringgit membiayai/menyelamatkan syarikat GLC dari menjadi beku; BN menghadiahkan pengundinya dengan keperitan dalam menjalani kehidupan penuh ranjau, duri dan lorong-lorong rezeki yang sempit dan berliku-liku.

Alahai...


Panggil lagi berjuta-juta warga Bangla, Indon, Nepal, Myanmar, Kemboja, Vietnam, India etc.etc.etc... untuk merampas perniagaan orang Melayu di ibu kota.

ENDLESS POSSIBILITIES

Sunday, 17 November 2013

RELAX AHAD: APA BENDA NI?



Apakah benda bergemerlapan ini?

Subhanallah. Inilah hasil karya Allah (SWT).

Nak tahu baca di sini

Tak faham Bahasa Inggeris? Boleh belajar.

SEBUAH MADAH DARI TUAN IBRAHIM TUAN MAN BUAT HASSAN ALI

JAWATAN ITU AMANAH (SUMBER)

Madah dari Tuan Ibrahim Tuan Man menarik hati Yong.

Mungkin madah itu untuk dirinya sendiri yang tidak mahu berebut jawatan dengan Nik Amar dan Mat Sabu. Mungkin ia nasihat buat rakan seperjuangannya, yang bukan ustaz/ustazah yang digelar golongan professional. Mungkin juga ia sindiran untuk rakan seperjuangannya yang belajar pengajian Islam dan mengaku diri sebagai ulama, walaupun belum sampai ke tahap itupun.

Madah nasihat ini sesuai untuk semua umat Islam di Malaysia yang sedang berebut jawatan. Tidak kira jawatan itu dalam partinya sendiri, Parti PAS, dalam UMNO, atau dalam kerajaan - sama ada nak jadi MB atau TMB, mahupun nak jadi Naib Canselor universiti.

Akhir sekali, menariknya, madah di wall facebook Tuan Ibrahim ini keluar selepas video Hassan Ali menyibuk menyarankan PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Video itu kini meletup dalam media siber. 

Jika Tuan Ibrahim tidak mahu sebut secara spesifik, kerana beliau seorang ulama yang hanya mahu berkias; biarlah Yong tolong tujukan madah nasihat ini kepada bekas rakan seperjuangannya, Hassan Ali yang disebut oleh Khalid Samad amat teringin jawatan MB Selangor!

Hassan Ali sangat ingin memegang jawatan tertinggi sebuah organisasi. Akhirnya dapat juga dia jadi ketua organisasi yang dia sendiri mulakan - Ketua Jati.

Madah nasihat Tuan Ibrahim Tuan Man amat sesuai untuk Ketua Jati ini.

Bagi yang masih belum melihat video Hassan Ali meroyan bab pemilihan pucuk pimpinan PAS itu, silalah klik video ini:



Bagi yang terlepas pandang episod sebelumnya tentang keinginan Hassan Ali jadi MB Selangor, kaitannya dengan warga Shah Alam, dan pemilihan TP PAS, sila baca di sini, di sini dan di sini

ENDLESS POSSIBILITIES

Saturday, 16 November 2013

APA KHABAR TAN SRI DR IBRAHIM ABU SHAH?

Apa khabar Tan Sri?
Masih suka bergurau macam dulu lagikah?
Masih cuba buat muka garang macam dulu lagikah?
Masih lebat misai macam dulu lagikah?
Masih sedap menyanyi lagu P. Ramlee macam dulu lagikah?
Masih aktif untuk menyatukan Melayu di Malaysia lagikah?

GAMBAR TAHUN 2009

Entah kenapa tiba-tiba Yong teringat Ibrahim Abu Shah.

Kali terakhir Yong bertemu dengannya dalam satu majlis tidak rasmi, dia sembang:

"Kalau aku beli banyak rumah di Shah Alam masa aku mula kerja dulu, tentu sekarang aku sudah jadi jutawan."

Masa itu sudah beberapa tahun yang lalu.

Yong percaya Tan Sri Ibrahim Abu Shah belum jadi jutawan kerana dia tak beli banyak rumah di Shah Alam. Masa dia mula kerja harga rumah murah. Tapi pinjaman bank pun sukar didapati.

Kenapa pulak Yong teringat Mamat yang pegang keris karat UMNO ni? Yong takde kena-mengena dengan dia dan bukan kawan diapun.

Yong teringat dia sebab Yong teringat UiTM. 

Dulu Ibrahim Abu Shah Naib Canselor UiTM. Masa itu ramai yang marah kepadanya kerana sikapnya yang dilihat "ultra-Malay."

Yong teringat Ibrahim Abu Shah kerana sekarang Yong melihat UiTM menjadi pusat mengkayakan puak-puak yang menjalin perjanjian dalam projek Private Finance Initiative (PFI) cum Alibaba.

Seorang sahabat yang kerja dalam bahagian pentadbiran, tetapi pencen awal (kerana tidak tahan tekanan) dari UiTM berkata:

"Sekurang-kurang Berahim tu dulu tak pernah mohon apa-apa dari UiTM untuk anak-anaknya. Dia nak renovate rumah dia guna duit sendiri, walaupun ada kontraktor yang buat tawaran FOC."

Apa yang tersirat dengan kata-kata Mamat yang pencen awal ni? 

"Dia dengan Cik Seha Bendahari memang team yang bagus. UiTM dapat sijil audit bersih pada setiap tahun."

Adakah sekarang UiTM sudah tidak dapat sijil audit bersih? Entahlah. Yong tidak bekerja di UiTM. Mungkin ada yang masih bertugas di UiTM dapat memberi pencerahan.

"Sekarang UiTM sudah jadi caca-marba. Kampus-kampus yang dibina mengikut projek PFI tu kononnya boleh muat 5,000 orang pelajar. Tapi bila nak masuk, asrama cuma muat 3,000 pelajar. Selebihnya 2,000 kena cari rumah. Mana nak cari rumah di tempat jin bertendang tu?" Dakwa Mamat pencen awal itu lagi. 

Benarkah?

Mohon pencerahan dari pihak pengurusan UiTM. 

Anak-anak yang akan menduduki SPM dan STPM sekejap lagi nak masuk UiTM. Bagaimana? Adakah asrama untuk budak-budak ini?

Ketika sembang-sembang, isteri sahabat pun sampai memegang erat tangan seorang budak kecil. Cucu dia. Sahabat ini kahwin awal. Anak sulungnya perempun, juga kahwin awal. 

"Lega," Kata sahabat ini, "dah pencen takde anak sekolah. Inipun, tolong ambikkan cucu sebab van sekolah tadika dah rosak. Anak menantu kerja."

Isterinya senyum jer. 

Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menghabiskan segala kudratnya sejak muda hingga ke usia emas di UiTM. Tentu dia tak gembira baca blog Yong.

MENUNGGU POKOK BERBUAH TENTULAH LAMA, TETAPI MEMBUNUHNYA SEKEJAP SAHAJA. 

Rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera telah terlepas peluang untuk melakar perubahan kerana menangkan UMNO pada PRU13 yang lalu.

Jangan komplen kalau kualiti pendidikan terus menjunam, sektor pekerjaan/industri malap dan anak-anak jadi penganggur.

Entahlah...Ibu-bapa yang tua kena jaga cucu...Di mana Islam?

Friday, 15 November 2013

KAJIAN UiTM YANG TIDAK KELUAR SURAT KHABAR: BAGAIMANA KHALID SAMAD MENANG DI SHAH ALAM

PEMIMPIN PAS YANG DIGERUNI UMNO

Khalid Smad bekas banduan ISA pada tahun 1987. Dia dipenjara selama 9 bulan semasa Operasi Lalang. Walau bagaimanapun, tidak ramai orang di luar PAS kenal Khalid Samad sebelum dia menang di kerusi Parliament Shah Alam pada PRU12. Dia mengalahkan Aziz Shamsudin, orang kuat UMNO. Undi protes, kata UMNO, kebetulan orang UMNO pun menyampah pada Aziz Shamsudin. Sebab itu dia kalah.

Apa yang tidak dilakukan oleh pencacai bagi memburuk-burukkan Khalid Samad setelah dia menang di kubu kuat UMNO itu?

Namun, bukan hanya UMNO yang memusuhi Khalid Samad. Beberapa pemimpin dalam PAS juga melihat Khalid Khamad sebagai competitor yang sukar ditangani. Ini termasuk Hassan Ali dan macai-macainya. Khalid Samad sendiri telah menghurai mengapa konflik Khalid Samad-Hassan Ali ini berlaku:

SIFAT KETERBUKAAN KHALID SAMAD (SUMBER)

Dalam tahun 2010, Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali diberi amaran bertulis sahaja. Keduanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid Samad digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan keputusan itu berkata, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Ada yang menjangka kerjaya Khalid Samad dalam PAS pasti hancur setelah tidak memegang jawatan dalam Parti. Ternyata tindakan menyingkirkan Khalid Samad ini gagal. Yang tertendang keluar ialah Hassan Ali.

Semua yang dilakukan gagal meminggirkan Khalid Samad, tetapi sebaliknya menonjolkan lagi namanya.

Pada PRU13, Khalid Samad mengekalkan kemenangannya di Shah Alam mengalahkan Zulkifli Nordin, Naib Presiden PERKASA.

Apa kaitannya dengan UiTM?

Ramai tidak tahu PERKASA telah mula bertapak di UiTM, Shah Alam, sehingga ada desas desus "Anugerah Ibrahim Ali" akan diwujudkan. Anugerah mengarut ini sudah tentu mendapat bantahan ramai!

Warga UiTM Shah Alam terdiri daripada lebih kurang 11,000 staf dan 53,000 pelajar. Bukan semuanya berdaftar sebagai pengundi. Yang berdaftar tidak semestinya mengundi di Shah Alam.

Kerana itulah UMNO mensasarkan warga UiTM.

Tetapi menurut kajian yang dilakukan, dari 10 warga UiTM ditanya, 8 orang adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Mengapa fenomena ini berlaku?

Tidak taatkah kaum Bumiputera ini kepada negara?

Jawapannya mudah:

BN (baca UMNO) gagal memberikan yang terbaik untuk UiTM. Projek Private Finance Initiative (PFI) dilihat bukan menjadikan UiTM lebih gemilang, tetapi sebuah IPTA paling banyak hutang. Baik serah sahaja UiTM ini kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbirnya. Mungkin ia akan jadi lebih baik, telus dan cemerlang.

Tapi mustahil UiTM akan diserahkan kepada Pakatan Rakyat kerana kerajaan dikuasai Barisan Nasional.

Sebab itulah warga UiTM akan terus memenangkan Khalid Samad, demi menyuburkan semangat untuk melumpuhkan penguasaan BN terhadap IPTA, khususnya UiTM.

Terima kasih BN kerana mengekalkan kangkung-kangkung mentadbir UiTM. Semoga dengan ini tercapailah hasrat warga Shah Alam, khususnya UiTM untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membetulkan segala kebobrokan pentadbiran UiTM dan univeristi di Malaysia, amnya.

Buat Khalid Samad dan PAS amnya, tolonglah warga Shah Alam merealisasikan impian yang murni ini.

Wednesday, 13 November 2013

NAIB CANSELOR UiTM WAJIB AHLI UMNO?

PENGURUSAN UiTM SEKARANG GAGAL MENAIKKAN RANKING UNIVERSITI

Bukan rahsia lagi UiTM bakal mendapat Naib Canselor baru. Beberapa nama sedang dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan tersebut di universiti terbesar negara itu.

Sebenarnya untuk jadi Naib Canselor tak perlu persetujuan PERKASA.

Kalau ikut PERKASA...haru...

Tetapi ada satu konvensyen yang tentunya tak bertulis: Naib Canselor UiTM mesti ahli UMNO. Setakat penyokong Kerajaan sahaja tidak cukup. Betul atau tidak?

Berapa nama yang disebut-sebut termasuk Dato' Prof Dr Mustafa Mohd Zain (Perakaunan), Prof Ir Dr Abdul Rahman (Kejuruteraan) dan Prof Dr. Rahmat (Undang-Undang).

Ada yang kata semuanya lapan nama naik ke kementerian untuk dipertimbangkan.

Kecuali Prof Dr Rahmat yang kini berada di luar negara (pernah menjadi Timbalan Naib Canselor), kedua nama di atas juga berpengalaman memegang jawatan yang sama di UiTM. Malangnya Dr Mustafa dan Dr Abdul Rahman gagal membantu menaikkan martabat universiti Bumiputera tersebut. 

Kabarnya ada yang sedang melobi menteri-menteri kerana ingin menjadi Naib Canselor UiTM. 

Alahai...

Ingatlah! Jawatan Naib Canselor itu satu amanah yang wajib dipikul dengan penuh istiqomah. Jadi, apa yang penting, Naib Canselor mestilah seorang yang berpengalaman dan berkeupayaan membawa UiTM ke arah pendidikan dan pembelajaran yang berkualiti. Orang ini akan meransang peningkatan ranking universiti dari tercorot kepada kedudukan yang lebih dihormati. 

Siapakah orang itu?

Walau bagaimanapun, kalau perlantikan Naib Canselor UiTM tak perlu ikut nasihat PERKASA, nak ikut nasihat siapa pulak?

Tun Dr Mahathir?
Menteri Pelajaran?
Najib?
Isteri Najib?

Tak sabar nak tengok Naib Canselor baru yang akan membersihkan semua taik Naib Canselor lama.

Jangan ada yang fikir UiTM ini lubuk untuk menggagau emas.

Apa kata kalau sekiranya kali ini Naib Canselor UiTM dipegang oleh seorang perempuan?

GEMPAR! MENTERI BESAR PAHANG DISERANG PENYAKIT KENCING TIKUS (UPDATE)

Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat yang ingat MB Pahang masuk ICU sebab telinga dia putus, lupakan saja. 

ALLAH BAGI INGATAN 

Mengikut beritanya, MB Pahang dimasukkan ke ICU kerana penyakit yang lebih serius dari putus telinga. Penyakit ini boleh menyebabkan putus nyawa. Walau bagaimanapun Allah SWT sekadar mahu memberi ujian sahaja.

RUPANYA PENYAKIT INI BUKAN PENYAKIT ORANG MISKIN

Mungkin ada yang tidak tahu, leprospirosis ialah penyakit kencing tikus:

SUMBER

Biasanya penyakit ini dibawa oleh air yang tercemar dengan bakteria ini. Selalunya yang menjadi mangsa bukan golongan elit, tetapi orang awam atau pekerja sektor tertentu. Tetapi penyakit sebenarnya tidak mengenal manusia.

Ini belum lagi air minuman yang akan tercemar dengan sisa buangan dari kilang Lynas, di Gebeng.

MB Pahang wajar mengambil tindakan lebih serius menangani masalah merebaknya penyakit ini. Berhati-hati apabila bercakap. Allah mendengar.

Media tolong cerita dari mana MB dapat penyakit ni?

Jangan salahkan takdir Allah.

Berita terkini: Adnan menafikan dia terkena jangkitan Kencing Tikus.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/11/14/adnan-nafi-kena-kencing-tikus/

Tuesday, 12 November 2013

BANYAKNYA PINTAL DAN PUTAR DALAM POLITIK PAS

Tajuk N3 ini adalah terjemahan dari bahasa Inggeris "The many twists and turns of PAS's politics."

Kenapa pula politik dalaman PAS menarik perhatian UMNO?

Kita kata dengan UMNO, "Jagalah tepi kain sendiri" kerana tepi kain UMNO pun banyak yang terkoyak.

Tapi suka tak suka, siapa yang mengurus pucuk pimpinan dalam PAS nanti ada kaitan langsung dengan cita-cita beberapa pihak yang mahu PAS berpadu dengan UMNO.

Adakah struktur perpaduan itu nanti sama dengan idea Kerajaan Perpaduan (UG) yang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS pada satu masa dahulu? Tentunya tidak sama.

Presiden PAS mahu PAS dapat memainkan peranan yang lebih dominan dalam pentas politik orang Melayu atas nama Islam.

UMNO pula mahu meneruskan dominasinya dalam politik Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak - atas nama kebangsaan.

Bagaimana boleh dua entiti politik yang mahu dominan di kalangan orang Melayu boleh berkongsi kuasa?

Pastinya salah satu akan kalah.

UMNO tidak pernah dilihat mahu berkongsi kuasa...

UMNO hanya berkongsi laba sahaja dengan rakan-rakannya yang sama-sama merompak harta rakyat seperti dalam skandal PKFZ, NFC dan lain-lain...

Ahli PAS jangan mimpi UMNO akan menyerahkan dominasi itu kepada PAS dengan melantik pemimpin PAS jadi Timbalan Perdana Menteri...Mustahil. 

Perdana Menteri PAS jika bepadu dengan UMNO? Tunggulah kalau-kalau lembu boleh terbang.

Pastinya idea Kerajaan Perpaduan yang disebut oleh Presiden PAS itu jauh berbeza dengan idea UMNO.

Ini kerana UMNO hanya ingin menyambung hayatnya sahaja.

Dengan adanya tangan-tangan ghaib ini, maka hari ini ahli PAS berhadapan dengan kempen pemilihan paling kotor dalam Sejarah PAS.

Dua insan yang paling banyak diserang ialah Mat Sabu dan Zul Hazmi.

Mengapa asingkan dan serang dua calon ini?

Zul Hazmi ialah peguam KASE yang begitu lantang menentang pelaksanaan AES - lubuk emas UMNO.

PATUTLAH UMNO MARAH PADA DIA, TAPI YANG "PAS" IKUT SAMA MARAH TU APA HAL?

Mat Sabu pula, mungkin kalah di Pendang, tetapi telah membantu Pakatan Rakyat menang di tempat lain. Inilah yang ditakuti UMNO.

Serangan ini begitu intensif dan diselaputi kulit luar seolah-olah ia datang dari ahli PAS. Lihat saja facebook khas yang diwujudkan untuk menyerang Mat Sabu dan Zul Hazmi. Mat Sabu digelar "bapa anjing," Zul Hazmi digelar "anjing."

Adilkah serangan ini? Sedangkan kedua insan ini adalah pejuang yang menentang kezaliman?

Adakah UMNO sedang mempertahankan ulama? Jauh panggang dari api. Lihat saja bagaimana UMNO (BN) menyerang Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama PAS yang disegani di seluruh dunia.

Perwakilan perlu bijak menilai sebelum membuat keputusan.

MAHU PILIH JAMBATAN PENGARUH YANG MENGHUBUNGKAN PAS DENGAN MASYARAKAT LUAR?

MENYUBURKAN DEMOKRASI?

Yong hanya mencari keadilan.

Untuk mendapatkan maklumat (visi, tag-line, etc) calon Ketua Pemuda, sila buka facebook Suhaizan Kayat di sini 

Monday, 11 November 2013

TAHNIAH POLIS KERANA BERJAYA MENANGKAP PEROMPAK HIDUP-HIDUP (SPECIAL VIDEO FROM SULAWESI INSIDE)

Gambar yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Tahniah!

CARI JUGA SIAPA YANG BEKALKAN DIA MYKAD PALSU

Rupanya malaun ini datang dari Sulawesi.

Di mana Sulawesi ini?

Sulawesi ialah tempat nenek moyang piem 1Malaysia. Takkan tak tahu kot.



Orang Sulawesi tentu bangga kerana anak keturunannya jadi Perdana Menteri Malaysia. Tengoklah video ini, kalau tak percaya.

Siap pakai baju zebra lagi...Lucu.

N3 terdahulu di sini


Sunday, 10 November 2013

RUPANYA SELAMA INI UTUSAN INGAT HASSAN ALI ULAMA.... KAHKAHKAH!

LOGO JATI MIRIP APA?

Patutlah Utusan dan UMNO sangat menyanjung Hassan Ali sehingga banyak diberi ruang dalam laman beritanya.

Ruang itu kini diperluaskan kepada Nik Amar sambil memperlekeh PAS seolah-olah selama ini parti itu adalah lebai malang.

Lihat keratan akhbar Utusan Malaysia, bahagian dalam kotak merah:

RACUN UTUSAN

Utusan kononnya memetik sumber dalaman yang tidak dinamakan. Inilah standard kewartawanan Utusan yang mengambil opinion (pandangan) orang yang tiada nama.

Siapakah sumber dalaman dari PAS itu yang menjadi pengkhianat, bercakap dengan media pencacai untuk digunakan bagi melaga-lagakan ahli jemaah PAS?

Yang paling melucukan ialah ayat yang meletakkan kedudukan Hassan Ali sebagai golongan ulama dan agamawan yang sebaris dengan Allahyarham Ustaz Tan Sri Azizan, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Rupanya selama ini Utusan ingat Hassan Ali ulama dan agamawan aka ustaz.

BEGINIKAH AKHLAK SEORANG USTAZ?

Sampai sekarang golongan yang menuduh Anwar Ibrahim dalang Lahad Datu bisu seribu bahasa kerana tiada bukti ditemui. Tapi Hassan Ali sudah naik pentas untuk memanjangkan fitnah tersebut. Beginikah akhlak ahli golongan ulama dan agamawan?

MAT SABU DAN DR DZULKILFI ANTARA PEMIMPIN PAS YANG DIGERUNI UMNO

Kita tahu UMNO mengidamkan supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Bukan untuk Islam, negara atau bangsa; tetapi demi survival parti itu sendiri.

BEGINILAH AKHLAK ULAMA UMNO

UMNO memang ketandusan pemimpin yang cerdik. Sebab itu UMNO gila meroyan ingin sangat berpadu dengan PAS.

SIAPA YANG MAHU SELAMATKAN PARTI YANG PENUH DENGAN ORANG TIDAK CERDIK PANDAI INI?

PAS GANTI UMNO. BUKAN PAS JADI UMNO.

Saturday, 9 November 2013

ASAL KRONI SELAMAT...APA-APA SAJALAH

PERNIAGAAN YANG SELAMAT

Kelmarin kita baca berita pelik agen CIA di Pejabat Peguam Negara (Baca di sini). Hari ini kita baca pulak berita ini:

YANG PELIK TETAPI BENAR (MALAYSIAKINI)

Apakah yang tersembunyi di sebalik batu?

Seekor udang?
Seekor ikan paus?
Seekor dinasur?

IKAN BILIS YANG TIDAK TERLEPAS

Nampaknya, di kalangan selebriti politik, hanya Anwar Ibrahim yang turun naik mahkamah demi membersihkan nama dan menegakkan kebenaran. Alahai negaraku Malaysia.

Lagi nak gempaq kata di Malaysia mudah buat bisiness. Tetapi apakah hakikatnnya?:

BAGUS BUAT BISNES DI MALAYSIA? (SUMBER)

Patutlah Hussein Haniff kata Malaysia negara contoh pembangunan (Development Model). Siapa mamat ni? Baca kisahnya di sini

SENANG BUAT BISNES DENGAN ISRAEL (ANAK)

ENDLESS POSSIBILITIES