SATU PETANG DI KUALA LUMPUR

KEKAWAN

Ini rumah Yong. Rumah Yong adalah catatan peribadi episode perjalanan hidup Yong. Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Kalau tidak komer tak faham. Kalau tak suka, tak payah singgah. Move on.

Wednesday, 7 March 2012

MANA2 BLOGGER PRO PR YANG TAKDE DUIT PERGI MINTA KAT DSAI!

Blogger pro PR dapat duit dari US! Wah! kite kayer komer! Tak percaya, baca cerita sepenuhnya kat sini. Sebagai "bukti" nak tunjuk banyaknya duit blogger PR, Yong paparkan sebahagian dari gambor2 harta demer. Fuyooh!

Rasernyer ini rumah blogger Tukar Tiub di Singapura. Kah kah kah. Cerita kat sini

 Ini pulak rumah blogger Amenoworld. Ada kubah! Baca ceritanya di sini

Rumah blogger Tinta Hijau Di Kaki Bukit ni terletak di Terengganu. Hebat! Cerita kat sini

Ini le rumah Yong kat Florida, Amerika Syarikat. Nampak tertulis, Florida Style. Cool!

Yong tak sempat cari rumah ISA, Wak Radenjowo, Greenboc, Libang Libu dan lain2. Sorry ler yer. Tak dapat Yong nak gahkan rumah komer yang pastinyer hebat tu.

Eh eh, kesiannyer! Ini rumah saper pulak? Nampak bendera tu macam bendera BN. Demer memblog guna solar power kot? Mana Perkasa? Mana Jati? Nak tahu citernyer kat sini.

Sama2 la kita pikior.

Tuesday, 6 March 2012

AWAS! GENG PUKAU DI SHAH ALAM (BERITA TAK MASUK UTUSAN)

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
Bukannya niat Yong nak menakut2kan warga Shah Alam atau memburukkan PKNS. Kisah benar ini berlaku lebih kurang dua bulan lepas kepada seorang rakan. Dia perap kisah ini kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

Rakan ini mengeluarkan wang RM700 dari ATM di Komplek PKNS Shah Alam untuk membayar bil dan beli barangan runcit. Di hadapan ATM ada gerai menjual makanan kering seperti kismis dan sebagainya. Gerai ini hanya 3 meter sahaja dari bank tersebut. Rakan berhenti untuk membeli makanan. Alangkah terkejutnya kerana wang yang baru dikeluarkan telah ghaib dari kocek seluarnya. Si rakan ini tidak bawa bag tangan atau wallet. Bukan hanya wang RM700 ghaib, wangnya yang lain ada beberapa ringgit juga turut ghaib. Tempoh waktu dari masa mengeluarkan wang sehingga dia sedar wang telah ghaib hanya 2-3 minit sahaja. 

Pada hari itu juga rakan membuat laporan polis. Setelah menceritakan kesnya, pak sarjan membuat kesimpulan sebenarnya rakan Yong ni dah kena pukau. Pak sarjan tak percaya ini perbuatan penyeluk saku kerana poket rakan terletak di bahagian depan seluarnya. Polis nasihatkan orang perempuan kalau nak keluarkan duit dari ATM, jangan berseorangan. Rakan Yong minta polis tengok CCTV bank. Polis berjanji untuk meningkatkan kawalan. Entah buat entah tidak, tak tahu lah. Shah Alam ni kan aman!

Rakan Yong rasa tak puas hati. Bukan senang nak dapatkan RM700! Penat dia kerja. Rakan kemudian menemui seorang pakar penangkap penjenayah ghaib (bomoh ler itu). Bomoh ni orang Johor. Bomoh memberitahu, dia dah maklum dengan kes tersebut kerana ia juga berlaku di kompleks membeli belah di Johor. Geng ini didalangi warga Pakistan! Rupanya orang Pakistan pun pandai pukau! Bomoh ini memberitahu dia telah berjaya memberkas beberapa orang daripada geng pukau Pakistan ini, dan telah pun di "kerjakan." 

Bagaimana operasi pukau ini berlaku? Menurut bomoh ni, geng pukau akan "memagar" seluruh komplek membeli belah supaya apa yang mereka lakukan tidak disedari oleh sesiapapun yang berada di dalam premis tersebut. Lepas itu mereka masuk dan memilih mangsa. Biasanya perempuan. Masa yang digunakan amat pantas, kerana "pagar" tak tahan lama. Geng ini beredar dari satu kompleks ke satu kompleks. Tapi mungkin kembali ke kompleks yang sama.

Yong seram mendengar cerita ini. Adakah Malaysia sudah menjadi "HUB" penjenayah? Yong rasa amat "helpless"- cuma dapat nasihati rakan2 supaya berhati2 ketika mengeluarkan wang dari ATM.

Yong minta sesiapa yang ada doa2 boleh menghalang pukau, harap kongsi supaya kejadian yang sama tidak berulang atau terjadi kepada orang lain.

Monday, 5 March 2012

SISA LYNAS: PAKAR CHINA KENA BELASAH DI MALAYSIA (BERITA TAK MASUK TV MALAYSIA)

Pakar2 China yang tidak pakar kena belasah di Malaysia. Rupanyer China pun takde pakar nak urus rare earth ni. Demer main hentam jer ke?

Kesan radioaktif di negara China yang memiliki gurun yang luas tu amat dahsyat. Malaysia yang hanya ada GURUN Kedah, nak buang sisa di mana?

Lynas bakal membunuh rakyat Malaysia perlahan2 dengan izin pemimpin BN.

Harap sesiapa yang pandai bahasa Mandarin boleh terjemahkan dan sebarkan kepada orang Melayu. N3 berkaitan di sini

Sunday, 4 March 2012

SISA LYNAS BUANG DI GURUN KEDAH? [UNTUK YANG FAHAM MATEMATIK MUDAH SAHAJA!]

Hebat berita ini. Mereka yang taksub kepada projek Lynas dan penyokong neo-kolonialisme ekonomi pasti bersorak gembira mendengar berita ini. Berita yang dimaksudkan seperti keratan di bawah:

Berita ini menyebut, PM akan letak sisa Lynas ke lokasi jauh dari manusia. Agaknya, dekat mana lokasi di Malaysia yang jauh dari manusia?

Ah ha! Yong dah jumpa! Di Sabah atau di Sarawak! Apa yang ada di sana? Lihat gambar:

SISA LYNAS HENDAK DIBUANG DISINI?

Di hutan Sabah dan Sarawak cuma ada orang utan, gajah dan anaconda (adik beradik dia). Di dalam hutan Sabah dan Sarawak juga cuma ada orang asal (contohnya Penan). Demer ni pun bukan pergi mengundi. Bukan menguntungkan BN. Apa BN nak kisah, kan? kan?

Jangan marah dulu! Cuba baca pulak dengan teliti fakta dalam jadual berikut:
JADUAL 1: PERBEZAAN SOSIO-GEOGRAFI CHINA, AUSTRALIA DAN MALAYSIA
Cuba bandingkan ANGKA2 yang ada dalam jadual di atas. Sengaja Yong pilih tiga negara yang relevan dalam kes yang dibentang.

Keluasan tanah China adalah 29 kali keluasan Malaysia. 9596,960 / 329,758 = 29.10304.

Keluasan tanah Australian adalah 23 kali keluasan Malaysia. 7692024 / 329,758 =23.32627.

Bagi yang tak faham matematik, Yong sertakan peta China, Australia dan Malaysia. Tengok sendiri besar mana negara2 tersebut. Jangan jadi bangang macam budak2 songkok tinggi Pulau Pinang. 
PETA ASIA TIMUR
Keluasan gurun di Cina adalah 1,247,604 km persegi, iaitu 13% daripada keseluruhan tanah China. Bagi kedua2 negara ini keluasan gurun mereka adalah 3 kali ganda keluasan tanah Malaysia. Australia dengan keras tidak mahu sisa Lynas dibawa pulang ke negara tersebut, walaupun ada gurun yang luas dan bilangan penduduk yang sedikit. Kenapa agaknya ya? Sudah tentu kerana mereka sedar tentang kesan radioaktifnya. China pulak menutup beberapa operasi melombong dan memeroses nadir bumi, kerana masalah pencemaran alam sekitar. Malaysia pula hendak mencampakkan sisa Lynas ke mana?

INI RUPA GURUN DI CHINA

Malaysia tidak ada gurun. Yang ada cuma GURUN Kedah.

Jangan mengaji tinggi sampai PhD, tapi bangang.

Saturday, 3 March 2012

KERANA TAKSUB KAPE LAYOR

Seorang nenek dipimpin oleh petugas untuk mengundi. Oleh kerana nenek ni rabun teruk, ketua kerani perlu membantunya untuk memangkah. Suara ketua kerani, seorang guru besar, mesti kuat supaya petugas boleh dengar dan tidak terjadi penipuan.

KETUA KERANI: Makcik nak pangkah yang mana?
NENEK: Makcik nak kape layor (kapal layar)
KETUA KERANI: Kapal layar takde makcik.
NENEK: Takde? Mana boleh takde?
KETUA KERANI: Betul, takde.
NENEK: Dulu ada. Apesal sekarang takde?
KETUA KERANI: Betul. Sekarang takde
NENEK: Ate, apa yang ader?
KETUA KERANI: Dacing, roket, bulan, basikal.
NENEK: Pangkah basikal ler.

Ketua kerani tak boleh kata kapal layar dah tukar ke dacing. Dia akan dituduh kempen. Mungkin nenek tu fikir basikal pun kenderaan gak. Macam kape layor.

Keputusan kiraan undi di kawasan itu: Calon bebas menang 1 undi.

Jadi, Hassan Ali, Zul Kulim dan Ibrahim Ali jangan takut bertanding atas tiket calon bebas jika UMNO tak bagi laluan. Nanti ader jer pengundi yang akan pangkah komer.

Friday, 2 March 2012

BR1M: YOP TAJUDDIN PASIO BERDENGUNG NAK PERBODOHKAN SAPER?'

LANGKAP TAK JAUH DARI TELUK INTAN

Yong jalan2 jumpa sedara. Marah bebenor sedara ni. Heran gak, apesei marah, baru dapat RM500. Boleh le beli ikan, bawang guler dan bahan2 runcit lain. Dalam marah ni, sedara Yong sempat seloro. Katanya dia guna RM100 setahun, boleh tahan sampai 5 tahun. Hahaha.

Menurut cerita sedara Yong, penyampaian BR1M dilaksanakan penuh gilang gemilang, dihadiri oleh tok ketua2, tok penghulu, geng songkok tinggi, ADUN Sungai Manik dan MP Pasio Salak, Tajuddin. Tempatnya: Langkap! Komer di lour Perak mungkin tak tahu mana Langkap nih? Aper speselnyer Langkap?

Dulu, sebelum PR12 saper tak kisah Langkap. Ia pekan kecil. Kot sampai situ, mesti komer ingat udah sesat dalam time tunnel, sampai ke Hongkong zaman 70han, sebab penuh dengan Cina dan bangunan lamer jer. Dulu tempat tu kawasan hitam, sebab penuh dengan kominih (kata omputih, tuan umno). Hahaha...

Sekarang Langkap kubu kuat DAP. Dengor citer DPP pun aktif gak. Demer konfim sokong PAS (Demer sebut PEH). Apesei tak sokong PKR? Ini komer kena tanya Haji Osman. Sebab tu penyampaian BR1M dibuat di Langkap! Yong sediakan peta kecik bagi yang nak tahu kat mana.

Dipendekkan cerita, sedara Yong kata, berapi ucapan MP Pasio Salak. Antara lain katanyer BR1M nih dari Najib. Ropernyer banyak bebenor duit Najib nih, bukan hanya boleh shopping sakan, tapi boleh bagi RM500 lagi kat rakyat pendapatan kurang RM3000 sebulan.

Katanyer lagi, kerajaan BN udah buat macam2 untuk rakyat selama 50 tahun, jalan, api sampai ke rumah, ayor, bla.bla.bla... Jika dibandingkan dengan zaman Jepun. Katanyer lagi, “rakyat dah senang, takkan nak balik ke zaman Jepun?”

Sempat jugak yob Pasio Salak nih kutuk Mustafa. Katanyer, idak nampak kelibat lepeh kalah PRU12 dulu. Hahaha.. Ini Yong setuju.

Kerajaan BN cuma kenakan cukai pada rakyat yang pendapatan atas RM3000 jer! Yob Pasio Salak nih prihatin, selalu ader di mana2 tak macam PR. Hahaha..

Siap Yob Pasio Salak bukak kisah Adam dan Hawa. Katanyer, Adam dan Hawa hidup senang dalam syurga, tapi sebab kena hasutan iblis, terus kena tendang "telanjang bulat" ke bumi. Ini kata2 Yob Pasio Salak yer...dipetik oleh sedara Yong. "Takkan nak dengor hasutan syaitan?"

Eleh! kata sedara Yong. Dia nak bodohkan siapa? Kita ni tak bayor cukai jalan ke? Tak bayor cukai tanah ke? Tak beli barang di kedai ke? Bila pekedai kena cukai, kita pembeli yang bayor sebenornyer!

Kata sedara Yong, duit BR1M nih duit rakyat. Bukan duit BN.

Kata sedara Yong lagi, ader orang kampung kena bayor beratuh ringgit sebab nak pacak tiang litrik. Takdenyer kerajaan bayor! Ader ker kata idup rakyat macam idup Adam dengan Hawa kat syurga. Jangan dengor hasutan syaitan, katanyer. .. Dia ibaratkan PR ni syaitan!!

PATUTLE SEDARA YONG MARAH BEBENOR!

Cerodek ropernyer sedara Yong nih! Hahaha, sebenornyer sedara Yong nih graduate dari USM, dah pencen. Silap le MP ke Langkap cakap merepek. Ramei lagi yang duduk sekitar Langkap berpendidikan tinggi. Ingat orang Langkap koman ke?

Yop Pasio Salak dari negeri Pasio Berdengung dengor citer tak tersenarai sebagai calon PRU13. Betoi ke? Komer siasat le sendiri, sahih tak sahihnyer. Jadi dia perlu mengampu habis2an.

NAK BODOHKAN SAPER, YOB?